11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Ya salammmmm.. Suami merajuk pulak dah! Tak pasal-pasa kena Google ‘cara pujuk suami yang merajuk’. 

Nak pujuk suami ke tu?

Jangan risau, kami ada cara nak pujuk. Yang penting jangan tambah lagi rajuknya. Tiap marah dan merajuk itu ada tips yang berbeza.

Jom baca artikel ini untuk ketahui caranya.

11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Nak cari punca suami merajuk ini tidak mudah. Ada suami yang sangatlah endiam dan tidak mahu berbincang kerana takut akan menjadi pergaduhan. Anda sebagai isteri perlu menjadi seseorang yang de-escalate atau meleraikan ketegangan. Janganlah suami merajuk, anda merajuk kembali!

Walaupun dia berdiam, ada cara untuk menang hati suami kembali. Lihat senarai ini.

  1. Cuba Cari Punca Suami Merajuk
Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan bertanya. Jika dia belum bersedia untuk bercerita, biarkan sahaja. Tetapi anda sebagai orang yang memujuk jangan pula overthinking.

Mungkin dia merajuk tentang perkara yang tidak berkaitan dengan anda. Mungkin dia merajuk oleh sebab kerjanya. Tiada siapa yang tahu melainkan dia sendiri yang menceritakan.

Tetapi, jangan sesekali mendesak suami untuk bercerita. Biarkan sahaja dirinya untuk sementara. Jangan sehingga tidak bertegur sapa pula. Anda boleh jalankan hari seperti biasa dan tunggu sehingga dia sudi untuk menceritakan.

Jika dia masih kunci mulut, tidak mengapa. Ucapkan maaf anda kerana mungkin anda sendiri lakukan sesuatu yang anda sendiri tidak sedar boleh membuatkan dia merajuk.

Untuk elakkan diri anda overthinking, anda cuma perlu fokuskan apa yang yang anda boleh lakukan untuk membaiki keadaan.

Jika dia tidak bekerjasama, anda biarkan sahaja.

  1. Masak Masakan Kegemaran
Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Siapa boleh menidakkan bau masakan kegemaran sendiri. Betul kan? 

Kalau suami taknak keluar bilik, cuba goda dengan bauan kegemaran dia. Dia tak mahu bercakap pun tidak mengapa, asalkan dia makan air tangan anda. Kalau dia tidak mahu makan?

Tidak mengapa simpan sahaja dalam peti sejuk. Anda nak pujuk suami pun, jangan sampai diri  sendiri makan hati. 

Jangan biarkan makanan yang dia tidak sudi sentuh itu basi. Simpan sahaja dan perhangat esok. Jimat masa dan tenaga dari fikirkan nak masak apa esok.

  1. Berikan Dia Ruang
Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Semua orang tahu yang lelaki dan wanita mempunyai perangai yang berbeza. Pastinya cara pujuk juga berbeza. Jika suami sedang merajuk, jangan buat provokasi kepada dia.

Berikan dia ruang untuk berfikir dengan waras. Anda juga harus berfikiran waras dan tidak terlalu terasa dengan perlakuannya.

Marah atau merajuk, itu tandanya suami perlukan bantuan. Mungkin dia dalam keadaan tertekan. Letakkan diri anda di dalam situasi sama seperti suami. Jika anda tertekan, adakah anda perlukan seseorang untuk mendesak?

Pasti tidak, bukan?

Berikan ruang.

Semoga bila keadaan lebih lega anda pun boleh berbincang heart to heart dengan suami. 

  1. Sentiasa Dalam Keadaan Tenang
Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Kalau suami merajuk, kadang-kadang isteri pun merajuk sekali!

Pening kepala!

Hati-hati, tak bertegur sampai 3 hari itu red flag ya!


Fahami emosi suami dan belajar untuk sentiasa ada di sampingnya ketika susah dan senang. Berikan ucapan penghargaan dan jangan mengkritiknya.

Jangan sebut, “Itulah awak, saya dah kata”…… Ayat ini membingitkan ya. Sesiapa yang mendengarnya pasti marah dan mungkin merajuk kembali. Jika keadaan terlalu negatif, anda cuba fikirkan cara untuk dia lihat sisi positifnya.

Habis tu macam mana nak tegur balik kalau sudah lama berdiam?

Anda boleh cuba pikat hati suami. Ataupun goda dia?

Siapa tahu, dia pun sebenarnya rindukan anda?

  1. Jangan Buat Andaian
Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Perkara yang paling membahayakan adalah andaian. Ini kerana andian akan bersulam dengan overthinking.

Bukan sahaja anda tidak akan menyelesaikan masalah malah anda sendiri akan menjadi masalah kepada suami kelak.

Mungkin dia merajuk sebab saya terlupa nak basuh baju dia kot. Tapi saya basuh je. Ke ada sesuatu dalam baju tu yang dia taknak saya tahu?”

Timbul pula syak wasangka. Haa… kan jadi lebih susah sekarang. Jadi jangan overcomplicates things.

Pray for the best. 

Don’t assume, but ask. If he’s not ready, let it go

.

  1. Fahami Kehendak Hati Suami
Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Kadang-kadang kan suami ni merajuk sebab dia marah sebenarnya. Cuma dia tak boleh luahkan dengan betul kemarahan dia. Sekiranya dia sudah bersedia untuk bercerita, ada boleh cari jawapan dari dia.

Berbincanglah dari hati ke hati. Anda lebih kenal suami anda dan cara komunikasi yang betul dengannya. Gunakan apa yang anda tahu untuk biarkan dia untuk luahkan.

  1. Communication Is Key!
Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Communication is key but what if he doesn’t want to talk?

Well, not communicating is also communicating. 

Jadi cuba fahami cara dia. Kalaulah sampai ke sudah dia tidak mahu menceritakan, mungkin anda boleh biarkan sahaja. Mungkin rajuknya tiada kena mengena dengan diri anda.

  1. Pikat Semula Suami
Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Dia merajuk sebab anda? Anda pasti? 

Kalau begitu anda perlu pikat semula hatinya. Buatlah apa-apa yang dia suka. Minta dia belikan baju malam atau belikan sesuatu yang dia memang akan suka.

Kalau panjang rajuknya, makin besarlah usaha anda perlu lakukan untuk memujuk dia. Lagi-lagi jika anda penyebabnya, kan?

  1. Berikan Sokongan
Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Suami boleh merajuk tentang hal luar tetapi terbawa dalam rumah sendiri. Jadi apa anda perlu lakukan? 

Mudah sahaja. Jadi pendengar setia dia. Sokong dia dalam apa-apa yang dia ingin lakukan. Jika dia ingin lakukan perkara yang tidak sepatutnya, rasionalkan suami anda kembali.

Sewaktu dia hilang rationality, andalah jadi rasionalnya.

Ketika dia hilang sabar, anda jadi orang yang menyabarkan dia. 

Begitulah hubungan suami isteri. Apa yang anda kurang, dia tambahkan. Apa yang dia kurang, anda cukupkan.

Saling melengkapi.

  1. Buang Ego Anda Sendiri
Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Jika anda sudah tahu punca rajukannya, anda boleh pujuk dia dengan merendahkan ego anda sendiri. Lelaki juga mempunyai perasaan, jadi sememangnya akan ada masa terasa.

Mungkin dia sudah menahan lama rasa sabar dan waktu dia merajuk adalah apabila segalanya terluah?

Anda masih sayangkan suami anda?

Buang ego anda dan bertolak ansurlah. Ini adalah kunci sebuah hubungan yang sihat.

  1. Jangan Minta Pandangan Orang Luar
Cara Pujuk Suami Yang Merajuk

Sebenarnya ada boleh minta pandangan orang luar untuk memujuk. MInta cadangan. Tapi bukan untuk mencanang kehidupan rumah tangga anda. 

Kenapa kami tidak menyarankan anda bercerita tentang suami anda? 

Kerana selalu isteri akan mula memahami suami dan pandai memujuk. Tetapi kawan anda yang mendengar masalah anda cuma akan cop suami ada sebagai orang yang tidak rasional.

Tips untuk pujuk suami yang marah pula adalah:

  • Ajak dia lakukan sesuatu yang mereka suka
  • Belikan suami sesuatu untuk mulakan perbualan
  • Melayan suami seperti tiada masalah yang berlaku
  • Hantarkan mesej yang mereka akan lihat melalui WhatsApp, Instagram atau Facebook
  • Ugut dengan ugutan manja

Semoga cara mengambil hati suami yang sedang marah dan merajuk ini membantu anda.

Kesimpulan

Secara jujurnya kehidupan berumah tangga sememangnya akan menjadi mencabar. Biasalah, setiap perkara dalam hidup adalah mencabar. Lagi-lagi jika cabaran itu adalah orang yang anda perlu hadap setiap hari.

Dalam perhubungan ‘give and take’ adalah penting. Jangan sentiasa give dan jangan pula sentiasa take. Pasangan anda adalah your missing puzzle piece. Cukup sempurna untuk anda, dan anda sendiri.

Berbincanglah sekiranya anda perlu berbincang. Sekiranya tiada jalan keluar, anda boleh dapatkan pandangan orang yang tidak berat sebelah.

Siapakah orang ini? Bukan ahli keluarga atau kenalan. Tetapi kaunselor. Kaunselor rumah tangga bukanlah untuk mereka yang ingin bercerai ya. Tetapi untuk mencari jawapan apa yang perlu dilakukan pasangan yang sudah berumah tangga. jangan sampai isteri atau suami merajuk tak balik rumah.

Anda juga perlu ingat, suami yang baik adalah suami yang tidak mengasari anda. Jangan anda biarkan rajuknya sehingga menaikkan tangan. Untuk masalah ini anda boleh laporkan kepada badan berkuasa atau, orang yang anda betul percayai.

Semoga anda dapat sesuatu dari perkongsian kali ini.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category