Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?

Minyak Wangi Memikat Suami

Dekat rumah takkanlah nak bau bawang je kan? Jom kami tunjuk cara pilih minyak wangi memikat suami.

Eh chop! 

Jangan ingat kami misogynist ya, para suami pun boleh ambil tips dari artikel ini untuk pilih minyak wangi pikat isteri pula!

Sebelum kahwin dulu, beria taknak bau busuk bila tengah date. Tapi sekarang, bau masham pun takpe. Dah takde cover-cover lagi dah. Suami masih sayang juga walau mashamm. Itulah indahnya perkahwinan. Bau masam, masih sayang.

Tetapi kalau ada yang nak wangi-wangi depan suami, tidak salah pun. Apa-apa untuk menyenangkan hati suami mungkin akan mendapat pahala!

Bini bau masam ke suami bau masam ke, semua boleh adjust. Jangan risau. Tetapi sebelum pakai minyak wangi perlu jaga beberapa perkara ini dahulu.

  • Jaga Kebersihan Diri

Kalau pakai pewangi tapi tak jaga kebersihan diri, buat habis minyak wangi je. Kombinasi bau badan yang tidak dijaga dengan minyak wang cuma akan meloyakan tekak. 

Bayangkan bau peluh dicampur dengan wangian. Tidak berapa sedap dibayangkan, bukan? Cuba fikirkan baunya pula.

Geli.. Tak sedap dibau. Jadi apa perlu buat? Jaga hygiene diri sendiri. Mandi 2-3 kali sehari. Janganlah sebab  WFH, anda mandi sekali sehari sahaja!

Kalau badan dah mula berpeluh, mandi lagi sekali pun tidak mengapa. Bukan sahaja wangian akan jadi lebih kekal dan segar pada badan, malah anda juga akan berasa lebih selesa sekiranya badan bersih.

  • Tukar Baju Kotor

Jangan pakai baju lebih dari 1 hari! 

Basuh baju anda supaya badan pun tidaklah gatal-gatal dan naik jerawat. Baju yang kotor bukan sahaja menghilangkan mood suami isteri di rumah tetapi kalau baju itu terlekat kotoran lain, nampak selekeh.

Kalau boleh nampak kemas, bersih dan wangi, kenapa pilih untuk nampak selekeh?

Tak rajin nak cuci baju setiap hari? 

Basuh sahaja seminggu sekali. Tukar baju setiap hari tidak bermakna perlu basuh baju setiap hari. 

  • Pakai Apron Ketika Memasak

Jangan pandang rendah kebolehan apron ketika memasak. Fungsi apron ini adalah untuk melindungi baju daripada terkena percikan masakan, sabun dan juga menghalang bau bawang melekat.

Tidak perlu beli yang mahal pun. Beli sahaja yang cukup tebal untuk anda gunakan setiap hari tanpa merimaskan diri anda.

Jangan lupa basuh ya apron itu setelah anda rasa sudah perlu dibasuh.

  • Jangan Pakai Baju Dalam Terlalu Lama

Kami tahu tidak semua orang mempunyai pakaian dalam yang banyak. Tetapi ini bukan alasan untuk menggunakan pakaian dalam yang sama selama seminggu.

Bau hapak dari peluh dan juga masam tu, tidak boleh dinafikan sesiapa sahaja.

Tidak pernah ada orang yang tegur? Anda pasti?

Mungkin mereka terlalu baik untuk menegur hal kain dalam.

Anda sendiri juga pasti tidak selesa sekiranya menggunakan pakaian dalam yang sama dalam jangka masa yang lama.

Penggunaan baju dalam yang sama dalam jangka masa yang lama juga menjemput kehadiran jerawat. 

Satu hal pula perlu selesaikan…jerawat badan.

Jadi, cegah sebelum kena!

  • Lepas Mandi, Keringkan Badan Dengan Betul

Ini adalah tips yang anda juga boleh gunakan untuk bau minyak wangi tahan lebih lama. Selesai sahaja mandi, keringkan badan dengan betul. 

Kemudian sapu atau spraykan sahaja minyak wangi terus pada tubuh anda. Aroma semulajadi badan akan berinteraksi dengan minyak wangi dan anda boleh putuskan sama ada minyak wangi itu sesuai untuk anda atau tidak.

Oh ya, jika anda keringkan badan, jangan lupa untuk beri tumpuan kepada bahagian sulit anda. Bukanlah anda perlu membeli sabun ketat, cuma kebersihan kawasan itu juga penting.

Ikutlah saranan doktor untuk tidak membeli produk merepek yang kononnya merawat kesihatan ‘ehem’. Salah tu. Jika bahagian faraj perlukan perhatian dari segi kebersihan, anda perlu dapatkan nasihat doktor.

Satu lagi tentang bahagian faraj, selesai sahaja urusan anda di bilik mandi, keringkan dengan elok untuk elakkan jangkitan yis. Jangkitan yis bukan sahaja berbahaya, tetapi akan membuatkan kawasan itu berbau tidak enak.

Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?

Minyak Wangi Memikat Suami

Kita kembali kepada topik asal. Minyak wangi memikat suami ini agak subjektif. Anda juga mengetahui bauan akan mempengaruhi mood seseorang.

Setiap wangian akan mengubah cara anda bertindak. Bauan bunga dan buahan akan buat tenang dan bauan sensual akan buatkan anda….ya, sensual.

Jadi untuk memilih wangian untuk memikat suami, anda boleh pilih wangian sensual. Macam mana nak pilih wangian sensual?

Mari kami berikan caranya.

  1. Wangian tidak menyucuk
Minyak Wangi Memikat Suami

Siapa sahaja yang gemarkan bauan menyucuk sehingga terbersin? Nak test bauan itu tidak menyucuk anda perlu baca pendapat yang tidak bias. Seller pewangi mestilah cakap wanginya memikat. 

Tetapi art of seduction kan subjektif. Anda boleh minta sample wangian daripada seller, ataupun baca sahaja review yang ditinggalkan oleh pembeli sebelum anda membeli.

  1. Beli suami pilihkan
Minyak Wangi Memikat Suami

Ini adalah cara paling senang jika anda ingin memilih wangian sensual. Anda tidak perlu fikir dengan terlalu mendalam. Anda berikan beberapa pilihan kepada suami untuk pilih dan anda gunakan yang itu.

Tetapi itulah, kalau anda perlu ada banyak minyak wangi untuk biarkan suami pilih. Cara ini agak costly. Jadi kami sarankan cara seterusnya.

  1. Elakkan wangian popular
Minyak Wangi Memikat Suami

Wangian popular yang kami maksudkan adalah wangian yang dikeluarkan oleh artis. Tidak kiralah artis tempatan ataupun luar negara.

Wangian mereka selalunya dijual untuk target audience mereka, iaitu peminat sendiri. Jika anda sukakan wangian dari artis dari kalangan umur 20-an, mungkin baunya terlalu chic untuk dianggap sebagai wangian sensual.

Jadi pilih wangian yang bukan dikeluarkan daripada artis. 

  1. Pastikan anda & suami selesa dengan bauan itu
Minyak Wangi Memikat Suami

Anda selesa, dia tidak selesa. Dia selesa, anda pula rimas. Tak boleh begitu. Kenalah win-win situation dalam membeli pewangi. Walaupun tujuan minyak wangi itu adalah untuk memikat suami, tidak bermakna anda perlu hidu apa yang anda tidak suka.

Ambillah bauan yang tenang. 

  1. Elakkan bauan sitrus, akuatik dan flora hijau
Minyak Wangi Memikat Suami

Bauan sitrus adalah bauan yang menyegarkan. Lebih sesuai untuk dipakai pada siang hari. Gunakan bauan ini di rumah pada waktu pagi untuk suami rindukan bauan anda, tetapi pilihlah bauan sensual untuk malam.

  1. Gunakan wangian pheromone
Minyak Wangi Memikat Suami

Ya, inilah bauan yang paling penting! Wangian sensual untuk wanita.

Tetapi anda perlu pilih wangian pheromone dengan berhati-hati. Tidak semua wangian pheromone itu wangi!

Pheromone yang diadun dengan wangian sesuai, sesuailah dipakai. Yang dicampur dengan wangian biasa, maka biasa sahajalah baunya.

Macam mana nak pakai pheromone, Minyak Wangi Memikat Suami?

  • Jangan gosok dengan kasar
  • Sapu vaseline atau lotion pada kawasan yang anda ingin sapu pheromone, barulah sapu pheromone 
  • Sapukan pada titik penting seperti bawah leher, belakang kepala, lengan dan dada
  • Sapu juga pada bantal dan katil supaya bau lebih melekat

Kesimpulan

Minyak Wangi Memikat Suami

Pikat suami ni seperti tarik rambut dalam tepung. Perlu dibuat dengan berhati-hati. Bukan apa, nanti dia kata buang tabiat pula!

Tetapi kalau buang tabiat sekali-sekala apa salahnya kan? Asalkan ikhlas untuk dia.

Bukannya pikat sebab nak minta sesuatu……

Eh sekejap, kalau nak minta sesuatu pun boleh gunakan tips ini. Mana tahu anda dapat apa yang anda inginkan. Yang paling penting suami makin sayang. Lepas tu anda boleh perlahan-lahan belajar cara memikat suami di bilik tidur.

Semoga artikel ini bermanfaat. Anda juga boleh kongsikan kepada yang lain untuk tambah pendapat cara-cara nak pikat suami dengan pewangi. Kalau anda ada apa-apa soalan, boleh anjurkan terus kepada kami.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category