Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu

Lelaki Pemalu

Lelaki pemalu ini memang rare kan? Tetapi dengan sifat pemalu dia tu kita dah mula terpikat. 

Walaupun dia jarang bercakap tetapi kebijaksanaan dia buatkan rasa untuk kenal dengan dia dengan lebih mendalam.

Tahukah anda, kalau lelaki pemalu ini jarang perempuan nak approach dan dia sendiri jarang nak approach perempuan. Jadi kalau anda ingin approach mereka kami ada caranya.

Jangan biarkan dia dirapati orang lain, anda perlu berusaha!

Ciri-ciri Lelaki Pemalu

  1. Mengelakkan Dari Bertentangan Mata
Lelaki Pemalu

Perasan tak ada orang tidak kiralah lelaki ataupun perempuan, ada masa dia sangat malu untuk bertentangan mata ketika bercakap. 

Kalau terpandang mata, dia akan cepat-cepat mengalihkan pandangan. Kalau bercakap dengan anda, tidak lama pun dia bertentangan mata. Kemudian dia akan menunduk sambil bercakap.

Itulah antara petanda orang itu pemalu. Jika anda lihat si dia memang pemalu, anda jangan membuat provokasi pula dengan berkata, “Kau ni kenapa tunduk-tunduk”.

Silap-silap dia akan terus cop anda sebagai kepoh dan terlalu loud.

  1. Sibuk Dengan Hal Sendiri
Lelaki Pemalu

Bagi sesetengah orang, lelaki yang pemalu ini sombong. Tetapi sebenarnya dia sangat sibuk dengan hal sendiri. Lagi-lagi kebanyakan orang lelaki yang pendiam dan pemalu ini introvert.

Dia lebih sukakan aktiviti yang tidak terlalu memenatkan. Jangan terkejutnya lelaki seperti ini sangat independent jadi dia tidak perlukan plus one untuk melakukan sebarang aktiviti.

  1. Kadang-kadang Segan Untuk Berbicara

Kalau dia ingin membalas mesej pun mengambil masa, apatah lagi kalau dia perlu bercakap. Lelaki yang pemalu kebanyakannya tidak confrontational. Jadi untuk bercakap dengan dia kadang-kadang, anda yang perlu mulakan.

Cara-cara Nak Berkenalan Dengan Lelaki Pemalu

Dah baca ciri-ciri itu? 

Macam mana?

Anda rasa betul ingin approach lelaki ini? 

Kalau betul anda ingin mendekatkan diri dengan mereka, anda boleh teruskan dengan tips-tips ini

  1. Berterus Terang
Lelaki Pemalu

Jika anda baca ciri-ciri itu tadi, anda pasti dapat tangkap bahawa dia sangatlah tidak suka hal remeh-temeh. Daripada anda melalut jauh sewaktu awal perkenalan, baik anda terus terang sahaja dengan niat anda berkenalan.

Jangan katakan yang anda sukakan dia. Cukup memberitahu tujuan anda berkenalan.

Berkenalan dan kawan sehingga kahwin atau cuma berkawan biasa.

Cara ini memang agak berani dan berisiko. Tetapi tidak salah pun untuk berterus terang. Kan dah tahun 2022, nak masuk 2023 dah pun. Boleh aje perempuan yag mulakan langkah perkenalan.

  1. Jadilah Diri Sendiri
Lelaki Pemalu

Lelaki yang pemalu ini dia bersifat observing. Dia sangat kenal sama ada orang itu berpura-pura atau sedang menjadi diri sendiri.

Oleh itu, anda perlu menjadi diri sendiri. Tiada guna pun anda menjadi fake semata-mata untuk menarik minat dia.

Lambat laun, akan terkeluar juga perangai anda yang sebenar. JIka dia tidak suka perangai sebenar anda sewaktu awal perkenalan, sekurang-kurangnya anda sudah tahu dan boleh move on.

Bayangkan jika anda fake sahaja sepanjang perkenalan dan dia pun suka kepada anda. Sekali terkeluar diri anda yang sebenar, dia tidak menyukainya pula. Kan membuang masa?

  1. Jangan Terlalu Mendesak

Tiada siapa di dalam dunia ini sukakan orang yang kuat mendesak. Lagi-lagi  jika dia adalah orang yang tidak berapa rapat dengan diri anda. 

Jika anda baru dalam fasa perkenalan, jangan terlalu menginginkan perhatian dia. Cukuplah sekali-sekala anda berinteraksi dengan dia. Kalau ada jodoh, adalah.

Anda sendiri pasti tidak suka kan kalau ada orang sentiasa membalas story anda di IG atau WhatsApp, kan?

Eee.. annoyingnya

Pernah tak terkeluar dari mulut anda sewaktu berdepan dengan orang seperti ini? JIka ya, jagalah perbatasan anda sewaktu berkenalan.

  1. Berikan Pujian
Lelaki Pemalu

Pujian yang bermakna datang dari hati yang ikhlas. Tetapi anda perlu bezakan antara pujian dan flirting. Tidak semua orang sukakan pujian yang berbaur mengorat.

Apa kata anda berikan pujian yang berkaitan dengan minat atau kerjanya?

Mungkin dia akan lebih mengargai pujian tersebut kerana pujian itu berkait rapat dengan usahanya bukan semata-mata rupa fizikal si dia.

Kalau nak puji fizikal pun ada caranya ya.

Anda boleh puji seperti, “Cantiklah spek mata, nama lebih edgy”. Pujian yang tidak straightforward tetapi cukup untuk membuat dia kerap menoleh ke arah cermin.

  1. Jadi Penghiburnya
Lelaki Pemalu

Sekali-sekala jika anda jumpa meme ataupun video haiwan yang comel anda boleh berikan kepada dia. Perlahan-lahan dia akan sukakan interaction itu.

Siapa tahu dia tergelak dan mula berminat untuk berkenalan dengan anda.

  1. Mulakan Topik Perbualan Dengan Topik Umum
Lelaki Pemalu

Nak tanya apa ya dekat lelaki yang pemalu ni?” 

Jangan tanyakan soalan personal terus!

Anda boleh berbual ringan topik-topik yang umum dan mula belajar tentang minatnya terhadap topik itu. Kalau anda sendiri pun mahir tentang topik itu anda boleh menjadi orang rujukan dia.

Kalaupun anda tidak mengetahui tentang topik umum itu, anda boleh jadikan dia sebagai rujukan.

Bila Saya Perlu Give Up Untuk Approach Lelaki Pemalu?

“So.. when do I stop?”

Mudah sahaja. Jika anda sudah berusaha habis-habisan dan lelaki pemalu seperti tidak berminat dengan anda, anda boleh perlahan-lahan angkat kaki.

Jangan berikan dia harapan dan jangan biarkan dia memberi harapan.

Jaga perbatasan dan anda boleh cari orang lain. Mungkin ini bukan jodoh anda.

Ramai lagi orang di luar sana yang akan sukakan anda. Cuma jadilah diri sendiri, berusaha dan berdoa.

Kesimpulan

Lelaki Pemalu

Sebenarnya tiada resepi magik untuk anda memikat lelaki pemalu. Lagi-lagi kalau dia bukanlah kawan anda pun. Nak mulakan mukadimah itu susah. Tetapi jika anda sedang cuba, anda perlu pastikan anda bukanlah orang yang merimaskan.

Approach si dia dengan kelas. Jangan terlalu mendesak.

Semoga perkongsian kali ini  membantu anda membuat keputusan dan memberi idea untuk anda approach lelaki pemalu.

Semoga berjaya!

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category