10 Hadiah Kahwin Rare 2023 Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru

hadiah kahwin rare

“Aku rasa.. aku nak kasi hadiah kahwin rare. Tapi nak bagi apa ya?”

Dapat sahaja kad kahwin dari sahabat atau kenalan, pasti persoalan ini timbul.

Majlis perkahwinan adalah majlis keraian ahli keluarga dan orang ramai. Jadi hadiah yang diberikan haruslah sesuai supaya tidak menimbulkan ‘kontroversi’ tidak diundang semasa majlis!

Tak tahu nak pilih hadiah apa? Kami senaraikan hadiah yang sesuai untuk anda berikan kepada mempelai baru itu. Yang penting hadiah kahwin ni semua hadiah yang berguna.

Hadiah kahwin untuk perempuan dan lelaki, semua sesuai dengan yang kami berikan. Cuma tinggal untuk add to cart!

10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru

  1. Phero Essence
  2. Periuk Baru 
  3. Peralatan Elektronik
  4. Perkakas Dapur
  5. Hamper Makanan
  6. Buku Masakan
  7. Hiasan Rumah
  8. Perabot
  9. Comforter
  10. Skincare 

Nak tahu mengapa kami pilih hadiah-hadiah ini?

Teruskan membaca

1. Phero Essence

hadiah kahwin rare

Pengantin mana yang tidak takut dengan pengalaman pertama duduk bersama?

Jadi anda sebagai rakan atau kenalan, tak perlu buntu fikir ingin belikan hadiah apa yang sesuai. Belikan sahaja pewangi pheromone untuk rakan anda itu.

Ada yang khas untuk wanita dan ada yang khas untuk lelaki.

Apa itu pheromone ya?

hadiah kahwin rare

Pewangi pheromone ini adalah pewangi yang boleh meningkatkan keyakinan pemakai dan juga mereka yang membaunya.

Aroma asli pheromone dikatakan boleh mengubah mood seseorang. Tidak perlulah kami terangkan ‘mood’ apakah tersebut.

Rare kan hadiah yang ini?

Bukan setakat pewangi biasa. Ini adalah pewangi yang tak pernah dibuat orang untuk dihadiahkan.

Iyalah, selalunya pewangi ini digunakan pembeli sendiri.

Tak salah nak kongsi ilmu ‘hilang malu’ ni, kan?

2. Periuk Baru 

Hadiah Kahwin Rare

Bukan nak kata apalah, tetapi pagi sehari selepas majlis, mesti pengantin akan diuji kehandalan memasak.

Walaupun ada yang kata “Memasak ini bukan tugas pengantin baru”, tak rugi pun rasanya kalau tunjuk kemampuan untuk memasak.

Tetapi kalau tak pandai masak, macam mana nak ‘goreng’?

Senang aje!

Guna periuk barulah.

Ini, periuk Rhino Cookwear. Periuk yang memudahkan penggunanya untuk menggoreng.

Tiada lagi ayam goreng berdarah. Cuma ayam yang dimasak sempurna dalam dan luar.

Rhino Cookwear diciptakan dengan penapis minyak dan pembaca suhu. Senanglah nak memasak dan nampak macam chef yang handal di dapur.

Kadang-kadang bukan tak reti memasak, konfiden aje yang tak ada.

New periuk, new confident to cook la apa lagi!

3. Peralatan Elektronik

Hadiah Kahwin Rare

Peralatan elektronik ini tidak terhad kepada barangan di dapur.

Barangan elektronik yang anda boleh hadiahkan kepada pasangan mempelai baru adalah:

  • Vacuum
  • Hair dryer
  • Hair curler
  • Jam estetik

Banyak lagi hadiah elektronik yang lain. Jangan terhadkan penggunaannya di dapur, kalau tak, tidak mustahil ada 5 tetamu pengantin lain memberikan hadiah yang sama.

4. Perkakas Dapur

Hadiah Kahwin Rare

Ramai mempelai pengantin akan berpindah masuk ke rumah baharu. Jadi tidak hairan rumah itu masih kosong.

Rumah kosong bermakna pinggan, mangkuk, sudu dan garpu pasti tidak ada lagi di dapur mereka.

Ringankan ‘beban’ pengantin baru dengan membelikan perkakas dapur yang mereka boleh gunakan.

Beli yang mahal atau murah, mana-mana sahaja asalkan ikhlas.

Percayalah, sudu 2 ringgit pun pasti mereka akan hargai.

5. Hamper Makanan

Hadiah Kahwin Rare

Macam pelik, tapi percayalah hamper makanan akan menjadi berguna kepada pengantin baru!

Bayangkan jika saudara-mara datang menyinggah di rumah baru atau di rumah keluarga pengantin dan perlukan sesuatu untuk dihidangkan.

Hadiah apa yang akan dicapai dahulu?

Pasti hamper makanan. 

Hamper makanan yang berisi biskut, air kordial atau coklat sememangnya akan dibuka dahulu oleh pengantin.

Kalau tidak dibuka awal pun, hamper makanan ini akan menjadi hamper berguna di rumah baru nanti.

Sambil mengemas rumah baru, sambil mengunyah jajan dari hamper, kan?

Tetapi, elakkan daripada membei hamper buah-buahan kerana ia lebih cepat rosak.

6. Buku Masakan

Hadiah Kahwin Rare

Semua orang pandai memasak. Cuma tak hafal resepi. Jadi hadiah ini sangat sesuai untuk pengantin yang tak hafal resepi itu.

Mana tahu, asbab anda menghadiahkan buku masakan ini, pengantin jadi lebih bersemangat untuk memasak. 

Setiap hari, lauk yang berbeza. Menarik, kan?

Yang penting hadiah ini tidak gender bias. Hadiahkan kepada pengantin perempuan atau lelaki, tiada masalah.

7. Hiasan Rumah

Rumah baru kan tiada hiasan lagi. Ataupun jika mereka duduk di rumah mertua, bilik mereka masih perlu dihias.

Beli sahaja cadar baru atau hiasan dinding yang menarik untuk pengantin.

Hadiah kahwin rare paling rare sekali, belikan bingkai gambar baru untuk mereka gunakan sebagai bingkai gambar persandingan mereka.

8. Perabot

Hadiah Kahwin Rare

Chop!

Sebelum beli perabot, pastikan anda tahu di mana pengantin akan duduk setelah berkahwin.

Kalau anda tahu mereka akan duduk bersama mertua, belikan perabot yang tidak akan menganggu ruang rumah.

Jika anda tahu mereka akan duduk di rumah lain, boleh sahaja anda belikan perabot yang besar untuk mereka.

Sedikit idea untuk anda:

  • Belikan kelengkapan WFH jika anda tahu mereka WFH
  • Perabot untuk menyimpan baju juga boleh diberikan
  • Tempat penyimpan kasut kerana kasut bertambah di rumah

9. Comforter

Hadiah Kahwin Rare

Hadiah ini akan disimpan pengantin baru sampailah comforter itu lunyai!

Hadiah ini bukan sahaja berguna jika pengantin tidak mempunyai tilam di rumah mereka. Tetapi akan menjadi berguna di masa hadapan jika ada tetamu yang datang ke rumah.

Silap-silap, akan disimpan dan dijaga sampailah generasi akan datang.

Tak percaya? 

Bila anda balik kampung, cuba tengok ada tak atuk nenek anda masih simpan comforter yang koyak?

Ada yang siap bertampal lagi!

Punyalah berguna comforter tu.

10. Skincare 

Hadiah Kahwin Rare

Ini kami tidak perlu ulas lebih. Jika anda kenal dengan mempelai pengantin yang sememangnya skincare enthusiast, belikan sahaja skincare yang mereka selalu gunakan.

Tidakpun, belikan hadiah mereka boleh buat skincare routine berama.

Hadiah itu mungkin clay mask atau sheet mask.

Apa-apa sahaja hadiah yang boleh buatkan dua mempelai pengantin bonding.

Konklusi

Hadiah Kahwin Rare

Memang pencarian hadiah kahwin yang sesuai ini memeningkan!

Ada orang suka itu tapi tak suka ini. Jadi senarai yang kami berikan untuk anda hadiahkan adalah hadiah kahwin rare tetapi bermakna kepada pengantin.

Ingat, kalau nak berikan hadiah yang ‘kontroversi’ jangan buat di atas pelamin!

Viral nanti, segan pengantin.

Sekian sahaja cadangan kami. Kongsikan kepada kami hadiah apa yang anda pernah belikan kepad rakan-rakan anda.

Mungkin ada yang boleh ambil ilham.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category