7 Nasihat Untuk Pengantin Baru Kahwin

nasihat untuk pengantin baru kahwin

Adakah anda pasangan yang baru berkahwin dan sedang mengumpul nasihat untuk pengantin baru?

Artikel ini memang untuk anda. Teruskan membaca.

7 Nasihat Untuk Pengantin Baru Kahwin

nasihat untuk pengantin baru kahwin

Tidak kiralah anda sudah mendapat nasihat dari orang tua anda atau memang betul-betul ingin mencari jawapan di Google, kami faham apa yang anda iperlukan. Nasihat yang tidak bias dan misogynist.

Kami kumpulkan segala nasihat yang penting di sini.

1. Jangan Lupa Nafkah Isteri

Selesai sahaja akad nikah, para suami pasti sudah sedia tahu tentang tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri. Isteri itu kini adalah tanggungjawab suami. Apa-apa yang dia perlukan, yang dia inginkan, perlu menjadi keutamaan suami selagi ia selari dengan syarak.

Walaupun suami mungkin perlu berikan duit belanja kepada orang tuanya, ini tidak bermakna keperluan isteri perlu dibiarkan. Walaupun isteri bekerja dengan gaji, lelaki harus menjadi seorang pemimpin untuk membahagikan kewangan yang cukup untuk menanggung nafkah isteri dan keluarga.

Jenis-jenis nafkah isteri dan keluarga adalah:

Nafkah Peribadi


Nafkah ini adalah duit suami yang HANYA untuk keperluan isteri. Nafkah keperluan ini tidak termasuk dengan bil rumah atau api. Tetapi duit untuk dia berbelanja apa yang dia inginkan.

Tidak dilupakan suami perlu menyediakan pakaian baru kepada isteri sekurang-kurangnya 2 persalinan setahun termasuk pakaian dalam, tudung, baju, kasut dan telekung.

Kalau mampu berikan lebih, bolehlah berikan lebih jika tidak mampu, cukup sekadar yang mampu.

Nafkah Keluarga

nasihat untuk pengantin baru kahwin

Duit ini adalah daripada suami untuk membayar keperluan keluarga termasuk keperluan dapur dan keperluan anak.

Asingkan supaya belanja itu cukup dan tidak terlalu sikit untuk dibelanjakan kepada apa yang perlu.

Duit nafkah keluarga termasuklah untuk belanja dapur, keperluan memasak, duit belanja anak, rumah yang selesa untuk isteri membuka aurat tanpa individu bukan mahram, ubat-ubatan dan pembantu rumah jika diperlukan.

Nafkah Batin

Nafkah batin bukanlah sekadar nafkah perhubungan atas katikl. Tetapi nafkah batin TERMASUK dengan layanan kepada isteri dengan baik.

Ini termasuk menjadi percakapan, tidak memaki hamun dan tidak menghina isteri. 

Yang paling utama adalah fikirkan persetujuan isteri. Sama ada isteri redha nafkah sedikit atau dia perlu top up.

Tetapi suami perlu cuba meningkatkan pendapatan dan mengambil alih semula tugasnya yang sebenar.

2. Bertangunggjawab Kepada Komitmen

nasihat untuk pengantin baru kahwin

Tanggungjawab kepada komitmen ini adalah, sama ada kereta, bil rumah dan apa-apa yang perlu dibayar. Jangan dibiarkan kereta sampai ditarik atau apa-apa yang dapat menambah tekanan yang tidak perlu.

Jika anda mengambil loan atau menggunakan kad kredit, gunakan setakat yang cukup dengan gaji anda.

Jangan sampai anak anda mewarisi hutang.

Anda boleh buang komitmen yang tidak perlu seperti bil tv yang anda jarang tengok atau bil telefon yang anda tidak pernah guna. Belajar cara pengurusan dengan baik supaya pengaliran tunai menjadi bersih dan tidak dicemari dengan perkara yang tidak perlu.

3. Utamakan Komunikasi

Pernah kena silent treatment orang tak?

Sheeshh… 

Tetapi sekarang anda sudah berkahwin. Silent treatment TIDAK AKAN menyelesaikan masalah. Sebaliknya walaupun ia sukar untuk dihadap, masalah perlu dibincangkan. Walaupun pasangan tidak mahu berkomunikasi sekarang sekurang-kurangnya berikan tarikh perkara itu perlu dibincangkan.

Kerana jika tidak, persoalan dan masalah akan sentiasa bermain di fikiran. Selain itu, tidak mustahil juga masalah itu akan diceritakan atau ditimbulkan pada waktu yang tidak sesuai.

Bayangkan sahaja jika anda sedang tertekan kerana kerja, secara tiba-tiba anda ditanya soal cepu emas seperti, “Awak ingat tak kita tak habis bincangkan lagi pasal rumah sewa?”

Bertambah lagi tekanan anda. Nak silent treatment lagi? 

Selesaikan masalah ke?

4. Belajar Untuk Bertoleransi

nasihat untuk pengantin baru kahwin

Pasangan anda tidak sempurna dan anda juga tidak sempurna.

Agak sukar untuk menelan realiti ini. Tetapi anda boleh bertoleransi dengan apa-apa yang kurang tentang pasangan anda. Tetapi bertoleransilah dengan berpada-pada.

Sebagai contoh, anda tidak suka basuh pinggan tetapi suami suka sinki tidak penuh dengan pinggan. Adakah anda ingin biarkan dia seorang basuh pinggan? Sudah tentu tidak. Anda boleh sabunkan pinggan, dia bilas dan susun. Ataupun anda tidak suka basuh pinggan, dia basuh pinggan anda ambil tugas memasak.

Tidak sukar untuk bertoleransi asalkan anda bersabar dan berkomunikasi dengan pasangan supaya tidak makan hati.

5. Selesaikan Pergaduhan atau Perdebatan Dengan Berhemah

Nak bergaduh pun kena berpada-pada. Jangan bergaduh di hadapan anak atau keluarga yang lain. Tetapi carilah waktu dan tempat yang sesuai. Tenangkan fikiran sebelum anda berdebat.

Jika tidak anda cuma akan mengeluarkan kata-kata yang kasar dan akan menyakiti hati dia.

Bergaduhlah dengan berhemah dan fikirkan solusi. Bergaduh untuk penyelesaian bukan untuk menang.

Semoga perkahwinan menjadi lebih aman dengan gaduh hemah ini.

6. Jadikan Rumah Itu Syurga 

nasihat untuk pengantin baru kahwin

Ada banyak isu rumah tangga terjadi kerana pasangan tidak jumpa ketenangan di rumah. Jadi dia memilih untuk keluar daripada rumah dan cari ketenangan di luar. Lambat laun pasangan yang melekat di rumah, terpaksa makan hati sendiri. Yang tinggalkan rumah akan mula rasa luar itu syurga, rumah itu neraka.

Sedih, kan?

Jadikan rumah itu syurga dengan melayan pasangan dengan elok dan membina jati dirinya. Jangan jadi pembuli dalam perhubungan. Sokong dan bantu apa yang perlu.

7. Tidak Kedekut Dengan Ucapan Penghargaan

Jarang sangat orang nak sebut “Saya sayang awak”. Kadang-kadang sekadar panggil ‘Sayang’. Tetapi itu tidak cukup. Ya. Tidak cukup. 

Ucap dan zahirkan sayang itu mengikut apa yang dia selesa dengan love language dia. Selain daripada itu, jangan lupa untuk berikan ucapan penghargaan seperti mengucapkan terima kasih dan apa-apa untuk buat dia rasa dihargai dan diperlukan di rumah.

Cara Menegur Pasangan

Kadang-kadang ada kalanya perlu menegur pasangan tentang sesuatu. Tidak kiralah tentang gulungan kain pelikat di atas lantai atau kain tuala basah di atas katil. Ada teknik-teknik tertentu untuk menegur pasangan.

1. Waktu sesuai menegur pasangan

nasihat untuk pengantin baru kahwin

Jika anda memilih untuk menegur pasangan ketika dia sedang marah, anda memilih untuk mencurahkan minyak di atas api. Pilihlah waktu dia sedang cool down.

Ada masanya orang tidak mampu bercerita atau memproses perkara baru kerana mental capacitynya sudah terlalu penuh pada waktu itu. Biarkan dia cool down.

Anda pun perlu sama-sama cool down.

2. Jangan lakukan perkara yang anda tidak suka jika pasangan anda lakukan

Anda tidak suka pasangan meninggalkan kain  tuala merata? 

Anda sendiri jangan lakukan perkara yang sama. Jika anda lakukan juga, dia akan mengambil anda sebagai ‘contoh’ dan masalah ini akan berulang-ulang dan tiada penyelesaiannya.

Anda tidak suka, anda ubah dan minta dia juga berubah.

Kesimpulan 

Sekian sahaja perkongsian tentang tips dan nasihat untuk pengantin baru kahwin ini. Harapnya anda lebih terbuka minda tentang perkahwinan dan semoga perkahwinan anda menjadi lebih berkat.

Jangan lupa untuk share artikel ini kepada rakan-rakan yang lain. 

Oh ya, jika anda gunakan Pheromone Essence tiap malam untuk bersama, pasti suami lebih terpikat. Kalau nak dia lagi rindukan anda, pakai setiap hari dan biarkan dia teringakan aroma anda bila-bila masa dan di mana sahaja dia berada.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category