Kain Pelikat Bergulung? Ini Cara Tegur Suami Yang Betul

Cara Tegur Suami

Kain pelikat bergulung merata, tuala atas katil….ada tak cara nak tegur suami yang betul?

Ada, sudah tentu ada. Kami akan bahagikan cara-caranya kepada dua bahagian. Cara halus dan lembut. Nak bertahan lama dalam perkahwinan memang perlukan banyak kesabaran. Jadi kami berikan juga tips untuk bersabar untuk anda!

Dah bersedia nak belajar sesuatu?

Jom teruskan membaca.

Cara Halus Tegur Suami 

Cara Tegur Suami

Cara ini adalah cara sesuai untuk elakkan suami terasa. Teguran tanpa sedar.

Teguran cara ini paling sesuai supaya dia sendiri perlahan-lahan faham sendiri. Mungkin dia akan sedar anda sedang menegur tetapi tidaklah sampai dia marah-marah.

Follow FB & IG Ustaz Atau Ustazah

Cara Tegur Suami

Anda boleh gunakan media sosialnya dan mula follow ustaz dan ustazah yang membuat ceramah atau taklimat tentang hidup dalam rukun Islam dan berkahwin. Apa yang penting anda perlu cari ustaz dan ustazah yang tidak misogynist dan yang selari dengan kefahaman agama.

Kalau tidak, makin lain macam suami anda nanti. 

Jika anda sudah mulakan dengan langkah pertama ini, anda akan sedar perubahan kecil yang suami anda lakukan. Kalau masih tak berjalan, anda boleh ke langkah seterusnya.

Bincang Dengan Berkongsi

Cara Tegur Suami

Adakah suami anda kawan baik anda?

Kalau jawapannya adalah ‘Ya’, anda boleh berkongsi dengan suami anda apa-apa yang terjadi dalam kehidupan anda.

Perlahan-lahan anda berdua akan belajar tentang diri masing-masing dan mula tahu apakah perkara yang boleh buat anda rasa jengkel. Gulungan kain pelikat ke, kain tuala atas lantai, semua itu dia faham anda tidak suka dan anda boleh joke around tentang perlakuan ini.

Cara Lembut Tegur Suami

Cara Tegur Suami

Puji dahulu suami

Pernahkah anda ditegur secara straight forward? Anda lebih suka begitu atau anda suka diberitahu tentang kebaikan anda barulah ditegur?

Jika anda suka dipuji dahulu, anda boleh puji dahulu suami anda. Anda boleh setkan ton suara positif dalam perbincangan itu.

Tambahan lagi jika anda memuji dahulu, anda boleh melembutkan dahulu hati suami barulah diberitahu apa yang perlu ditegur.

Tidak menengking suami

Tiada siapa suka ditengking dan dibebel. Lagi-lagi dia suami anda. Dia seharusnya menjadi man of power. Jika dia ditengking tidak mustahil dia rasa egonya sedikit tercalar. Jadi jaga air muka suami dengan tidak menengking.

Tahan dulu kemarahan dan bersabar. Kalau nak marah jangan terus melenting. Mungkin ada orang di sekeliling yang tidak seharusnya mendengar tengkingan itu.

Yang paling tak best kalau ada anak terdengar anda berdua bergaduh. Trauma sampai ke sudah.

Effective communication

Cara Tegur Suami

Biarkan dia tenang. Tetapkan masa untuk berbincang. Belajar cara bersembang dengan suami anda. Adakah dengan ton suara lembut atau tegas?

Bagaimana kalau dia tidak suka suara tegas atau suara bunyi seperti anda bercakap dengan kana-kanak.

Secara jujurnya, anda patut tahu dan jangan menidakkan cara yang sesuai untuk bersembang dengan suami anda.

Dengan ini anda akan dapat berbincang dengan suami tanpa sebarang konfrontasi.

Cara Bersabar Dengan Suami

Cara Tegur Suami

Tidak follow group toksik

Group toksik di FB, WhatsApp atau di TikTok, tidak kiralah di mana sahaja– anda perlu keluar dari situ. Walaupun group ini cuma dianggap benda remeh temeh, anda perlu tahu betapa kuat pengaruh group ini dapat meracuni pemikiran anda.

Lagi-lagi kalau ada yang mencurahkan petrol ke api. Makin terbakar hati anda. Ingatlah setiap perkahwinan adalah dinamik. Ada pelbagai cara untuk approach a problem in a marriage, being negative is one of them but rarely brings good outcome.

Jadi anda cuba keluar dulu group itu ya?

Dapatkan Nasihat Orang Yang Tidak Berat Sebelah

Cara Tegur Suami

Bukan senang nak meluah tanpa ada orang yang bagi nasihat merepek. Tetapi anda harus ingat bila anda bercerita, anda cuma menceritakan kisah di sisi dan pandangan anda. Jadi pandangan suami tidak diambil kira.

Kalau anda luah dekat kawan anda yang memang dah tidak suka suami anda, ada kemungkinan dia cuma akan cadangkan sesuatu yang tidak leok.

Kawan yang teruk nanti dia suruh cerai aje. SIkit-sikit cerai, sedangkan ada lagi cara untuk selesaikan. Untuk itu, dapatkanlah nasihat kaunseling perkahwinan ataupun ceritakan pada orang yang betul-betul tidak berat sebelah. 

Pelajari cara love language suami

Cara Tegur Suami

Anda ada baca blog kami yang lepas tentang love language

Anda boleh baca untuk info yang lebih mendalam. Ringkasannya, anda perlu tahu love language yang betul untuk suami anda. Anda perlu zahirkan sayang kepada suami dengan love language dia, bukan love language anda.

Anda boleh buat kuiz untuk memahami love language daripada artikel itu.

Semoga ia dapat membantu!

Tidak merajuk dengan kerap

Kami faham ada kalanya memang rasa nak merajuk. Tetapi jangan buat selalu. Nanti dia frust anda pun frust kerana tiada siapa yang ingin memberikan solusi. 

Kesimpulan

Hey, kami faham anda inginkan tips perkahwinan tahan lama. Kami ingin katakan satu perkara, perkahwinan adalah kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Anda perlu usaha dan dia juga perlu usaha. 

Fokuskan apa yang anda boleh kawal. Iaitu diri anda dan bukannya suami anda.

Percayalah, anda akan rasa lebih tenang. Kalau perkahwinan semakin elok jadinya, mungkin itulah berbaloi untuk anda perjuangkan.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category