5 Cadangan Lokasi Bulan Madu Luar Negara Yang Jimat Poket

Lokasi Bulan Madu

Percaya atau tidak, anda boleh boleh dapatkan lokasi bulan madu yang jimat poket di luar negara!

Jadi tunggu apa lagi, perbaharui passport anda dan bersedia untuk bercuti!

Banda Aceh, Indonesia

Lokasi Bulan Madu

Kita semua tahu bahawa Indonesia adalah salah satu negara yang mempunyai matawang lebih rendah daripada Malaysia. Jadi ia adalah pilihan utama untuk anda berbulan madu. Tetapi anda juga perlu ingat, walaupun matawangnya lebih rendah, harga barangan di sana lebih kurang di Malaysia.

Jadi bajetkan betul-betul tempat yang anda ingin kunjungi. Kami sarankan untuk ke satu bandar dan jalan-jalan di sekitarnya.

Oleh itu kami pilih Banda Acheh. Anda boleh ambilkan aturkan itenari supaya sesuai dengan bajet anda. Pilihlah hotel yang berdekatan dengan tempat tarikan supaya anda tidak perlu menggunakan kenderaan lain untuk ke tempat yang menarik.

Tempat-tempat menarik di Banda Aceh anda boleh pergi:

  • Kapal Mancing Aceh Atas Rumah Lampulo
  • Muzium PLTD Apung Aceh
  • Masjid Raya Baiturrahman
  • Taman Blang Padang Aceh
  • Muzium Tsunami Banda Aceh
  • Muzium Aceh

Yangon, Myanmar

Lokasi Bulan Madu

Gemarkan cabaran?

Apa kata anda pergi ke negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara sebagai lokasi bulan madu. Kalau adapun yang bercakap bahasa Inggeris, anda perlu cari dengan betul-betul bercakap bahasa Inggeris  kerana mereka sangat rare. Takut juga kalau anda ditipu di sana.

Tetapi tidak mengapa, kalau rancang dengan betul, mungkin tiada masalah yang akan timbul. 

Tempat-tempat menarik di sekitar Yangon, Myanmar:

  • Shwedegan Pagoda
  • Inya Lake 
  • Maha Bandoola Park 
  • National Museum Yangon
  • Bogyake Aung San Market
  • Aung San House

Pulau Cebu, Filipina

Lokasi Bulan Madu

Pulau di Filipina ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Selain daripada tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, setiap pelosok tempat ini indah dihiasi pemandangan laut dan panorama yang memukau.

Juga sangat sesuai dengan pasangan pengantin yang minatkan cabaran kerana pulau ini disifatkan sebagai satu tempat percutian penuh dengan aktiviti untuk penggemar aktiviti luar.

Tempat-tempat yang menarik di sekitar Pulau Cebu, Filipina:

  • Oslob – Whale Shark
  • Pulau Sumilon
  • South Cebu Heritage Trail
  • Tan-Awan Cangcuay Beach
  • Pulau Pescador
  • Feri Dan Jeti Cebu Straits
  • Puncak Osmena
  • Alegria
  • Balicasag
  • Loboc Ecotourism Adventure Park
  • Chocolate Hill Adventure Park
  • The Highlight – Falls

Maldives

Lokasi Bulan Madu

Nak bulan madu di Maldives pun boleh tau kalau pandai jaga bajet!

Apa yang lebih menarik tentang Maldives adalah, negara ini negara Islam. Jadi anda tidak perlu terlalu risau tentang makan dan minum di sana. Kami tidak menafikan percutian ke Maldives mungkin boleh membuat bajet anda lari sedikit.

Tetapi dari apa yang kami telah baca, anda boleh berjaga-jaga dari segi bajet dengan mengelakkan menginap di pulau persendirian. Harga hotel di sana boleh mencecah sehingga RM 1200 untuk satu malam.

Kami sarankan untuk anda cari tempat menginap di sekitar Pulau Besar. Oh ya, walaupun boleh bercuti bajet di sekitar Maldives, anda perlu ingat, percutian ini akan memakan kos beribu juga ya!

Rancang betul-betul. Kalau anda ingin gunakan kad kredit, anda perlu berwaspada dengan cukai GST di sana dan service tax yang lain.

Tempat-tempat menarik di Maldives:

  • National Museum Maldives
  • Male Market
  • Galeri Esjehi
  • Pulau Vaadhoo
  • Utheemu Ganduvaru
  • Sun Island Resort & Spa
  • Banana Reef
  • Pulau Cocoa
  • Whale Submarine

Busan, Korea

Lokasi Bulan Madu

Ramai orang meletakkan Busan, Korea sebagai tempat yang WAJIB dilawati dalam bucket list mereka. Kalau anda ada pasangan yang minat dengan drama Korea, tak salah untuk anda berbelanja lebih sedikit ke sini!

Kami ada buat sedikit pembacaan, sebelum inflasi yang terjadi pada tahun 2022, seorang rakyat Malaysia bercuti ke Korea dengan berbelanja RM2,200 (tidak termasuk makan minum dan beli belah) sahaja!

Nak berjimat di Korea, anda perlu selalu lawat dan lakukan survey di laman web rasmi pelancongan Korea, Korea Tourism Organization (KTO). Dari laman sesawang ini anda boleh dapatkan voucher yang menarik dan anda boleh top up 50K Won untuk digunakan di Korea.

Kalau ada baki lebih, anda boleh refund semula. Jom plan bercuti ke korea tahun ini!

Tempat-tempat menarik Busan, Korea

  • Gamcheon Culture Village
  • Taejongdae Park
  • Biff Square
  • Masjid Busan
  • Cappadocia Turkish

Kesimpulan

Lokasi Bulan Madu

Sebelum anda bercuti ke tempat-tempat yang kami cadangkan ini untuk bulan madu anda, anda WAJIB rancang perjalanan anda dengan teliti. Jangan buat sambalewa. Lagi-lagi lokasi bulan madu yang kami nyatakan di atas adalah di luar negara.

Berwaspadalah dengan gejala penipuan ataupun scam yang ada di negara tersebut. Jangan ingat orang luar sahaja yang boleh menipu anda, silap-silap staf hotel pun boleh menipu dengan menawarkan pakej percutian dengan harga melampau.

Ini berkemungkinan dia sendiri mendapat komisen untuk menjual sesuatu servis (servis naik bot, van atau restoran sebagai contoh). 

Hati-hati juga dengan caj cukai di negara tersebut. GST di sana mungkin lebih tinggi. Jika anda menggunakan kad kredit pula, anda perlu baca berapa banyak yang mereka caj untuk satu transaksi.

Cari pakej ataupun tawaran yang menarik melalui aplikasi Agoda, Trivago atau apa-apa aplikasi yang dipercayai. Jangan lupa untuk baca juga reviewnya.

Tentang masalah bahasa pula, anda boleh cuba menggunakan Google Translate. Tetapi jangan alih bahasa terlalu banyak nanti ayat menjadi tunggang langgang. Alih bahasa sedikit demi sedikit supaya tidak menyukarkan pembacaan.

Boleh juga gunakan Google Translate untuk baca label makanan untuk semak sama ada makanan itu halal atau tidak.

Oh ya, yang terakhir sekali jangan tempah tiket penerbangan yang selalu buat pembatalan saat terakhir!

Bukan setakat bazir masa, silap-silap anda terburn waktu menginap di hotel.

Sekian sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga dapat membantu anda membuat pilihan!

Psst.. kalau malam tu nak special sikit, pakailah Phero Essence 😉

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category