Punca Isteri Tawar Hati Dengan Suami & Cara Memulihkan Hubungan

isteri tawar hati dengan suami

Pernah kan kita nampak pasangan tua yang makan di restoran bersama. Kita juga pernah berjalan ke mana sahaja berpegang tangan. Tapi sekarang sudah tidak. Mungkin kerana sudah tawar hati tetapi apakah punca isteri tawar hati dengan suami atau vice versa?

Mari lihat apa yang boleh dibetulkan untuk kehidupan rumah tangga yang lebih sihat. Menyesal nanti tiada gunanya dah lagi. 

Punca-punca Isteri Tawar Hati Dengan Suami 

isteri tawar hati dengan suami

Ada banyak sebab yang boleh menjadi punca isteri tawar hati dengan suami. Ada sesuatu yang ditanam di dalam hati sehingga cukup masanya dia betul-betul tawar hati. Ada juga yang sepantasnya terjadi membuatkan dia tidak peduli lagi. 

Oleh itu kami akan berikan kepada anda punca-punca tawar hati serta merta dan juga punca tawar hati yang dikumpul di dalam sanubari si isteri

Punca Isteri Tawar Hati Dengan Segera

  • Curang

Daripada perkataan curang itu sahaja anda pasti dapat membayangkan betapa hancurnya hati seseorang jika dia tahu pasangannya menipu. Fasa-fasa penerimaan yang sangat sukar untuk dihadam.

Dia akan bertanya apakah salah dia, apa yang tidak mencukupi, adakah dia tidak menjaga suami dengan betul?

Terlalu banyak persoalan sehingga dia berasa tawar hati dengan serta merta. Walaupun anda sudah cuba untuk membetulkan keadaan, tidak semestinya keadaan akan pulih seperti biasa secepatnya.

  • Berjudi
isteri tawar hati dengan suami

Orang berjudi adalah orang yang rugi. Anda ingin tahu sebabnya?

Dia akan membazirkan wang, masa dan juga tenaga untuk sesuatu yang tidak pasti. Bila dah berjudi pasti ada duit yang burn. Duit yang burn itu pula akan menyukarkan kehidupan. Paling parah jika pasangan tersebut sudah ketagih.

Silap-silap duit habis dipakai, berhutang pula kemudian makin sukar untuk jalankan tanggungjawab. Kalau anda seorang Islam, lagilah teruk impaknya. Wang yang dimenangi adalah haram untuk digunakan.

  • Menggunakan bahan terlarang

Syabu, dadah, ketum ataupun gam adalah perosak negara. Ya, kami betul-betul maksudkan apa yang kami katakan. Tidak kiralah mereka mengambil bahan terlarang ini sebagai ‘penguat’ untuk melakukan sesuatu, bahan terlarang tetap terlarang.

Jangan pandai-pandai untuk buat self-healing!

Bahaya dan sangat menghancurkan. Impak penggunaan bahan terlarang akan menyebabkan ketaguhan dan bila anda ketagih anda akan membeli lagi dan lagi. Hujungnya, duit untuk menjadi ahli keluarga yang bertanggungjawab pun tidak dapat terlaksana.

Tahu-tahu tanggungjawab diabaikan. 

Kemudian apa yang terjadi?

Keluarga akan hancur. Jadi tidak salahlah kalau isteri cepat tawar hati dengan suami jika ini terjadi.

  • Kuat bohong dan menipu
isteri tawar hati dengan suami

Tiada siapa yang sukakan orang yang membohong dan menipu. Sama jugalah dengan isteri anda. Bagaimana kalau kami katakan, ada masanya isteri sudah tahu ada pembohongan dalam cerita anda dan penipuan dalam perlakuan anda.

Kadang-kadang, isteri ni tunggu suami buat oengakuan je!

Ada banyak peluang yang akan diberikan kepada suami untuk jelaskan situasi sebenar. Tetapi percayalah, hati isteri akan semakin tawar dengan pantas. Tahu-tahu dia meletup kerana dia sudah bersedia untuk meluahkan kemarahannya.

  • Melakukan keganasan kepada isteri

Keganasan kepada isteri bukanlah sesuatu yang didambakan apatah lagi petanda seseorang itu sayangkan anda. Keganasan bukanlah jawapan kepada apa-apa masalah. 

Siapa aje yang tahan jika dipukul?

Kami mengaku ada yang kekal dalam rumah tangga yang tidak bahagia ini. Tetapi tidak hati siapa sahaja yang akan bertahan. Isteri akan cepat terasa hati dan akan tawar hati. 

Jangan pukul isteri!

Bincang dengan elok. Isteri anda bukanlah hamba abdi yang perlu dipukul, tetapi untuk disayangi dan didampingi.

Punca Isteri Tawar Hati Yang Terkumpul Di Hati

  • Perkara berulang
isteri tawar hati dengan suami

Towel terperam atas katil, kain pelikat bergulung. Dah ditegur tapi masih terjadi dan dibiarkan. Dah ditegur pun dibairkan. Makin lama disimpan, makin banyak dalam kotak memori. 

Sekarang, kami ingin tanya, kalau anda selalu perlu menegur orang tentang kesalahan yang dilakukan, adakah anda akan tenang atau mula mengumpulkan segala rasa tidak puas hati itu?

Pasti anda buat yang kedua, kan? 

Jadi sama sahaja dengan isteri. Tiada isteri suka untuk membebel. Jika dia sudah ingatkan, segera lakukan. Sekurang-kurangnya anda perlu meminta maaf kepada dia.

Anda pun sudah dewasa, kan?

  • Berkira dalam hal kerja rumah
isteri tawar hati dengan suami

Awak buat ini, saya buat itu. Kalau awak tak buat, saya pun tak buat!

Eh, jangan sampai macam tu. Makin lama makin toksik hubungan suami isteri. Kalaulah ada perkara yang isteri tak sempat nak buat, anda bantu aje dia. Tidak pun dapatkan servis untuk memudahkan kera.

Tak larat masak? Buat tempahan online.

Tak larat kemas rumah? Hire a maid.

Jangan rumitkan rumah tangga dengan masalah yang ringan, mudahkan kehidupan isteri dan gembirakan dia.

  • Terasa hati

Jangan tidak tahu ya, terasa hati pun boleh jadikan dia tawar hati. Macam mana isteri boleh terasa hati? 

Mungkin kerana apa yang anda lakukan yang dia tidak suka. Terlalu mesra dengan kawan pejabat, tidak meluangkan masa bersama, terlalu melekat dengan kawan di luar dan tidak menyebelahi isteri dalam beberapa perkara.

Cara ingin atasi ini, anda perlu pelajari love language isteri. Iingkan panduan? Klik artikel di bawah

  • Rasa tidak didengari

Pernahkah isteri membuat luahan perasaan tetapi anda tidak endahkan?

Pernahkah isteri mencritakan tentang harinya tetapi anda tidak peduli?

Tahukah anda, selalunya dalam perkahwinan, selalunya isteri akan cuba buat suaminya sebagai teman baik. Tetapi macam mana ingin berkawan kalau asal dia buka mulut anda tidak peduli?

  • Rasa terbeban
isteri tawar hati dengan suami

Banyak sebab boleh menjadi isteri rasa terbeban. Kehidupan dalam perkahwinan yang berteraskan berkongsi jadi tidak mustahil isteri rasa terlalu banyak untuk dia tangani. Daripada tanggungjawab menjaga rumah tangga, ekonomi dan juga bekerja di tempat kerja sendiri.

Biasakan yang betul, ringankan beban isteri dengan dapatkan bantuan yang septutnya. Bantuan servis, ataupun kaunselor, apa sahja untuk memulihkan perkahwinan.

Kesimpulan

isteri tawar hati dengan suami

Binalah alam rumah tangga denga baik dan niat yang betul. Jika ada pihak yang mula tawar hati, silalah buat yang terbaik untuk memujuknya kembali.

Pasangan anda adalah orang yang anda expect untuk ada bersama anda sehingga akhir hayat. Anda tidak akan bahagia jika anda hidup dengan orang yang sudah tawar hati.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category