Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam

Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam

Sekarang kan sudah 2022, tiada masalah pun jadi perigi cari timba. Apa salahnya kalau wanita yang pikat lelaki pula. Kalau tidak mahu jadi terlalu obvious kami tunjukkan cara memikat hati lelaki dalam diam.

Zaman sekarang sebenarnya sangat susah untuk mencari pasangan yang sesuai. Lagi-lagi yang sudah mencapai umur 20 tahun ke atas. Ramai kawan seumur sudah berumah tangga, yang masih single pula masih mencari.

Tetapi kalau dah jumpa, tak salah kalau perempuan yang ingin mulakan langkah pertama.

Jom tengok cara mencairkan hati lelaki ini.

Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam

  1. Ajak Dia Berjumpa
Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam

Siapa di sini dah mula mencari pasangan atas talian?

Tidak kisahlah melalui Tinder, Omi ataupun Instagram sekalipun, anda perlu berjumpa dahulu dengan dia. Mengapa?

Kerana melalui perjumpaan sahaja anda akan mengenali sedikit sebanyak tentang dia. Anda boleh ajak rakan anda untuk menemani kerana bahaya ya keluar berdua-duaan. Kenali dia dengan bertanyakan soalan yang anda rasakan penting untuk ditanya.

Jika anda ada kriteria yang anda inginkan untuk si dia menjadi suami anda, anda boleh tanyakan untuk mengetahui sama ada dia sesuai atau tidak dengan apa yang anda harapkan.

Anda masih dalam talking stage?

Tidak mengapa. Berkenalan dengan dia perlahan-lahan. Kalau anda takut dia bukanlah ‘The One’, boleh sahaja anda mulakan talking stage dengan orang lain.

Jangan ter-catch feelings dengan mudah. Sebagaimana anda pandai menyembunyikan perkara tentang diri anda, begitu juga dia.

Jumpa dulu baru pilih nak ke langkah seterusnya atau tidak.

  1. Puji Si Dia
Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam

Wanita memang sangat mudah dapat pujian. Tetapi tidak bagi sesetengah lelaki. Jadi anda perlu upgrade cara anda memuji seseorang yang anda minat.

Boleh lihat di media sosial dia tentang minatnya. Puji dia daripada minatnya itu. Kalau dia pandai menangkap gambar, anda boleh puji karya-karyanya.

Pujian klise seperti “Kacaknya awak…” ini terlalu biasa. Dengan pujian penuh dengan kata-kata ikhlas, anda boleh perlahan-lahan memikat hati dia.

Anda juga boleh mula tanyakan tentang minat dia supaya anda lebih menghargai hobinya. Dengan itu anda boleh memberikan pujian yang membina kepada dia.

  1. Bertukar Nombor Telefon Atau Media Sosial
Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam

Sangat pelik ya kalau anda ingin berkenalan dengan seseorang melalui media sosial tetapi dia memaklumkan yang dia tidak ada media sosial.

Hati-hati, kerana ini mungkin red flag yang anda perlu korek sendiri untuk mengetahui kebenarannya. Sudah ramai yang berjaya kantoikan lelaki orang yang menggatal ini melalui media sosial.

Anda kalau sedang berkenalan dengan seseorang, pastikan dia berikan media sosialnya atau nombor telefon. Mana-mana yang anda rasa mudah nak buat kajian nanti.

Dah dapat info yang cukup, lihat gaya hidupnya melalui media sosial. Adakah betul dia masih bujang, atau dia jenis melayan sesiapa sahaja?

Anggap sahaja media sosial adalah tingkap kepada kehidupan seseorang. Kalau elok melalui tingkap itu, anda boleh perlahan-lahan berkenalan di sana.

Anda juga boleh respon kepada gambar yang dia pernah hantar di story atau di posting. Jika anda inginkan kepastian tentang dirinya, boleh juga bertanyakan kepada kawannya.

Kalau kawan dia sudi jadi orang tengah, apa salahnya?

  1. Penampilan Kemas Dan Elok Mata Memandang
Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam

Kami faham penampilan yang cantik itu adalah subjektif. Tetapi seriuslah anda harap dengan penampilan selekeh anda boleh mendapat perhatian si dia?

Ada beza tau selekeh tak sengaja dengan sengaja. 

Sekarang kan dah 2022. Nak masuk 2023, ada banyak gaya yang anda boleh cuba walaupun dengan hanya t-shirt dan seluar jeans. PIlihlah gaya yang betul-betul boleh menonjolkan diri anda dan umur anda.

Perlahan -lahan bukan perhatian si dia sahaja yang anda boleh dapat, malah keyakinan diri sendiri pun makin tinggi.

  1. Terus Terang

Cara ini paling berisiko. Tetapi ada tips yang membuatkan cara ini lebih berkesan. Anda perlu berterus-terang tentang niat anda berkenalan dengan seseorang. 

Instead of confessing that you like him, tell him that your niat of berkenalan is to go a step further in the relationship.

Memang tidak dinafikan ini lebih berisiko tetapi bayangkan jika anda terus terang sahaja, anda sendiri takkan terbuai dengan harapan ataupun jawapan yang tidak pasti.

Daripada putus hati kemudian hari, baik rasa sakitnya sekarang masa tidak terlalu serius dalam perhubungan, kan?

  1. Komunikasi Dengan Betul
Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam

Tiada siapa yang sukakan orang yang terlalu kasar dalam percakapan. Jika anda sukakan seseorang, anda boleh rendahkan keagresifan anda dalam berkata-kata. Lama-lama dia akan sedar perubahan itu dan mungkin anda boleh berterus teang sahaja.

  1. Cuba Cari Love Language Si Dia

Cara ini akan memakan masa tetapi ia sangat berbaloi. Anda boleh cuba fahami love language si dia dan anda cuba praktikkan kepada dia. Love language adalah salah satu cara orang itu betul-betul rasa dihargai. 

Jika anda betul-betul ingin berkenalan dengan dia, tidak salah sekiranya anda mengenali dia dengan lebih mendalam.

  1. Jangan Jadi Stalker Tidak Bertauliah!
Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam

Walaupun anda meminati dia, ini tidak memberikan lampu hijau kepada anda untuk ‘Like’ gambar-gambar dia dari bertahun lepas. Elakkan juga membalas setiap story yang dia post. 

Kami takut nanti digelar creepy. Jika dia bukanlah orang yang rapat dengan anda, silap-silap dia block anda kerana terlalu annoying.

  1. Jaga & Hormati  Perbatasan

Jika dia tidak menunjukkan minat, anda perlu move on. Jangan desak si dia untuk sama-sama berkenalan. Tidak semestinya setiap perkenalan itu akan bertahan lama atau dia menjadi pasangan anda.

Kadang-kadang orang yang hadir dalam kehidupan kita adalah untuk dijadikan pengajaran.

Tidak mengapa, there’s plenty of fish in the sea.

Kesimpulan

Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam

Jangan takut dengan label Perigi Cari Timba. Kadang-kadang lelaki juga ingin didekati. Lagi-lagi kalau si dia pemalu.

Kalau anda inginkan tips memikat si pemalu, boleh klik sahaja artikel lepas dan kami akan bantu anda.

Semoga artikel ini membantu anda untuk berkenalan dengan ‘The One’!

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category