Apakah Maksud Love Bombing?

Apakah Maksud Love Bombing

Love bombing sebenarnya adalah satu perlakuan yang dilakukan oleh orang yang kuat memanipulasi. Walaupun love bombing kedengaran positif, percayalah maksud love bombing yang sebenar adalah…agak tidak elok.

Mengapa kami kata begitu?

Kerana jika diikut pada konteks kelakuan orang yang melakukan love bombing, anda akan sedar betapa teruk impak negatifnya memberi kesan kepada penerimanya.

Pada awalnya love bombing seringkali disalahertikan sebagai memberi perhatian yang melebih. Pada waktu ini juga ada yang salah sangka inilah honeymoon phase dalam perhubungan. Tetapi sebenarnya ia lebih mendalam.

Ini adalah ciri-ciri love bombing yang anda perlu waspada.

Apakah Maksud Love Bombing?

Apakah Maksud Love Bombing

Love bombing adalah perlakuan seseorang memberikan perhatian dan kasih sayang yang melampau kepada pasangannya. Perhatian ini adakah untuk memanipulasi pasangannya kelak.

Oleh sebab tidak semua orang sedar sedang dilove bomb, mereka menerima perlakuan tersebut sebagai tanda pasangan mereka memberikan kasih sayang. Pada mereka ini adalah normal ketika awal bercinta.

Lagi-lagi banyak pula novel ataupun drama di televisyen yang romantisasikan pasangan yang memberi perhatian yang tidak berbelah bahagi. Perfect 10 kata orang. Itulah sebab ia dilihat sebagai positif dalam perhubungan.

Ingin tahu bagaimana Love Bombing menjadi taktik manipulasi?

Teruskan membaca.

Mengapakah Love Bombing Merbahaya?

Apakah Maksud Love Bombing

Love Bombing terjadi pada awal perhubungan. Pada awal perkenalan inilah perlakuan love bombing dilihat sebagai ‘hopeless romantic’. Bagi anda pasangan ini adalah pasangan yang sempurna.

Ada masa juga love bombing ini terjadi setelah pertengkaran. Dia punya pujuk tu….Great Wall of China pun boleh cair. Siap berbunga, mesej yang manis, minta maaf berkali-kali. Siapa sahaja yang tidak akan memaafkan pasangan yang romantik begini, kan?

Tetapi hati-hati, ini adalah jarum pertama yang sedang menyucuk. 

Jarum kedua adalah apabila si dia tetap melakukan kesalahan dan tidak berubah. Buat salah, bagi hadiah, ulang. Anda bosan dengan perlakuan dia tetapi anda sukakan perhatian yang diberikan. Percaya atau tidak, sebenarnya dia tahu anda tidak akan meninggalkan si dia.

Anda sudah dibeli oleh si dia.

Tahap-tahap Love Bombing:

Apakah Maksud Love Bombing

Diambil dari artikel ini.

Tahap Pertama Love Bombing: Dia mula menzahirkan kasih sayangnya. Mesej ayat yang manis setiap hari. Kalau boleh dia akan memberikan hadiah. Anda rasa seperti andalah wanita paling bertuah dan permaisuri di hatinya.

Tahap Kedua Love Bombing: Dia mengurangkan sedikit layanan terhadap anda. Anda mula rasakan sesuatu yang tidak kena tetapi anda tidak berkata apa-apa kerana mungkin itu normal.

Tahap Ketiga Love Bombing: Dia mula bersikap dingin dengan anda. Anda ingin berbincang tentang perlakuan dia tetapi dia mengelak dan dia mula marah anda.

Tahap Keempat Love Bombing: Dia memberikan sedikit perhatian kepada anda. Anda hargai perhatian itu. Tahap ini juga anda mula diberikan breadcrumbs of his love. Cuma serpihan dari layanan dia sebelum ini. Tetapi serpihan inilah yang anda harapkan. Disebabkan ini anda menjadi terlalu berhati-hati kerana takut kehilangan serpihan itu.

Apakah Tanda-Tanda Love Bombing?

Apakah Maksud Love Bombing

Jangan kerana cinta anda menjadi buta. Kalau anda sudah merasa tidak sedap hati dengan cara dia melayan anda…run bestie run!

Nak tahu macam mana layanan seorang love bomber?

Rujuk ini:

Memberi pujian lebihan

Bahaya ya pujian yang berlebihan ini. Anda sendiri pernah dengar pujian terlebih boleh kembangkan orang. Bayangkan sahaja jika anda ditelenggami dengan pujian. Pada awalnya mungkin anda akan suka. Tetapi lama-kelamaan anda rasa.. “Sudah-sudahlah tu”.

Adakalanya anda rimas dengan pujian ini tetapi ada juga masanya anda sangat sukakan pujian ini. Pakar manipulasi akan gunakan ini untuk mengubah cara anda melihat diri anda.

Dia akan membuat anda ketagih pada pujian dia sahaja. Iyalah, kalau sebelum ni upload story IG jarang orang reply. Tetapi si dia reply sentiasa. 1 hari dia tidak reply anda rasa gelisah. 

Nah.. kan dia sudah mula membuatkan anda inginkan perhatian daripada dia sahaja?

Nasihat kami, anda jangan harapkan perhatian dia sahaja. Tutup sebentar telefon anda dan cuba buat aktiviti yang lebih berfaedah daripada menanti perhatian si manipulasi.

Ingin meluangkan masa dengan anda tanpa henti

Apakah Maksud Love Bombing

Kalau boleh setiap hari nak jumpa sampai anda nak luangkan masa dengan kawan sendiri pun susah. Ini salah satu cara dia mengasingkan anda dari kawan anda. Bila anda sendiri dah buang kawan anda, mereka pun akan mula bosan dengan anda.

Tidak mustahil pasangan anda ingin menjadikan dirinya sendiri the only source for you to socialize. It’s not healthy, you know?

Teknik isolasi atau pengasingan ini akan membuatkan anda hilang kawan. Bayangkanlah suatu hari nanti kalau pasangan anda sibuk, dari mana anda ingin isikan social needs anda?

Sering memberikan hadiah

Dengar macam manis je asyik beri hadiah ni. Tetapi sebenarnya anda sedang dibeli oleh si dia!

Anda akan mula rasa terhutang budi dengan dia dan mudah rasa bersalah jika dia buat hal. Iyalah, dia sudah berikan terlalu banyak hadiah kepada anda, takkan tak boleh maafkan kesalahan mereka, kan?

Nampak tak betapa twistednya situasi itu?

Dia buat salah, anda yang rasa bersalah?

Ciri-ciri Love Bombing

Apakah Maksud Love Bombing

Cuba menjadi manusia paling sempurna di mata anda

Tidak ada langsung salah dari pihak dia. Dia sudah berikan perhatian, hadiah dan segala yang anda perlu. Takkan dia akan buat kesalahan, kan?

Tidak betul tu!

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Jika dia telah menggambarkan betapa sempurnanya dia, hati-hatilah. Takut pula anda sebenarnya sedang berkenalan dengan buaya!

Terlalu cepat meluahkan cinta

Apakah Maksud Love Bombing

Jumpa satu hari dah terus jatuh cinta? 

Eh ni bukan filem Ayat-ayat Cinta. Ini kehidupan realiti. Jangan cepat cair ya!

Kalau dia serius, ajak terus jumpa keluarga anda. Kalau dia berani, uji dia lagi dengan ‘dugaan’ pra perkahwinan. Jangan uji dengan terlalu melampau. Takut dia memang serius tetapi tidak berkenan dengan ujian anda.

Marah ketika anda mula tetapkan batasan

Kadang-kadangkan, kita ni sedar ada orang layan kita dengan teruk atau buat kita tidak selesa. Bila ini berlaku, kita akan tetapkan batasan dalam pergaulan. Jika dia tidak bersetuju dengan batasan anda, anda anggap sahaja dia tidak menghormati anda.

Kesimpulan

Apakah Maksud Love Bombing

Anda sebenarnya perlu berhati-hati dengan love bomber ini. Anda mungkin akan terperdaya dengan bayangan si dia yang sangat caring dan pedulikan anda. Tetapi ini cuma helahnya untuk mendapatkan perhatian anda.

Bila dia dapat kepercayaan anda, dia buat hal pun anda berikan kemaafan dengan mudah. Mungkin di dalam minda anda akan bertanya, “Mana lagi nak dapat orang yang baik sebegini”.

Tetapi itu sebenarnya anda yang ciptakan alasan untuk dia. Adakah anda ingin tetap dan sentiasa memberikan alasan untuk dia di masa hadapan?

Fikir-fikirkanlah ya?

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category