Kenapa Hubungan Hambar? Baca Ini Untuk Tahu Kenapa dan Solusinya

Kenapa Hubungan Hambar

Dah kahwin tetapi kenapa hubungan hambar tidak seperti zaman bercinta atau masa fasa honeymoon awal perkahwinan?

Risau tak, kalau cinta semakin berkurang..atau anda cuma over thinking?

Secara jujurnya ya anda overthinking. Tetapi ini tidak bermakna perasaan anda tidak valid. Jom semak apa penyebab hubungan semakin hambar. Biar anda nilaikan sendiri dan bantu hubungan sekiranya betul hubungan anda semakin hambar.

Tanda-tanda hubungan semakin hambar:

  • Tidak pedulikan antara satu sama lain
  • Tidak bercakap tentang apa-apa topik (sembang pun hambar)
  • Mula berahsia
  • Sering berlaku pergaduhan

1. Kuat Mengeluh

Kenapa Hubungan Hambar

Tiada siapa sempurna dalam dunia ini. Anda tidak sempurna, pasangan anda juga tidak sempurna. Tetapi yang menyebabkan hubungan hambar adalah ada pasangan atau diri anda sendiri kuat mengeluh.

Itu salah ini salah. Anda tidak suka cara dia cuci pinggan? Dia pula tidak suka anda basuh kain. Each one ada masalah masing-masing yang tidak semua boleh selesaikan.

Jadi apakah alternatifnya?

Sudah tentu toleransi. 

Selain daripada itu orang yang kuat mengeluh akan mengeluh tentang apa sahaja. Kalau anda sendiri tidak kisah untuk mendengar tidak mengapa tetapi anda sendiri juga mula bosan. Lebih-lebih lagi jika dia tidak ingin mendengar keluhan anda pula.

One sided keluhan sangatlah bosan. Macam mana nak bina komunikasi yang berjaya kalau asyik mengeluh dan tiada penyelesaian?

2. Overthinking

Oh ini paling berbahaya dalam hubungan. 

Overthinking akan menimbulkan sangsi. Bayangkan jika anda overthinking tentang mengapa pasangan anda balik lambat dari kerja. Daripada overthinking mulalah dalam hati timbulkan assumption seperti, “Dia jumpa dengan siapa pula lepas balik ofis ni?”

Dah tak pasal-pasal cemburu. Cemburu dan merajuk. Mulalah beri layananan yang tidak berapa elok kepada pasangan. 

Daripada overthinking, baik anda tanya sahaja dan biarkan jawapan dia menenangkan anda. Sekiranya dia tidak jujur, anda jangan risau, setiap penipuan akan terbongkar. Anda cuma perlu bertenang dan divert overthinking kepada benda yang lain.

Anda boleh pelajari tentang perhubungan melalui video di YouTube ataupun TikTok. Kalau anda suka rujuk kepada agama, anda boleh pilih untuk mendengar ustaz yang anda suka sebagai panduan.

Tapi pastikan anda dengar ustaz yang tidak bias!

Risau pula ada ustaz buat doa untuk poligami macam yang tular di Twitter tempohari. Seram…..

3. Sangat (sangat) Sensitif

Kenapa Hubungan Hambar

Tidak mengapa kalau ada perasaan sensitif. Semua orang ada waktu dia untuk menjadi sensitif tetapi yang tidak seronoknya, sensitif sepanjang masa. Nak bincang sesuatu serius, dia menangis. Nak bincang sesuatu yang agak berat, dia memberontak.

Boleh frust untuk berbincang ataupun bersembang dengan pasangan yang sangat-sangat sensitif ini. Daripada anda nak luahkan sesuatu, anda telan sahaja perasaan anda dan apa yang anda ingin luahkan.

Perhubungan seperti ini selalunya akan memberatkan minda anda. Tiada cara lain untuk menyelesaikan masalah ini melainkan anda terangkan juga apa yang anda bincangkan dan berikan dia reassurance yang tiada perkara buruk yang akan berlaku.

Anda cuma ingin berbincang.

Hubungan kan memang turun dan naik, jadi jangan risau. Hadap je benda berat tu.

Kadang-kadang sebab kenapa hubungan hambar adalah kerana tidak mahu berdepan dengan masalah.

4. Kuat Temberang

Kenapa Hubungan Hambar

Penat betul yang kuat temberang ni. Kalau anda sendiri penipu, kami ada sesuatu ingin tanyakan.

Anda….tak yakin dengan pasangan ke?

Kenapa tipu anda berada di mana? 

Takut dia tidak boleh handle the truth

Takkanlah.

Kami tidak tahu sebab sebenar anda menipu tetapi kami tidak rasa hubungan dengan orang kuat temberang ini akan bertahan lama. Sepatutnya hubungan suami isterilah yang paling tiada rahsia. Anda dan dia sepatutnya jadi teman rapat.

Jadikan dia orang yang perlu mendengar dan didengar anda.

5. Tidak Menepati Janji

Kenapa Hubungan Hambar

“Malam nanti saya buang sampah dekat dapur”

Hm…. tapi dia tidak buang pun. Bila dah selalu jadi macam ni pasangan akan menjadi bosan. Dari sekecil-kecil janji sampailah janji yang besar. Kalau tidak ditepati, patah hati dia sangatlah sakit.

Anda inginkan pasangan yang tidak menepati janji?

Betul ni?

Tak kisah makan hati bertahun?

6. Mengabaikan Saat Indah

Kenapa Hubungan Hambar

Nak bina momen indah ni susah, nak hargainya susah. Jadi apa yang senang?

Abaikan terus saat indah.

Teruk naww tu!

Janganlah begitu kalau inginkan hubungan yang sihat. Kalau anda inginkan hubungan jadi lebih manis, anda boleh tandakan waktu-waktu indah yang boleh dipotretkan dalam gambar. Seperti ulang tahun perkawinan, sambutan perkara besar yang terjadi dalam hidup seperti naik pangkat atau apa sahaja.

Anda boleh simpan memori ini dengan menangkap gambar. Tetapi jangan begitu asyik mengambil gambar dan video sehingga anda terleka untuk menikmati waktu bersama.

Anda nak update atau tidak, itu pilihan anda. Apa yang penting sekurang-kurangnya anda ada menyimpan memori itu dan anda boleh belek bila datang rasa nak bersentimental.

Ini baru appreciating precious moments! 

7. Silent Treatment

Sebenarnya ini adalah perkara yang paling toksik sesiapa boleh lakukan kepada orang lain. Ini tidak adil kepada orang yang inginkan penyelesaian masalah.

Ini adalah tindakan orang pengecut, lari daripada masalah. Jika anda selalu lakukan silent treatment, ingatlah, pasangan anda boleh overthinking. 

Paling menakutkan, bila tiba masanya dia sendiri tawar hati dengan anda.

Nak ke begitu?

Cara-cara Memulihkan Hubungan Hambar

Selain daripada cadangan yang kami berikan di atas, anda boleh ikuti ini untuk memulihkan kembali hubungan anda yang hambar itu. Selagi boleh selamatkan perkahwinan dan bantu jawab kenapa hubungan hambar, apa salahnya untuk cuba.

  1. Mengakui kesalahan
  2. Buka buku baru dengan menyelesaikan hal buku lama
  3. Beri peluang kepada pasangan untuk berubah dan improve diri
  4. Berikan dia ruang untuk berfikir
  5. Jadi pendengar yang baik
  6. Komunikasi dengan betul
  7. More time in the bed (jangan lupa pakai Phero Essence!)
  8. Luangkan masa dengan orang lain untuk bukakan fikiran
  9. Jumpa dengan orang profesional
  10. Komunikasi tentang reassurance dalam hubungan

Apakah Tanda Pasangan Sudah Tidak Mencintai Lagi?

Bila bercakap tentang perasaan, ia sebenarnya adalah perkara yang agak abstrak untuk dibincangkan. Leboh elok sekiranya anda bertanya secara terus kepada pasangan untuk jawapan yang lebih tepat. Jangan membuat provokasi sebaliknya, dapatkan jawapan. Namun anda juga boleh perhatikan tanda-tanda ini:

  • Komunikasi berkurangan
  • Menjadi terlalu perahsia
  • Selalu mengelak
  • Mudah marah
  • Tidak memberikan perhatian
  • Jarang berkasih sayang

Tanda seseorang sudah tidak mencintai kita yang kami senaraikan di atas adalah gambaran sahaja. Jangan ambil terlalu literal. Anda boleh jadikan panduanuntuk melihat perubahan kelakuan seseorang. Jika anda rasa ada perubahan, anda boleh surakannya. Jika dia cuma stree, anda boleh berikan dia ruang.

Kesimpulan

Kenapa Hubungan Hambar

Jika anda inginkan hubungan hambar jadi lebih sihat, anda berdua perlu berusaha untuk menjadi lebih baik. Jangan letakkan beban kepada dia atau bahu anda sendiri untuk berubah. Bantu diri dia untuk berubah dan anda sendiri perlu berubah.

Ada nampak tak, kenapa hubungan hambar?

Harapnya panduan kami berikan boleh bantu anda.

Semoga artikel ini membantu anda membuat keputusan dalam hubungan dengan lebih baik!

Jangan lupa dapatkan Phero Essence, takdelah hambar lagi malam-malam anda.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category