Tips & Cara Goda Suami Di Rumah

Cara Goda Suami Di Rumah

Cara Goda Suami Di Rumah?

Eee.. relevan ke zaman sekarang nak goda suami?

Hey, jangan rasa geli dulu. Tahukah anda carian Cara Goda Suami boleh mencapai sehingga 900 carian sebulan. Tak percaya, anda boleh semak sendiri di Ahrefs.

Maknanya ada je yang mencari jawapan.

Mana tidaknya, risau tau tengok video ramai pelakor (pencuri laki orang) ni dekat TikTok? Ada juga yang merungut suami tak sayang lagi dah. 

Quote paling popular zaman sekarang, “kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya”. Betullah tu kan? Kesetian wanita pula diuji bila lelaki tidak mempunyai apa-apa.

Hari ini kami akan membantu anda dengan mendedahkan cara goda suami di rumah. Mulakan di rumah dahulu, rumah kan syurga pasangan suami isteri?

Cara Goda Suami Di Rumah

Cara Goda Suami Di Rumah

Apa yang anda perlu tahu adalah ini adalah ikhtiar anda sendiri untuk menyemarakkan kembali hubungan suami isteri. TIADA JAMINAN untuk segalanya pulih. Tetapi RUGI sekiranya tiada usaha. Kan?

Sebelum kami berikan anda cara-caranya kami ingin anda tahu nilai anda sebagai seorang wanita perlu diletakkan sebagai keutamaan. Lakukan cara-cara ini mengikut kehendak anda sendiri.

Kami tidak menyokong pasangan yang curang, penipu dan biawak!

Untuk masalah rumah tangga, anda perlu dapatkan kaunseling. Jangan biarkan taboo tentang kaunseling menghantui anda untuk mendapatkan penyelesaian kepada rumah tangga.

Hujung sekali, anda perlu tahu, setiap hubungan yang berjaya adalah dari kerjasama kedua-dua belah pihak.

Ok, dah cukup motivasi?

Teruskan membaca cara goda suami di rumah!

Berpakaian Menggoda Di Depan Suami

Cara Goda Suami Di Rumah

Anda tahu ini cara yang paling berkesan kan? Tetapi anda rasa insecure nak pakai seksi menggoda?

Kami ambil quote dari Eat Pray Love nukilan Elizabeth Gilbert:

“Let me ask you something, in all the years that you have…undressed in front of a gentleman has he ever asked you to leave? Has he ever walked out and left? No? It’s because he doesn’t care! He’s in a room with a naked girl, he just won the lottery…”

Anda perlu yakin pada diri sendiri. Jangan kerana anda malu untuk berpakaian menggoda anda rela balut badan anda dengan t-shirt dan kain batik sahaja sepanjang hari.

Jangan risau, anda berdua sudah menjadi suami isteri pun. Nak malu apa, kan?

Kalau masih tidak yakin untuk pakai pakaian seksi ini sepanjang hari, mulakan pada malam sahaja.

Beli baju tidur yang sesuai mengikut tahap malu anda. Tapi, show some skin!

Tiap malam baju lain atau cuba 3 kali seminggu, barulah malam-malam anda bersama suami jadi lebih luar biasa. Bayangkan jika anda pakai baju tidur dalam warna kegemaran dia dan rekaan yang mampu buat dia ternganga.

Pakai Wangian Pilihan Suami atau Yang Sedap Dibau

Cara Goda Suami Di Rumah

Tips beli wangian, jangan beli yang baunya terlalu menyucuk. Bau yang menyucuk tidak akan menghangatkan suasana dan hubungan anda. Takut nanti asyik terbersin sahaja. Anda pun jadi tidak selesa.

Nak tahu tak wangian untuk goda suami yang mana yang sesuai, klik butang di bawah.

Suami pasti beri lebih perhatian jika anda berbau wangi. 

Komunikasi Dengan Kerap

Cara Goda Suami Di Rumah

Cara ini agak berisiko lagi-lagi bagi mereka yang tidak pernah cuba. Komunikasi itu memang penting tetapi komunikasi yang kami maksudkan adalah bayangan tentang apa yang anda inginkan dari suami.

Contohnya, inginkan hubungan intim, atau balik nanti, “Jom cuddle”.

Cara-cara nak hantar mesej berisiko ini, anda cuba masukkan imej ke dalam mentalnya. Macam mana?

“Awak, balik nanti beli popcorn. Kita tengok movie dekat rumah lepastu…”

Yang “….” itu anda isilah aa yang anda ingin isikan. Kami nak kekalkan blog ini bersih ya!

Cipta situasi yang dia boleh fikirkan dan nantikan dengan teruja.

Takkanlah mesej, “Bang beli sayur, sayur dah habis nak masak sup” ni aje kan? Hangatkan kembali hubungan dengan mesej yang lain sikit.

Nak selit gambar? Pastikan dia tak buka gambar itu di tempat kerja! Takut juga kalau dia gunakan WhatsApp web….

Tidak pun bila anda sedang berdua boleh imbas kembali kenangan ketika bersama, waktu pertama berjumpa, keluar temujanji.

Kongsikan POV anda sewaktu pertemuan pertama itu terjadi.

Mulakan Langkah Pertama Menggoda Suami

Cara Goda Suami Di Rumah

Siapa kata hanya lelaki yang perlu mulakan langkah pertama? 

Entah-entah pihak lelaki pun ingin jadi orang yang dikejar juga. Nak kejar si dia bukan susah. Mulakan dengan perbualan dan perbuatan. Ingat tak awal kahwin dulu tangan tak duduk diam? Tak salah pun nak buat semula perangai tu.

Bukan buang tabiat ya!

Usaha tu!

Mandi Bersama Suami

Monday blues memang berbisa kan? Apa kata buat rutin baru setiap hari Isnin. Pesan pada si dia, jangan kunci pintu pagi itu. Lepastu.. Masuk sajalah.

Gosok gigi sama-sama pun boleh jadi perkara paling diingati, ok!

7 Cara Bonding Dengan Suami

Selain daripada goda suami, anda juga perlu upskill cara bonding dengan suami anda. Bonding hanya akan terjadi bila ada real connection. 

Real connection adalah seperti anda jumpa seseorang betul-betul ada keserasian. Keserasian yang boleh dirasakan seperti kawan rapat. Pukul 2-3 pagi bersembang apa sahaja pun tidak mengapa.

Macam mana nak capai keserasian ini dengan suami anda? 

Ini ada tipsnya.

Letak telefon ke tepi

Siapa sahaja yang sukakan orang tidak beri perhatian bila sedang bersembang? Awalnya teruja nak bercerita sesuatu, tapi bosanlah tengok orang yang kita bersembang tu asyik belek telefon.

Macam itu jugalah bersembang dengan suami. Walaupun topik yang dia bercerita itu tidak menarik kepada anda, tak salah pun untuk mendengar dan selit pendapat anda sekali-sekala. 

Bukan itu sahaja, kalau anda sedang berdua, jangan terlalu ralit dengan telefon. Makan di restoran, tengok telefon, dekat rumah main game, keluar bersama jawab mesej kerja. Macam mana nak bonding kalau begitu?

Hormati pasangan anda. Letak telefon ke tepi. Momen-momen inilah yang akan diingati pasangan di masa hadapan.

Akui kebaikan suami

Rendahkan ego anda dan akui kebaikan suami anda. Dia belikan sarapan kerana tidak mahu anda penat memasak? Belikan makan petang kerana anda teringin pisang goreng tepi jalan?

Jangan malu untuk ucapkan terima kasih. Kata penghargaan ini mahal harganya tetapi anda perlu murahkan ia untuk suami anda.

Tidak dilupakan juga, jangan berdendam atau cemburu jika suami anda ada sesuatu lebih daripada anda. Sebagai contoh, dia sangat hebat membincangkan topik sejarah, jangan pula anda berasa jengkel (annoyed).

Sebaliknya, akui kepandaian dia. Anda berkahwin dengan si dia dan semua pakej yang anda suka, tidak suka dan…rasa pelik. Tetapi dia tetap suami anda walau nerd macam mana pun dia.

He’s the whole package that you want.

Satu lagi.. Jika anda ada sedikit ketidaksefahaman, jangan pula anda dendam dengan suami sampai dia buat sesuatu yang baik pun anda pejam mata sahaja!

Jangan keruhkan keadaan.

Dengar apa yang dia cuba sampaikan

Pernahkah anda ada sesuatu yang ingin diceritakan, membawang atau spill the tea

Pasti anda nantikan waktu yang sesuai untuk bercerita, kan? Siap jadualkan phone call dengan best friend nak sampaikan berita.

Begitu jugalah dengan suami anda. Sebenarnya dia pun ada sesuatu nak diceritakan. Tetapi kadang-kadang personaliti mereka sedikit berbeza. Ada yang memilih untuk berdiam. Kalau berdiam tentang gosip tidak mengapa. Tetapi kalau berdiam diri untuk bercerita tentang sesuatu yang serius atau sedih…itu perlu dielakkan.

Jika dia kelihatan serabut anda boleh berikan 3 pilihan kepadanya:

  1. Distraction
  2. Talk about it
  3. Give him some space or not talk about it

Untuk pilihan yang terakhir itu, anda jangan risau. Jika ada masanya dia sendiri akan ceritakan kepada anda. In the meantime, treat him nicely.

Keluar bersama-sama

Cubalah dalam masa seminggu itu, keluar berdua sahaja. Tanpa anak-anak pun tidak mengapa. Bonding kan penting. Tidak perlu keluar jauh-jauh pun. Berjalan atau berjogging sekitar taman rumah pun cukup.

Tidak pun, lepas makan malam bersama, ambil beberapa jam untuk berjalan di sekitar bandar. Bincangkan apa sahaja yang terjadi.

Boleh mulakan perbualan dengan soalan asas seperti, “How was your day?”. Kekalkan perbualan dengan topik topik ringan. Kalau dia tidak kongsikan tentang hari dia, anda mulakan.

Bila anda mulakan, perlahan-lahan dia akan belajar untuk bercerita pula dengan anda tentang hari dia.

Ada anak? Elakkan topik tentang anak

Memang tidak dinafikan anak itu permata hati ibu bapa. Tetapi ada masanya dan boleh sahaja bincangkan perkara lain yang tidak berkaitan dengan anak, kan?

Secara jujurnya topik anak ini tidak akan habis. Di dalam kepala ada slot khas untuk anak-anak. Jadi, cuba bincangkan sesuatu yang tiada kena mengena dengan anak langsung. 

Anak perlu drawing block untuk kelas Pendidikan Seni hari Khamis? Tidak mengapa nanti boleh belikan. Tidak perlu selalu serabut tentang anak.

Anda sendiri pun boleh cuba tarik nafas dan fikirkan topik lain selain tentang anak, kerja, gangguan telefon atau tv.

Goodluck!

Cari hobi bersama

Jika anda selalu scroll TikTok anda akan perasan banyak orang kongsikan video mereka melukis di bengkel, melawat muzium, berjalan-jalan di sekitar Malaysia atau menjelajah mencari makanan.

Kalau anda jumpa sesuatu yang anda ingin cuba bersama pasangan, tag sahaja si dia. Cari satu aktiviti yang anda boleh cuba bersama-sama.

Yang penting bersama-sama.

Live freely, jangan jadi uptight

Anda baca artikel ini sambil berkerut ke? Haaa….. Jangan serius sangat. Hidup dengan lebih tenang. Elakkan rasa gemuruh atau cemas. Jangan tegas sangat. Ada masa dalam kehidupan ini, tidak perlu dirancang pun apa yang ingin dilakukan dengan rigid.

Sama juga dengan pasangan anda. Kedua-duanya perlu menikmati hidup bersama. Bagaimana ya?

Dengan ketawa bersama-sama. 

Jangan bergaduh sehingga meninggikan suara. Berbincang dengan hemah. Jika topik pergaduhan itu besar dan perlukan tenaga untuk dileraikan, gunakan butang ‘Pause’.

Pause jika anda ingin bergaduh tetapi waktu tidak bersesuaian. Unpause bila sudah bersedia untuk berbincang dengan baik.

Kami tahu it’s easier said than done. Tetapi anda harus cuba. Kemarahan cuma akan membuatkan anda keluarkan kata-kata yang anda akan menyesal.

Cara Seksi Di Mata Suami

Kalau anda ingin tahu, kami ada pelbagai tips untuk anda bersama dengan suami. Ada boleh klik di artikel berkaitan.

Kesimpulan

Alam perkahwinan sememangnya mencabar bagi sesiapa sahaja. Tidak kiralah baru berkahwin atau sudah bertahun.

Setiap perkahwinan mempunyai tahap-tahap yang berbeza untuk dipelajari bersama. Sekiranya anda perlukan cara untuk goda suami anda, gunakan artikel ini sebagai rujukan.

Oh ya, jangan lupa anda juga boleh pelajari love language suami. Barulah hubungan menjadi lebih bermakna!

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category