Cara Menyelesaikan Konflik Rumah Tangga

konflik rumah tangga

Perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Tiada siapa inginkan perkahwinan yang dibina hancur begitu sahaja kerana persengketaan. Ramai pasangan suami isteri tidak mengetahui cara menyelesaikan konflik rumah tangga. 

Impaknya?

Penceraian. Tahukah anda statistik penceraian di Malaysia meningkat pada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) berada di tahap yang membimbangkan?

PKP telah membongkarkan kelemahan sistem di dalam rumah tangga yang sedia ada. Sama ada dari segi toleransi, cara mengawal konflik dan juga kebergantungan kepada pasangan.

Mana tidaknya, hanya ketua keluarga yang boleh keluar pada waktu itu. Jadi orang rumah termasuklah ahli keluarga yang lain mungkin terperap. Bila sudah lama duduk menghadap muka yang sama, tidak mustahil munculnya konflik.

Bak kata pepatah, “Jauh bau bunga, dekat bau bangkai”. Kalau dahulu boleh keluar rumah untuk tenangkan fikiran sebentar, pada waktu PKP dilaksanakan sudah tidak boleh lagi.

Kalau sebelum PKP kewangan stabil, tetapi selepas PKP ada orang sampai dibuang kerja.

Benarlah PKP telah mengeluarkan perangai seseorang ketika konflik rumah tangga berlaku. Hikmahnya, anda boleh pelajari dari kesilapan mereka.

Langkah pertama untuk memulihkan rumah tangga adalah mengakui anda mempunyai masalah rumah tangga.

Seterusnya, anda cuba aplikasikan pada rumah tangga tips-tips ini.

Cara Menyelesaikan Konflik Rumah Tangga

konflik rumah tangga

Pilih Waktu dan Tempat Yang Betul

Adakah jika berlaku konflik anda perasan anda ada tindak balas ‘Fight or Flight’?

Apakah maksud Fight?

Fight dalam frasa ‘Fight or Flight’ bermaksud anda melawan konflik itu dengan bersemuka dengan masalah tersebut. Fight tidak semestinya anda bergaduh tetapi anda berdepan untuk menyelesaikan masalah. 

Bergantung dari cara anda cuba mengawal emosi, respon ini boleh menjadikan pergaduhan itu diselesaikan atau makin teruk

Apakah Maksud Flight?

Flight dalam frasa ‘Fight or Flight’ bermaksud anda memilih untuk tidak berdepan dengan masalah tersebut. Adakalanya anda memilih untuk tidak membalas mesej ataupun berjumpa dengan orang itu.

Bahaya pendekatan flight ini, anda tidak akan membincang perkara tersebut. Namun, adakalanya pendekatan ini lebih elok sekiranya anda sedang beremosi.

Jadi pendekatan manakah yang sesuai untuk menyelesaikan konflik rumah tangga?

Tidak semua masalah anda boleh lari dan tidak semua masalah anda boleh lawan. Anda perlu mencari masa dan tempat yang sesuai.

Anda perlu pastikan emosi anda stabil sebelum anda membincangkan masalah tersebut. Sebelum anda lari dari situasi itu, terangkan kepada pasangan anda perlu masa untuk berbincang.

Jangan biarkan mencari masa itu sebagai alasan. Anda perlu tetapkan hari. Mungkin esoknya tau bila-bila masa anda sudah tenang. Tentang hal tempat pula, pilihlah tempat yang dimana anda tidak akan memalukan pasangan.

Jangan menegur pasangan di tempat awam dengan terlalu kuat. Elakkan juga bergaduh di hadapan anak-anak. PIlih tempat di mana anda tidak akan menyakiti pasangan anda dari segi fizikal atau mental.

Gunakan pendekatan ‘Pause’ jika anda perlukan masa sebentar dan ‘Unpause’ jika anda sudah bersedia untuk berbincang.

Kawal Emosi Anda Ketika Konflik Melanda

konflik rumah tangga

Ini adalah nasihat paling klise untuk isu ini. Jika anda baca di blog lain pun, ini adalah perkara yang anda perlu jaga. Emosi anda boleh menyebabkan hubungan menjadi lebih teruk.

Siapa aje yang tidak pernah marah sehingga tidak ingat apa yang dimarahnya?

Paling pedih jika anda marah sambil memaki dan menyentuh hal sensitif pasangan.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”, ingat pepatah ini. Mungkin anda berasa lega selepas melepaskan kemarahan dan segala makian tetapi kata-kata itu akan memberikan luka dalam yang kekal pada pasangan.

Jadi, tolonglah kawal emosi anda. Anda ada masalah baran? 

Dapatkan bantuan profesional. Jangan kerana stigma, anda memilih untuk menyakiti orang lain pula. Bantu diri anda supaya anda boleh bantu yang lain. 

Luahkan Dengan Short & Simple

Jangan putar belitkan apa yang anda cuba sampaikan. Kalau boleh keep it short. Gunakan kata nama ‘saya’ bukan ‘awak’. 

Sebagai contoh, jika suami anda tidak suka suami anda asyik main game setelah pulang ke kerja, anda boleh cuba ini.

“Saya rasa sedih awak tak luangkan masa dengan saya bila awak balik kerja”

Elakkan guna ayat seperti ini,

“Awak main game ni awak memang nak sakitkan hati saya ke?”

Itu ada sudah mula assuming. Assumptions boleh kedengaran seperti tuduhan. Tiada siapa suka dituduh. Walaupun itu yang anda rasa, anda fokuskan tentang perasaan anda, bukan perlakuan dia.

Boleh?

Tunjukkan Anda Masih Sayang

konflik rumah tangga

Ingatlah konflik rumah tangga bukanlah penghalang untuk anda sayangkan pasangan. Malah jika elok cara anda tanganinya, makin kuat rasa kasih dan sayang dalam keluarga itu.

Konflik dan pergaduhan bukanlah untuk membuktikan siapa betul atau salah tetapi untuk mencapai kata-kata persepakatan supaya perkahwinan itu masih utuh. Anda perlu mempunyai kemahiran berunding dengan betul.

Anda perlu elokkan suasana, bukan terukkan. Jadi apa yang anda boleh cuba adalah, walaupun sedang bergaduh jangan lupa untuk tunjukkan anda masih sayang pasangan anda.

Elakkan daripada tidak bersentuh tangan langsung. Setiap kali tidur, walaupun lepas bergaduh pegang tangan dia. Jika anda tidak bersedia untuk itu, bersentuhan kaki di dalam selimut pun sudah memadai.

Jangan abaikan tanggungjawab anda hanya kerana pergaduhan. Jika anda perlu menghantar dia ke tempat kerja atau menyiapkan makanan, lakukan sahaja.

Minta Bantuan Pihak Luar

Ya, kami mencadangkan anda untuk dapatkan bantuan pihak luar. Tetapi pihak luar itu perlulah mempunyai niat yang sama. Niat tersebut adalah untuk memulihkan perkahwinan. Bukan untuk mecari siapa salah atau untuk justify perlakuan salah.

Carilah yang tidak berat sebelah supaya dapat mencari cara yang betul. Anda boleh ke kanselor perkahwinan kerana mereka lebih pakar untuk memberikan nasihat daripada kawan rapat anda.

Kalau boleh elakkan mengadu dengan mertua atau ibu bapa sendiri kerana mereka akan berat sebelah. Paling tidak elok, ada yang menyimpan dendam. Mungkin anda berbaik dengan pasangan tetapi mereka tetap menyimpan rasa tidak puas hati terhadap pasangan.

konflik rumah tangga

Tetapi ini tidak sama ya jika anda didera. Anda perlu dapatkan segala pertolongan yang anda perlu sekiranya didera. Simpan bukti keganasan rumah tangga dan press charge. Jangan berlembut hati kepada pendera.

Sebagaimana anda sakit hati membaca karakter novel berlembut hati dengan pasangan mereka yang kasar, seperti itulah anda perlu lihat diri anda.

17 Taktik Manipulasi Dalam Perkahwinan

Kami faham adakalanya perkahwinan itu toksik. Toksik itu boleh menjadi barah dalam perkahwinan. Oleh sebab itu anda perlu kenali taktik manipulasi ini supaya anda tidak dipersalahkan.

Dah tahu taktik ini, jangan anda pula cuba nak menjadi orang yang kuat memanipulasi ya!

Gaslighting

Taktik dimana anda mula mempersoal diri anda. Ini termasuklah ingatan, kepercayaan, kewarasan, perlakuan, perasaan dan juga identiti anda sendiri.

Contohnya: Anda sukakan Nasi Lemak tetapi pasangan anda gaslight anda dengan mengatakan anda tidak suka Nasi Lemak tetapi anda sukakan Nasi Ayam. Kemudian dia akan mula mencipta imaginasi yang anda lebih sukakan Nasi Ayam bukanlah Nasi Lemak sehingga anda sendiri percaya kepada hujahnya.

Triangulation

Bayangkan situasi jika anda sedang bergaduh tentang kebaikan tidak menonton televisyen ketika sedang bersosial, tetapi pasangan anda bawa pakar televisyen sebagai back up.

Anda rasa siapa yang akan menang?

Sudah tentu dia. Itulah triangulation. Anda tersekat dalam perbalahan itu kerana anda tidak cukup orang untuk menyebelahi anda. Jika ini kerap kali berlaku, ada kemungkinan anda tidak akan mula berbincang pun tentang apa yang anda inginkan dalam perhubungan itu.

Projection

Ini selalu dilakukan oleh orang yang sedang curang. Dia yang curang, dia tuduh orang lain curang.

Dia yang ada masalah mempercayai, dia mula ingat semua orang sedang menipu dirinya. Bahaya orang seperti ini. Dia sentiasa menjadi mangsa dan bukan pemangsa.

Controlling Your Life

Mengawal hidup anda. Perlukah kami ulas lebih panjang? 

Cukup anda rasa lemas dengan apa yang dia ‘perintahkan’ untuk anda ikuti. Ataupun aturkan apa yang dia rasa ‘betul’ bagi dirinya. Itulah mengawal hidup anda. Sampai nak bersembang dengan pakcik jual sate pun marah. Ish, nak ke pasangan macam ini?

Name-Calling

Ini juga dipanggil sebagai ejekan. Anda rasa anda cantik tapi boleh pula dia panggil anda makcik tua. Anda rasa hari ini anda berbau wangi tapi dia mengejek anda dengan memanggil anda Botol Perfume tumpah.

Ejekan akan membuatkan anda rasa kurang berharga. Perlahan-lahan anda akan hilang harga diri dan mempercayai ejekan itu.

Generalizations

Semua perempuan aje betul” 

Hati-hati bila pasangan anda berkata begini. Macam tu sahaja dia pilih untuk tamatkan perbincangan.

Generalizations ini adalah digeneralisasikan. Boleh dia samakan semua orang tentang sesuatu?

Sudah semestinya tidak. Tetapi kalau anda cuba juga bergaduh dengan orang seperti ini anda akan penat mental. Dia sahaja yang betul, yang lain tidak.

Moving the Goalposts

Situasi untuk taktik ini adalah seperti anda sedang bermain Uno tetapi dia mengubah-ubah peraturan supaya anda tidak menang dan dia sahaja yang menang.

Pernah kena tak situasi yang lebih kurang sama?

Love Bombing

Apakah itu love bombing?

Love bombing adalah dia mula menjadi terlalu sayang kepada anda. Kami bukan ingin mengatakan perkara ini tidak elok tetapi love bombing mempunyai tahap yang anda perlu waspada.

Tahap Pertama Love Bombing: Dia mula menzahirkan kasih sayangnya. Mesej ayat yang manis setiap hari. Kalau boleh dia akan memberikan hadiah. Anda rasa seperti andalah wanita paling bertuah dan permaisuri di hatinya.

Tahap Kedua Love Bombing: Dia mengurangkan sedikit layanan terhadap anda. Anda mula rasakan sesuatu yang tidak kena tetapi anda tidak berkata apa-apa kerana mungkin itu normal.

Tahap Ketiga Love Bombing: Dia mula bersikap dingin dengan anda. Anda ingin berbincang tentang perlakuan dia tetapi dia mengelak dan dia mula marah anda.

Tahap Keempat Love Bombing: Dia memberikan sedikit perhatian kepada anda. Anda hargai perhatian itu. Tahap ini juga anda mula diberikan breadcrumbs of his love. Cuma serpihan dari layanan dia sebelum ini. Tetapi serpihan inilah yang anda harapkan. Disebabkan ini anda menjadi terlalu berhati-hati takut untuk kehilangan serpihan itu.

Changing the Subject

konflik rumah tangga

Mengelat! Orang tanya sesuatu dia mengelat. Ya ini adalah salah satu taktik manipulasi. Anda pernah tak ingin berbincang sesuatu yang penting tetapi dia melalut topik lain. Tahu-tahu topik yang anda ingin bincang tidak dikupas pun.

“Awak saya nak tanya, awak dah bayar ke bil bulan ni?”

“Saya nak pergi haritu tapi saya terserempak dengan penjual jagung keju yang famous tu. Dia lalu area situ. Awak ingat tak yang petang tu saya belikan? Sedap tak?”

Ini contoh ya.

Playing on Insecurities

Ini adalah perkara yang agak jijik. Sekiranya pasangan anda tahu anda mempunyai rasa malu tentang sesuatu, dia menggunakan itu untuk merendahkan anda.

Perut berlapis, muka tidak berjambang, apa sahajalah yang memang anda sendiri tidak yakin.

Mereka tahu butang apa yang perlu ditekan untuk membuatkan anda rasa tidak kena dan memanipulasi diri anda. Luka kerana insecurities ini agak mendalam. Jadi penggunaannya boleh dikatakan agak jijik.

The Silent Treatment

Siapa sini pernah diblue tick?

Hati-hati, mungkin itu adalah silent treatment. Anda terlupa beli pisang goreng, merajuk seminggu tidak bercakap. Ini adalah cara-cara memanipulasi yang boleh menyebabkan anda terfikir, “Teruk sangat ke salah aku?”. Lambat laun akan muncul konflik rumah tangga.

Sedangkan dia boleh memilih untuk mengawal situasi dengan pendekatan lebih matang. Dia pilih untuk tidak mengendahkan anda. Patut ke?

Passive-Aggressiveness

Perli, kemudian bila ditanya katanya tidak apa. Sindiran dan pujian yang palsu. Ini antara taktik pasif agresif.

Contohnya, “Ali, cuba tengok ayah tu main game aje. Jangan jadi macam tu ye Alif”. Tiada masalah pun untuk berbincang elok tetapi dia memilih untuk menyindir. Lambat laun kedua-dua pihak akan hilang rasa hormat.

Being Dismissive or Diminishing

Baru je kemas rumah dan berehat, yang dikomennya, “Berehat aje ke?” ataupun “Takdelah bersih mana pun rumah ni”. Dia mengecilkan usaha anda dan juga merendahkan apa yang anda bantu.

Ini bukan tentang perfectionism tetapi dia sendiri rasa apa yang anda lakukan tidak akan pernah cukup.

Treating You Like a Child

konflik rumah tangga

Pernahkah anda lakukan seseuatu di dapur dan tiba-tiba pasangan anda mengambil alih?

Atau pernahkah anda sedang menyiapkan kerja di komputer dia bertanya dengan memerli kebolehan anda?

Itulah si dia sedang melayan anda seperti kanak-kanak!

Blaming the Victim for the Abuse

Ini namanya menyalahkan mangsa. Jika rumah anda dirompak, anda salahkan perompak ataupun tuan rumah walaupun pintu sudah berkunci?

Sudah tentu perompak. Tetapi jika anda sedang dimanipulasi, yang salahnya adalah tuan rumah kerana tidak pasang CCTV. Adakah anda faham dengan analogi ini?

Using Guilt Trips

Cara ini selalu dilakukan sesiapa sahaja. Jika anda pernah lakukan ini, berhenti!

Pernahkah anda berkata begini, “Awak nak keluar ke malam ni? Kesian saya seorang diri tak ada siapa nak teman”

Padahal anda boleh sahaja beritahu anda akan sunyi tanpa dia di rumah. Jangan buat dia rasa bersalah tentang sesuatu. Tetapi kami faham ini juga cara anda bergurau dengan pasangan anda. Tetapi berhati-hati. Pasangan anda tidak bertanggungjawab dengan perasaan anda.

Using Threats or Coercion

Ugutan ini adalah taktik manipulasi yang juga agak popular. “Kalau awak keluar rumah, saya akan tinggalkan awak”. Ugutan adalah bersifat menghukum. Jika anda perlu menghukum seseorang, timbang tara dahulu adalah tindakan anda bersesuaian dengan situasi.

Kesimpulan

Terlalu banyak cara untuk menyelesaikan konflik rumah tangga. Antaranya adalah anda sendiri perlu sedar tentang konflik itu.

Perkahwinan adalah kerjasama antara dua pihak dan juga ahli di dalam keluarga itu. Ini bermakna jika anda ingin betulkan, pasangan anda juga perlu mempunyai niat yang sama. Jika tidak, semuanya sia-sia.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category