Apa Nak Buat Kalau Suami Marah? Pikatlah Si Dia

Suami Marah

Rasa macam suami marah. Tapi marah sebab apa ya? 

Kalau anda tahu pun sebab suami sedang marah, bolehkah anda redakan? 

Jangan risau, kami ada caranya yang anda boleh cuba sampailah dia bertenang semula.

Ingatkan Dia Untuk Bersabar

Suami Marah

Orang yang tengah marah ni selalunya angin dia tu tak betul sikit. Nak tegur dia anda perlu berhati-hati. Jangan sampai tersalah cakap. Nanti makin meletup, kami pun tak boleh nak bantu. Anda boleh slow talk sambil sediakan air. Suruh dia duduk dan kalau dia dalam keadaan marah meluap-luap tu mungkin anda boleh suruh dia ceritakan apa sebabnya.

Sambil tu anda boleh sokong kemarahan dia dan alihkan kata-kata marah dia dengan mengingatkan dia adakah rasional untuk dia berasa atau bertindak sedemikian. 

Nak ingatkan orang bersabar ni perlukan skill yang tinggi ya. Tidak semua orang boleh buat tetapi tidak mustahil.

Macam memancing, kena ada umpan dulu, dah makan umpan barulah teruskan dengan menarik ‘ikan’.

Memandang lelaki itu adalah suami anda, anda sendiri tahu umpannya. Boleh aje nak umpan dengan cerita pasukan bola sepak atau berikan dia coklat. Gunakan segala yang anda tahu tentang dia sebagai umpan.

Alihkan Perhatian Kepada Dia

Suami Marah

Kalau suami marah sebab kurang kasih sayang dari orang sekeliling, apa kata anda yang berikan perhatian kepada dia. Mungkin dia merajuk sampai marah. Sebelum jadi semakin merah padam muka suami, anda boleh baca artikel ini; 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Ajak Berbincang

Cuba tengok kemarahan dia boleh dibawa berbincang atau tidak? 

Kalau boleh dibawa berbincang, anda tarik tangan dia dan minta dia berbincang. Tetapi nak berbincang pun anda perlu ada skill yang betul. Pastikan anda tahu anda ingin membantu dia. Kalaulah untuk membantu dia cuma untuk anda mendengar, anda dengar sahaja.

Kalau dia perlukan orang untuk menyokong keputusan dia, anda tolong fikirkan sekali sama ada keputusan itu rasional atau tidak.

Anda perlu ingat, dia sedang marah dan masalahnya adalah tentang dia bukan tentang anda untuk menang atau apa sahaja. Jangan lupa , anda juga perlu bertenang.

Jangan Terlalu Mendesak

Suami Marah

Ada orang lelaki yang tidak suka bincangkan apa-apa. Jadi apa yang anda boleh lakukan adalah, tanya jika dia ingin berbincang. Kalau suami marah dan jawab tidak, biarkan sahaja. Nanti dia akan reda sendiri.

Buat masa sekarang anda cuma perlu bersangka baik, mungkin amarahnya bukan kerana anda. Jadi lalui hari anda seperti biasa dan biarkan dia.

Kalau dia dah bersedia, dia sendiri yang akan bercerita. Ingat, jangan desak dia langsung. Nanti makin terkunci mulut dia.

Guna Orang Tengah Sebagai Pendamai

Suami Marah

Dia masih marah-marah dan anda tidak tahu bagaimana nak meredakan lagi? 

Gunakan orang tengah yang anda berdua percaya. Boleh minta untuk dia tanyakan kepada suami anda penyebab kemarahannya.

Jangan Jadi Batu Api

Suami Marah

Apa yang paling penting kalau suami marah adalah jangan jadi batu api. Apabila anda menjadi batu api, anda akan membuatkan situasi lebih teruk. Sama ada anda tahu penyebabnya atau tidak, anda tidak mahu keadaan menjadi lebih parah.

Jika penyebabnya anda tahu dan jika orang yang anda kenal menjadi penyebabnya anda akan membakar hubungan seseorang. Jika ia berkaitan kerja, anda akan membuatkan dia pilih untuk melakukan keputusan yang terburu-buru.

Goda Balik Dia

Dia takkan kekal marah selamanya, anda boleh cuba goda dia. Kemas katil anda, tebarkan sedikit kelopak bunga ros, nyalakan lilin yang beraroma menggoda dan bersedia untuk langkah seterusnya.

Anda pula boleh gunakan wangian sensual wanita untuk mendapatkan perhatian dia. Gunakan Pheromone Essence pada bahagian sensual untuk goda dia.

Anda boleh rujuk pada artikel Cara Guna Phero Essence untuk wangian Pheromone yang lebih optimum.

Ingat, nak guna Pheromone anda perlu lakukan ini:

  1. Titiskan 2-3 titis Phero Essence pada pergelangan tangan di sekitar nadi. 
  2. Lagakan kedua-dua pergelangan tadi dengan lembut. 
  3. Sapukan pada leher kiri dan kanan di sekitar nadi.
  4. Sapukan juga di belakang telinga dan cuping telinga.
  5. Biarkan selama beberapa minit untuk mengaktifkan pheromone essence dan biarkan bau badan anda ‘react’ pada essence itu
  6. Selesai!

Anda boleh sapukan kepada leher, nadi, belakang telinga dan sedikit pada baju. Sebelum sapukan pheromone, anda boleh sapukan sedikit losyen pada kawasan tersebut, barulah wangian pheromone akan kekal lebih lama. Apa yang penting adalah badan anda lembab sebelum menyapu wangian tersebut.

Pakai selepas mandi pun tidak mengapa. Jangan gosok terlalu kasar supaya bahan wangian itu tidak pecah pada kulit terlalu cepat dan menjadikan wangian itu tidak bertahan lama.

Boleh juga pakai baju seksi supaya sambil anda goda dia, dia boleh teralih minda sebentar daripada kemarahan dia.

Kemudian, anda tahulah nak buat apa.

Kesimpulan

Suami Marah


Suami anda masih marah?

Jangan risau, ada masanya dia akan reda. Anda sendiri jangan overthinking. Anda perlu kawal sendiri perasaan anda supaya tidak melenting kembali atau merajuk dengan suami anda.

Good luck meredakan kemarahan suami!

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category