Isteri Mengandung: Apa Peranan Suami?

isteri mengandung

Apa suami yang perlu buat ketika isteri mengandung?

Wanita yang sedang hamil akan mengalami beberapa perubahan dalam dirinya. Perubahan ini termasuk dari segi hormon, emosi dan fizikal. Mereka juga lebih sensitif kerana penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang tinggi. 

Oleh itu, jagalah dia dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Siapa yang tahu kesakitan yang mereka sedang hadapi. 

Tahukah anda setiap wanita mempunyai pain tolerance yang berlainan?

Sebab itulah anda jangan merendahkan kesakitan yang dihadapi ibu mengandung.

Para suami, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga emosi isteri. Ingatlah tanggungjawab anda. Jadilah seorang suami dan ayah yang sentiasa ada atau hadir dalam momen-momen penting keluarga.

Ingin tahu apakah peranan suami ketika ini? 

Teruskan membaca.

Tanda-tanda Isteri Mengandung

  • Sakit pada bahagian payudara
  • Letih
  • Sukar mengawal emosi atau terlalu sensitif
  • Perubahan selera makan
  • Pening kepala
  • Muntah & mual
  • Kejang & pendarahan seperti datang bulan
  • Tidak datang haid
  • Ada yang mula mengidam, ada yang tidak

Tanda-tanda mengandung bukan hanya isteri mual dan muntah di singki terdekat, selalu drama sahaja begitu. Setiap orang mempunyai petanda yang berbeza. Ada yang sampai anak sudah beberapa bulan dalam kandungan pun tiada alahan atau tanda-tanda. Bila isteri dah mula tunjuksedikit perubhan ini, si suami perlulah prihatin ya.

Cara Mengawal Mabuk Hamil

  • Makan dengan perlahan tanpa terburu-buru
  • Asingkan makanan supaya menjadi bahagian kecil
  • Elakkan makan makanan yang susah dihadam, pastikan anda makan serat
  • Minum air SELEPAS makan, bukan semasa makan untuk mengelakkan kenyang terlalu cepat
  • Elakkan makanan panas atau suam jika anda loya dengan baunya

Anda sudah semak petanda hamil tadi kan? Ini caranya untuk menjadi suami yang memainkan peranan bertangungjawab sebagai seorang bakal ayah.

Ikut Isteri Check Up

isteri mengandung

Tidak kiralah anak pertama atau kedua ataupun bongsu sekalipun, ibu yang mengandung pasti suka sekiranya diteman sewaktu check up. Iyalah, anak yang dikandung itu kepunyaan suami juga.

Jika para suami ada kelapangan untuk menemani isteri, temanlah sehingga ke dalam bilik check up.

Bukan hanya menghantar sahaja di pintu masuk. Denga apa yang doktor nasihatkan supaya dapat menjaga kandungan itu sehinggalah isteri bersalin.

Jangan culas bab ini. Walaupun remeh, tetapi ia amat berharga kepada isteri.

Ambil Tahu Pemakanan Isteri Mengandung

isteri mengandung

“I am eating for two”

Siapa selalu dengar wanita mengandung ucapkan kata ‘hikmat’ ini? Secara jujurnya kata-kata ini sedikit betul dan sedikit salah mengikut kepada penggunaannya.

Nutrisi makanan yang dimakan oleh ibu mengandung akan disalurkan kepada bayi melalui pusat. 

Tetapi ini tidak bermakna ibu boleh makan apa sahaja yang dimahukan. Pantau makanan ibu mengandung supaya zat yang diberikan cukup untuk bayi.

Elakkan makanan berlemak dan yang terlalu manis untuk mengelakkan kencing manis sewaktu mengandung.

Tambahkan protein yang dapat membantu perkembangan otak anak. Jika para ibu perlu makan asid folik, berikan dos yang telah dinyatakan oleh doktor.

Jangan skip apa-apa yang doktor telah nasihatkan. 

Siapkan Diri Untuk Kehadiran Anak Kecil

isteri mengandung

Pernahkah anda berjaga pada pukul 2-3 pagi?

Good news for you!

Berjaga awal pagi akan menjadi rutin ibu bapa yang baru menyambut kelahiran bayi. Tangisan yang nyaring seperti boleh memecahkan gegendang telinga ini adalah panggilan anak untuk sesuatu.

Jadi, siapkan diri anda untuk tangisan ini. Kawal kemarahan sekiranya terkejut pada waktu ini.

Selain itu, anda juga perlu sediakan barang-barang bayi. Katil yang selesa, bantal yang sesuai dan botol susu yang selamat.

Sediakan barang-barang ini bersama isteri anda, jangan biarkan dia pergi bersendirian. Ibu mengandung tak elok bawa barang berat tau!

Jangan Lupa Berdoa Untuk Isteri Mengandung

isteri mengandung

Walaupun anak itu sudah selamat di dalam kandungan isteri, doakanlah untuk kelahiran yang sempurna.

Semoga anak itu dapat melihat dunia sehingga besar. Titipkan juga doa untuk anak soleh dan solehah. 

Sediakan Tempat Yang Selesa Untuk Isteri

Seperti yang anda ketahui, ibu yang mengandung akan mengalami beberapa perubahan fizikal. Antara perkara yang akan berlaku pada badan ibu mengandung adalah kaki bengkak, lebih kerap untuk kencing dan 

Jadi Pendengar Setia Isteri Mengandung

isteri mengandung

Wanita yang sedang mengandung akan mengalami pelbagai emosi dan juga kesakitan yang sukar diungkapkan.

Walaupun susah untuk fahami luahan isteri, pastikan anda mendengar apa yang isteri anda ingin katakan.

Tidak semestinya mereka perlu jawapan, cadangan atau solusi. Mereka perlukan pendengar untuk validate perasaan dia.

Belajar Love Language Isteri

Tahukah anda ada 5 love language yang dapat dikenal pasti?

Lihat dan fikirkan mana satukah love language isteri anda.

  • Word of affirmation: Kata-kata sayang dan validasi
  • Receiving gift: Menerima hadiah
  • Physical touch: Sentuhan fizikal
  • Acts of service: Memberikan servis atau berkhidmat
  • Quality time: Meluangkan masa berkualiti

Pelajari love language yang betul supaya hubungan suami isteri tidak menjadi hambar kerana setiap love language ini mempunyai pendekatan yang berbeza.

Berikan Kata-kata Semangat

isteri mengandung

Kadang-kala ibu yang mengandung ini ada rasa tidak bersemangat, malah sedikit komen tentang apa yang mereka lakukan boleh mengguris perasaan mereka. Lagi-lagi makcik bawang yang memberikan komen tentang berat badan.

Sebagai suami, step up dan stand up untuk isteri anda. Berikan juga kata-kata semangat supaya dia rasa lebih disayangi dan tidak perlu pedulikan makcik bawang.

Urut Kesakitan Ibu Mengandung

isteri mengandung

Pernahkah anda lihat ibu mengandung berjalan sedikit berbza berbanding sebelum dia mengandung. Seperti yang anda tahu, kawasan perutnya semakin membesar kerana bayi di dalam kandungan membesar.

Jadi gaya perjalanan yang mereka lakukan itu bukanlah sengaja atau meminta perhatian.

Jangan pula ejek atau perli gaya perjalanan mereka kerana bayi yang dikandung itu juga berat dan setiap langkah boleh menjadi sakit.

Tidak hairanlah ibu mengandung cepat penat.

Para suami, take note perubahan ini. Urutkan bahagian yang sakit itu. Fokuskan bahagian tapak kaki, bahu dan perut. Jangan urut dengan kasar pula. Urut sekadar untuk melegakan.

Bantu Uruskan Keluarga

isteri mengandung

Banyak isu perkahwinan terjadi kerana urusan keluarga yang tidak selesai. Kain pelikat bergulung di atas lantai, tuala di atas katil, sampah yang tidak dibuang.

Kalau ada anak yang kecil pula, anak yang tak disiapkan, kuat merengek…

Terlalu banyak isu yang boleh disenaraikan tetapi blog ini bukanlah untuk mengulas hal itu. Tetapi ini adalah untuk apa yang suami boleh lakukan untuk bantu ibu hamil.

Jadi apa ya?

Sudah tentu dengan melakukan kerja rumah tersebut. Janganlah buat sekadar perlu, jangan tambah lagi stressnya. Bantu selayaknya seorang suami di dalam perkahwinan.

Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Para ibu yang sedang hamil tidak boleh hentam keromo dalam pengambilan makanan. Selain daripada nutrisi mencukupi, ibu juga perlu menerima nasihat doktor sekiranya perlu mengambil makanan tambahan seperti asid folik.

Ini adalah 9 jenis makanan yang boleh ditambah dalam diet ibu mengandung.

  • Produk tenusu
  • Legum atau kekacang
  • Ubi keledek
  • ikan salmon
  • Telur
  • Brokoli dan sayuran berdaun
  • Daging yang dibuang lemak
  • Buah beri
  • Bijirin

Selain daripada itu, bagi ibu yang ingin meningkatkan darah semasa hamil, mereka haruslah mengambil daging, telur, kekacang, pisang, buah delima, bayam dan brokoli.

Cara memberi perhatian kepada ibu mengandung

Waktu mengandung, para ibu mungkin menjadi lebih sensitif, parasa suami perlu tahu cara untuk menjaga hati isteri. Boleh sahaja layan sebentar permintaan isteri mengidam sesuatu, anda juga boleh berbual dengan anak dalam kandungan untuk mengambil hati isteri. Selain itu, anda juga boleh membantunya menjadi lebih selesa dalam rutin tidurnya. Kalau rehat mencukupi, mungkin moodnya akan jadi lebih elok esoknya.

Kesimpulan

isteri mengandung

“I am here for you”

Yang pentingnya ibu yang hamil perlukan seorang pasangan yang menjalankan peranan yang betul. Kehamilan tidaklah mudah bagi setiap ibu dan walaupun mereka sudah mempunyai anak yang lain, tidak menjamin kehamilan baru menjadi lebih mudah. Ada kalanya isteri boleh terasa hati dengan suami semasa mengandung. Tetapi suami, jagalah emosi juga kerana ini adalah ujian kedua-dua belah pihak.

Nak naikkan mood suami isteri?

Dapatkan haruman yang menenangkan minda seperti wangian daripada pheromone.

Dapatkan Pheromone di sini.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category