15 Cara Hati Pikat Suami Sampai Suami Sayang

cara pikat hati suami

Cara hati pikat suami dan love language. agak-agak ada kena-mengena tak?

Walaupun anda sudah berkahwin, tidak semestinya suasana romantik tidak dapat dikekalkan lagi. Kalau dahulu rindu merindu panggilan dan mesej dari si dia yang tersayang, sekarang boleh upgrade sikit cara pikat suami!

Anda pasti tahu dalam perhubungan ada pasang surutnya. Tidak semestinya segala waktu adalah ‘honeymoon phase’. Hubungan antara suami isteri yang berjaya adalah apabila komunikasi dapat dilaksanakan dengan baik.

Tetapi, takkanlah setiap masa perlu fikirkan positif dan tidak mengendahkan rajuk si suami. Takkan pula nak pakai ‘minyak’ untuk memikat suami?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk dapatkan kembali kemesraan dalam perhubungan. Anda boleh belajar cara goda suami balik kerja, atau bila-bila masa sahaja tanpa menggunakan minyak pengasih!

Ini cara untuk pikat hati suami!

1. Minta maaf

cara pikat hati suami

Minta maaf dengan seikhlasnya sekiranya anda rasa ada sesuatu yang tidak kena. Jangan tidak bercakap sehingga 3 hari!

Walaupun anda tidak boleh memaafkan lagi pasangan anda, jangan bersikap pasif agresif. 

Percayalah lelaki tidak akan memahami hint anda. Kalaupun mereka faham dengan tindakan anda, anda cuma akan terasa hati sekiranya mereka pilih untuk tidak mempedulikan anda.

Lagi parah sekiranya mereka mula berfikiran, “Nanti dia cool down sendiri”. Lama-kelamaan mereka akan biarkan sahaja untuk ‘cool down sendiri’.

Pendekatan yang anda boleh lakukan adalah:

  • Berbincang dalam tona suara yang tenang
  • Jangan sampai tidak bertegur sapa

Kalau anda masih tidak mampu untuk  meminta maaf, satu tips untuk anda adalah, jangan tidur dalam keadaan marah pada pasangan dan jangan tidur tanpa bersentuhan. Sentuhan ini boleh sahaja cuma sentuhan kaki di dalam selimut ketika tidur. 

Ini sebagai tanda “I am mad at you but I still love you” yang paling mudah.

2. Tingkatkan keyakinan diri

cara pikat hati suami

Nak suami sayang? Jadi seperti diri anda yang dahulu. Keyakinan andalah yang memikat hati suami masa zaman bercinta itu dahulu.

Cara pertama yang anda boleh lakukan adalah, kemaskan penampilan anda. Tidak semestinya perlu dapatkan baju baru atau mekap yang baru.

Cukup tatarias yang kemas dan wangi.

Cakap pasal wangi, tahukah anda ada minyak wangi yang boleh meningkatkan keyakinan anda dan memikat suami?

Wangian itu adalah dari Pheromones.

Maksud Pheromones: Bauan daripada aura seseorang yang boleh memikat pasangan.

Jangan risau pheromone ini digabungkan dengan wangian yang sedap dibau dan tidak mencucuk hidung. Ada juga yang menyamakannya dengan wangian daripada butik mahal.

2 in 1 perfume, mana lagi nak dapat, kan?

3. Muliakan suami

cara pikat hati suami

Tidak kiralah anda ini wanita generasi Z ataupun milenial atau apa-apa sahaja generasi anda, anda perlu muliakan suami. 

Gunakan bahasa yang elok apabila bercakap dan puji suami di hadapan keluarga dan rakan-rakan. Puji juga suami di hadapan anak-anak supaya mereka tahu dan kenal peranan bapa.

*Nota: Pesanan ini bukan untuk pasangan yang ada di dalam abusive relationship. Untuk ini, anda perlu dapatkan bantuan kaunselor perkahwinan atau dapatkan bantuan pihak berkuasa yang lain. Dahulukan diri dan keselamatan anda.

3. Mulakan langkah pertama

cara pikat hati suami

Mengaku sahajalah, wanita memang suka merajuk kan? Kalau pasangan lelakinya merajuk, wantia itu pula kadang-kadang menggunakan rajukan kembali untuk memujuk.

Jangan begitu!

Jangan lakukan itu selalu kerana ia cuma akan menjadi mentally draining kepada kedua-dua pihak.

Tidak salah sekiranya anda memujuk dahulu, kan? Jika ego lelaki itu menggunung, kita daki dan rendahkan diri untuk memujuk.

Nak pikat hati suami semula boleh sahaja dimulakan oleh si isteri. Belikan sesuatu yang pasti mereka hargai. Berikan mesej rindu atau apa-apa yang boleh memberitahu mereka yang anda fikirkan tentang mereka.

Sweet, kan?

Why not?

5. “I love you..” dan “thank you”

cara pikat hati suami

Dua-dua kata penghargaan ini sangat mahal harganya. Oleh sebab itu, tidak ramai yang mampu mengungkapnya.

Contohnya, selesai membeli belah tidak ramai mampu berkata “terima kasih” kepada juruwang, tidak dilupakan juga kata-kata sayang kepada keluarga.

Untuk mengubah ini, anda boleh mulakan dengan perlakuan kecil. 

Mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah membantu anda. Katakan pula “I love you” kepada keluarga yang terdekat.

Perlahan-lahan anda akan mula ringan mulut untuk berkata dua kata hikmat kepada suami anda. Boleh ucapkan dua-dua ini di mesej ataupun panggilan telefon.

Kerapkan panggilan sayang dalam kehidupan seharian anda. Barulah makin hangat kasih-sayang antara suami.

6. Ubah nada percakapan

cara pikat hati suami

Ada orang yang sememangnya kasar dalam percakapan. Sememangnya itu antara pemikat orang yang ‘kena’. Tetapi dalam kekasaran bercakap, pastikan juga lembutkan nada.

Jangan bercakap seperti anda sedang marah. Cakap dalam tona tenang untuk mengelakkan salah faham.

7. Jadi pendengar yang memahami

cara pikat hati suami

More listening, less talking.

Anda perlu kurangkan tabiat membebel. Pelajari cara komunikasi yang betul dengan pasangan anda. Jangan lupa anda juga perlu menjadi pendengar setia.

Tetapi jangan pula anda mengharapkan suami anda luahkan segala-galanya on the spot. Jika mereka perlukan ‘me time’. Berikan itu kepada mereka.

Jadi pendengar yang memahami suami seolah-olah pendengar yang anda sendiri perlukan.

Dalam erti kata lain, jadi your husband’s best friend.

8. Pakai pakaian yang dipilih suami

cara pikat hati suami

Bukankah lebih manis sekiranya anda memakai pakaian yang dipilih suami. Jika anda tidak berkenan dengan fesyen yang dikenakan, anda boleh ubah sedikit gayanya. Padankan dengan hairdo yang menarik, anting-anting atau apa sahaja untuk serlahkan penampilan anda.

Ingin lebih istimewa, dapatkan pandangan suami anda sebelum anda checkout cart anda di Shopee, Lazada ataupun Zalora.

Dapatkan pakaian yang menarik dari pandangan suami anda. Mana tahu, lebih intim di rumah.

9. Sentuhan sayang

cara pikat hati suami

Sudah berkahwin kan, ada beberapa perkara yang perlu menjadi kebiasaan pasangan suami isteri. Perkara itu adalah sentuhan. 

Jika pada awal perkahwinan dahulu tangan tak lekang dari dilepaskan, sekarang mengapa tidak?

Jalan-jalan berpegangan tangan, salam sebelum atau selepas dari tempat kerja. 

Bangun-bangun pagi boleh ucapkan “Selamat pagi” dan ciuman di dahi. Tidak salah kan? Praktikkan sebagai rutin.

Buang segala malu kerana itulah teman ada serumah, sebilik dan sekatil.

10. Belajar love language suami

cara pikat hati suami

Keliru dengan cara-cara suami anda meluahkan kasih sayang?

Belajar love language suami. Tidak semua orang mempunyai language yang sama. Antara love language yang dapat dikenalpasti adalah:

  • Word of affirmation: Kata-kata sayang dan validasi
  • Receiving gift: Menerima hadiah
  • Physical touch: Sentuhan fizikal
  • Acts of service: Memberikan servis atau berkhidmat
  • Quality time: Meluangkan masa berkualiti

Mengapakah love language penting?

Jawapannya adalah, jika anda berikan hadiah kepada orang yang tidak suka mendapat hadiah…. Hadiah itu cuma akan mengecewakannya. 

Lagi-lagi hadiah itu bukanlah apa yang dia perlukan atau minta. Sudah pastu dia tidak dapat menghargainya.

Pelajari love language pasangan anda untuk memberikan kasih sayang yang dia fahami. 

11. Cantik dan sedap mata memandang

cara pikat hati suami

Ini bukan hanya untuk pasangan anda, tetapi juga untuk anda. Untuk lihat diri anda di hadapan cermin dalam keadaan kemas dan cantik tanpa judgement kepada diri sendiri.

Kan boleh ceriakan hati anda sendiri?

12. Kejutan 

cara pikat hati suami

Walaupun muka suami anda seperti tiada perasaan saat menerima kejutan itu, jangan risau!

Mungkin dia sendiri tidak tahu untuk memberikan reaksi apa kerana terlalu terkejut. Yang penting anda tahu love language suami anda, barulah anda dapat berikan kejutan yang bermakna.

13. Ambil hati mertua

cara pikat hati suami

Suami anda pasti makin sayang jika anda dapat mengambil hati maknya. Tidak perlu berikan hadiah yang mahal, cukup bertanya khabar melalui telefon.

Jangan lupa untuk ziarah mak mertua bila ada kelapangan. Ingatlah ini juga akan mengeratkan silaturahim dengan mak mertua anda.

14. Random love acts

cara pikat hati suami

Maksud random love acts bukanlah tiba-tiba buat kejutan, atau tiba-tiba ucapkan sayang. Sebaliknya random acts of love adalah:

  • Hadir pada momen-momen yang tertentu dan istimewa
  • Bezakan kasih sayang atau ego untuk menunjukkan kasih sayang
  • Dengarkan nasihat orang lain untuk dapatkan panduan
  • Rancang apa-apa aktiviti bersama yang tidak semestinya perlukan belanja yang banyak

15. Masak makanan kegemaran

cara pikat hati suami

Orang kata nak gembirakan seseorang, pikat perutnya dahulu. Betul tu. Lagi-lagi jika makanan itu dimasak oleh pasangan mereka.

Takut untuk memasak? Jangan risau, sekarang ini terlalu banyak orang yang berikan panduan memasak. Tonton sahaja TikTok ataupun YouTube untuk melihat cara memasak yang betul.

Hangus sekali-sekala tidak mengapa, asalkan dapat masak sampai puas, kan?

Kesimpulan

Ada terlalu banyak cara untuk pikat hati suami sekarang ini. Anda boleh mesej dengan WhatsApp, kalau PJJ, boleh sahaja video call.

Nak hantarkan hadiah? Grab, FoodPanda, Lala Move boleh bantu anda.

Jangan risau. Start small and let the rest just happen. Boleh #CubaTryTest Cara Pikat Suami ini!

Good luck ladies!

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Sebenarnya.. cara pikat hati suami paling senang sepatutnya effortless… Macam guna Phero Essence ni

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category