Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia

Cara Memahami Love Language

Banyak betul video tentang love language di TikTok, kan? Habistu apa cara memahami love language si dia ni?

Love language atau bahasa cinta ini sebenarnya agak rumit untuk dirungkaikan. Malah cara untuk mengesan mana satu bahasa cinta yang sesuai untuk pasangan juga tidak mudah.

Tetapi sangatlah rugi kalau kita berikan isyarat cinta yang salah kepada pasangan, kan?

Bayangkan sekiranya love language anda adalah meluangkan waktu yang berkualiti, jadi anda sukakan untuk bersama dengan pasangan, sebaliknya pasangan anda lebih suka memberikan hadiah.

Silap-silap terjadi konflik di situ. Pasangan anda sudah berusaha untuk mengeluarkan duit sebagai hadiah, tetapi anda cuma inginkan waktu bersama si dia.

Rugi. Tak mustahil keluar kata-kata seperti, “Awak tak faham saya!”. Bergaduh pula.

Jangan risau. Artikel ini akan membantu anda fahami maksud sebenar love language, cara untuk mengenal pasti love language seseorang dan juga apa perlu lakukan setelah anda mengenalpasti love language tersebut.

Teruskan membaca.

Apakah Itu Love Language?

Cara Memahami Love Language

Untuk ketahui cara memahami love language pasangan, anda perlu fahamkan dahulu maksud love language.

Tidak kiralah anda lelaki ataupun wanita, setiap individu di dunia ini mempunyai cara-cara tersendiri menzahirkan rasa sayang, dan semestinya cara tersendiri untuk menerima rasa sayang itu.

Perhubungan yang lebih kuat pasti dapat dicapai sekiranya cara penerimaan dan pemberian rasa sayang ini dapat dipenuhi. 

Dari buku Beyond Mars and Venus, John Gray ada menulis cara menguatkan ikatan kasih sayang adalah dengan memahami keperluan ini dengan cara yang tepat.

Penulis buku Dr. Romance’s Guide to Finding Love Today, Dr Tina B Tessina ada menyebut bahawa pentingnya penggunaan bahasa cinta ini adalah untuk mengekspresikan rasa kasih, sayang dan cinta.

Bukan sahaja orang yang menerimanya akan beruntung malah yang memberikannya juga dapat mempelajari love language bersesuaian dengan mereka.

Jom sayang si dia dengan tepat!

Fahami 5 Love Language Pasangan Anda

Cara Memahami Love Language

Jadi apakah jenis-jenis love language tersebut? Dah biasa sangat terdengar, kan? Inilah masanya untuk anda dapatkan jawapannya.

Artikel cara memahami love language ini akan membantu anda.

1. Luahan Penghargaan (Word of Affirmation)

Cara Memahami Love Language

Kata-kata penghargaan adalah bahasa cinta yang paling mudah untuk dizahirkan tetapi sukar untuk mencari kata-kata yang tepat.

Ya, sekiranya ada orang sentiasa percayakan kebolehan kita seperti, “I trust you” atau “Awak mesti boleh!” itu seronok tetapi kadang-kadang terlalu cliche.

Selain daripada ayat-ayat seperti “I love you”, anda juga boleh tambah seperti, “I love you today and forever” atau kaitkan dengan kejadian yang berlaku pada hari itu. Contohnya, “I love you and I appreciate it so much that you prepared breakfast for me. Sedap sangat!”

Bunyi lebih spesifik dan tidak klise kan?

Tak mampu nak katakan ayat-ayat manis ini secara depan? Boleh sahaja tinggalkan nota pada pintu peti ais, mesej sahaja pada bila-bila masa, tidak pun anda boleh berikan surat kepada si dia.

Selain daripada itu anda juga boleh berikatan kata-kata yang mudah sebagai tanda anda menghargai pasangan. Ucapkan terima kasih apabila dia memberikan sesuatu atau membuat sesuatu untuk anda.

2. Waktu Berkualiti dan Masa Bersama (Quality Time)

Cara Memahami Love Language

Untuk pasangan yang sukakan masa bersama, mereka suka luangkan apa-apa sahaja aktiviti bersama.

Menonton tv, bersembang ataupun membaca buku bersama. Apa-apa asalkan bersama.

Yang penting keduanya selesa untuk ‘senyap bersama’. 

Ada juga yang menggunakan waktu berkualiti ini untuk bercerita tentang hari-hari menerka. A quick phone call will do

Pernahkah anda keluar bersama ke restoran dengan pasangan yang mempunyai love language ini? 

Jika ya, elakkan membelek telefon terlalu kerap. Balas mesej yang perlu dan letak telefon anda. Pandang mata mereka ketika bercakap. Pastikan mereka rasa kehadiran anda, bukan sekadar ada di situ memunculkan diri.

Orang yang gemarkan waktu bersama suka bercerita dan suka mendengar. Gunakan kesempatan ini untuk ceritakan hal-hal tentang diri anda juga. Bertukar cerita atau fikirkan tentang masa depan, career atau apa-apa yang boleh menyenangkan kedua-dua pihak di masa hadapan.

Jika anda mempunyai pasangan yang mementingkan waktu bersama, luangkan sedikit masa untuk si dia. 

Cari waktu yang bersesuaian untuk bersama.

3. Menerima atau Memberi Hadiah (Receiving Gifts)

Cara Memahami Love Language

Perasaan tidak riak wajah pasangan anda sekiranya dia mendapat sesuatu daripada anda?

Kalau wajahnya gembira tidak kiralah apa jenis hadiah pun yang diberi, mungking love language dia adalah penerimaan hadiah.

Selain itu, dia juga sangat suka memberi sesuatu kepada anda dan orang yang disayanginya.

Hadiah yang diberikan tidak semestinya mahal, ada juga yang cukup sekadar tanda mengingat, tanda kenangan dan memori indah. Pergi bercuti bersama? Beli keychain pun dia cukup gembira.

Anda perlu offshore ke pantai? Kutip cengkerang pantai dan hadiahkan pun si dia suka!

Bagi mereka hadiah adalah petanda anda sentiasa teringatkan mereka walaupun anda terpisah jauh.

Keliru nak belikan hadiah apa? Cuba tengok cart Shopee dia atau apa-apa yang dia tandakan pada aplikasi di telefon. Hadiah yang paling rare adalah hadiah yang memang dia perlukan, bukan sekadar apa yang dia nak.

Faham tak ayat di atas?

#Ytjt

4. Melayani Kehendak Pasangan (Acts of Service)

Cara Memahami Love Language

Pasangan yang mempunyai Acts of Service sebagai love language memang beruntung! Nak tahu mengapa? Kerana mereka sangat suka manjakan pasangan mereka.

Selain itu, mereka juga mahu dimanjakan. 

Jadi macam mana nak tunjukkan kasih sayang anda kepada pasangan ini? Mudah, tanya sahaja apa yang mereka perlukan dan layan sahaja dia mengikut situasi yang berkaitan.

Sebagai contoh, si dia demam? Jaga dia, belikan ubat yang diperlukan, bawa dia pergi check up.

Kalau sihat sahaja apa yang perlu dibuat? Kemaskan rumah, kirimkan makanan, masakkan untuk dia atau tolong selesaikan masalah yang dia sedang hadapi.

Bila anda sedang cuba lakukan apa sahaja yang untuk melayani dia, pasti dia memandang anda dengan penuh kasih sayang.

5. Sentuhan Fizikal (Physical Touch)

Cara Memahami Love Language

Mereka yang mempunyai sentuhan fizikal sebagai love language sangat sukakan sentuhan. Pernah nampak tak orang asyik mengelak dari dipeluk, yang itu namanya tidak sukakan sentuhan fizikal. Jangan berikan sentuhan kepada pasangan jenis ini.

Yang sukakan pelukan itu, mungkin dia sukakan sentuhan fizikal. Elusan di kepala, jalan berpegangan tangan atau apa-apa yang disentuh.

Bangun pagi, peluk si dia. 

Itu sudah cukup memberikan senyuman kepada diri dia.

Macam Mana Nak Tahu Love Language Pasangan?

Cara Memahami Love Language

Cara-cara untuk mengetahui love language pasangan sebenarnya senang sahaja.

Ikuti langkah ini:

  • Layari https://5lovelanguages.com/
  • Minta pasangan anda jawab soalan yang ada
  • Anda juga boleh jawab quiz love language ini
  • Di hujungnya anda akan dapat jawapan tentang love language anda dan pasangan anda.

Jika anda rasakan keputusan yang diberikan tidak tepat ada cara yang lebih terperinci untuk anda cuba.

  • Perhatikan bagaimana dia menunjukkan rasa cinta dan sayang kepada orang di sekelilingnya
  • Dengar apa yang mereka selalu keluhkan
  • Fahami apa yang pasangan inginkan

Kesimpulan

Cara Memahami Love Language

“Apa nak buat sekiranya love language pasangan berbeza dengan saya?”

Pasti ini antara persoalan yang anda ada ketika membaca artikel ini, kan?

Love language setiap individu sememangnya berbeza. Mengikut kepada persekitaran dia membesar dan juga keperibadian dia sendiri. 

Jika anda dibesarkan dalam keluarga yang menunjukkan kasih sayang melalui acts of service, mungkin anda suka lakukan kerja rumah sebagai tanda “I love you” tetapi pada pasangan anda mungkin itu bukan isyarat cinta.

Apa yang anda perlu lakukan adalah komunikasi dan bertolak ansur. Jika si dia sukakan sentuhan fizikal, izinkan dia memeluk anda dan anda sendiri perlu peluk dia. Si dia pula perlu faham tentang keperluan anda untuk dalam acts of service.

Love language ini juga adalah langkah-langkah untuk menghargai pasangan. Takkan tidak mahu luangkan sedikit masa untuk fahami keperluan kedua-dua belah pihak, kan?

Pastikan kedua-dua belah pihak fahami cara untuk bercinta yang betul!

Communication is key!

Harap artikel cara memahami love language ini dapat membantu anda. Kalau dah faham tentang love language ni, tak perlu lagi berteka-teki macam mana nak tahu orang suka kita dalam diam atau serabut untuk menyayangi seseorang.

Bahasa cinta lelaki atau perempuan, anda sudah tahu caranya untuk memahami dia.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category