Online Dating Malaysia: Boleh ke Percaya Dating Apps Ni?

Online Dating Malaysia

Online dating Malaysia … Hmm boleh percaya ke tak ya?

Mesti ramai yang tertanya tentang aplikasi online dating ni. Impak PKP yang lepas telah menyedarkan kita bahawa susah rupanya nak cari pasangan secara berdepan ni!

Jadi tidak hairanlah ada yang mula cuba-cuba untuk menggunakan aplikasi atas talian untuk mencari jodoh. Walaupun musim PKP sudah lama berlalu, tidak semestinya nak jumpa bakal pasangan itu semakin mudah.

Kebanyakan orang menjadi anti-sosial– bukanlah bermakna mereka tidak bersosial tetapi sukar bagi mereka untuk jumpa keadaan yang sesuai untuk berjumpa dengan orang.

Impaknya, kebanyakan orang menjadi pemalu dan sedikit awkward

Here comes dating apps to the rescue!

Tetapi orang di atas talian ini ada beberapa perkara yang perlu dijadikan sebagai panduan. Sebelum itu semak dahulu apa yang anda perlu lakukan di platform dating atas talian.

Apa Saya Perlu Lakukan Di Platform Dating Online?

Online Dating Malaysia

Selain daripada menggunakan info diri sendiri yang betul, anda juga perlu lakukan beberapa perkara ini. Barulah anda boleh cuba slide into dm!

Jadilah Diri Sendiri

Jika ada sudah daftar online dating di Malaysia ini, tolonglah jadi diri sendiri. Walaupun anda akan berjumpa dengan orang secara online, anda perlu tunjukkan diri anda supaya tidak dilabel fake!

Fake atau berpura-pura hanya akan menjadikan orang yang anda berbual terpikat kepada anda yang tipu-tipu. Sekiranya perhubungan ini melanjut dengan lebih mendalam, anda yakin dia akan sukakan diri anda yang sebenar?

“Tapi diri saya yang sebenar tak best

Anda yakin?

Lagi elok anda direject kerana menjadi diri anda daripada diterima kerana menipu. Jika anda rasa personaliti anda tidak cukup menyeronokkan, anda salah!

Setiap orang ada perangai yang berbeza dan tiap orang yang berbeza akan tertarik!

Jika ia melibatkan habit anda yang tidak elok, mungkin ya, anda boleh ubah. Tetapi jika ia berkaitan dengan prinsip anda, jangan ubah apa-apa. Memang banyak dugaan nak jumpa ‘the one‘ melalui aplikasi online dating Malaysia.

Tidak Malu Untuk Menegur Dahulu

Tidak kiralah lelaki atau wanita jangan rasa malu untuk menegur orang yang anda baru match. Jika dua-dua malu, macam mana nak kenal dengan dia, kan?

Tips hilang malu:

  • Serbu aje untuk tegur
  • Sapa dengan ‘Hi’ atau berikan soalan
  • Berikan masa untuk dia membalas mesej anda
  • Jika dia tidak membalas tidak mengapa, biarkan
  • Jika hanya anda perlu carry the conversation, anda boleh biarkan
  • Tak padan dengan dia? Minta maaf dan unmatch

Isi Maklumat Lengkap

Online Dating Malaysia

Bayangkan jika anda sedang menulis resume untuk memohon pekerjaan. Di dalam resume itu pasti anda gunakan gambar yang terbaik, isikan info yang menjadikan diri anda terserlah, menarik dan disukai.

Begitu jugalah dengan profile dating anda. Isikan maklumat yang cukup untuk anda dilihat dengan lebih jelas oleh bakal calon anda. Jangan isikan maklumat pekerjaan pula ya!

Anda boleh ceritakan hobi untuk lihat keserasian, ataupun isi makanan kegemaran. Manalah tahu boleh food hunting together, kan?

Gunakan Gambar Yang Jelas

Online Dating Malaysia

Elak menggunakan gambar yang ada 2-3 orang di dalamnya. Takut nanti salah fokus. Anda inginkan fokus itu hanya pada anda. Kalaupun anda malu untuk letakkan gambar anda, anda boleh letakkan gambar bersama haiwan peliharaan.

Biarkan dia lihat diri anda yang sebenar tanpa perlu berselindung. Elakkan filter yang terlalu banyak kerana nanti dipanggil catfish pula!

Ajak Berjumpa

Online Dating Malaysia

Dah bersembang dengan dia beberapa hari, anda boleh aturkan temujanji!

Ya, temujanji.

Kenapa anda disarankan untuk berjumpa? 

Ini kerana anda boleh mengenal dirinya dengan lebih mendalam di alam nyata. Mana tahu kalau ada perangai dia yang anda tidak boleh tolak ansur ataupun ataupun ada perkara tentang diri anda yang dia tidak gemar.

Aturkan cepat. Takut nanti kekal dalam situationship. Bazir tenaga dan emosi sahaja.

Jangan Menilai Rupa Parasnya

Online Dating Malaysia

Janganlah anda mengharapkan pasangan turun dari novel yang sempurna ada di aplikasi atas talian. Mungkin ada yang sejenis perfect 10 tetapi anda perlu jadi realistik. Cukuplah anda jumpa dengan orang yang sedap mata memandang.

Cantik atau tampan seseorang itu kan subjektif.

Jadi luaskan pandangan anda sehingga anda jumpa yang tenang di mata anda untuk dipandang.

Anggap Peluang Untuk Mencari Teman Baru

Online Dating Malaysia

Rasa tidak serasi selepas beberapa hari bercakap? 

Tidak mengapa, dia sekarang adalah kenalan baru anda. Anda masih boleh swipe yang lain. Selagi tiada kata putus untuk menjadikan hubungan itu lebih serius, anda boleh cari yang lain.

Jangan pernah rasa bersalah jika anda tidak serasi dengan dia. Anda boleh meminta maaf dan mengundurkan diri. Atau kalau anda sukakan dia sebagai kawan sahaja, anda boleh sahaja jujur dengan dia. Jangan berikan harapan kepada dia. Jadi tegas dengan keputusan anda.

Apakah Tips Menggunakan Aplikasi Dating Online?

Online Dating Malaysia

Jangan bertukar sosmed atau nombor telefon dengan terlalu cepat

Kami tahu anda sangatlah teringin untuk stalk dia dan kenali dia di luar platform dating. Tetapi jangan terus share maklumat anda. Ingin selamat, anda boleh gunakan telegram untuk bersembang dengan dia.

Berikan link telegram anda tanpa perlu mendedahkan nombor telefon anda. Sambung bersembang di situ sehinggalah anda selesa untuk follow di Instagram masing-masing.

Kalau ada orang yang sus, unswipe dan laporkan dia

Online Dating Malaysia

“Awak open mind tak?”

Soalan bahaya ni. SANGAT bahaya. Selalunya orang yang ada di dating apps menggunakan soalan ini untuk melucah. Jadi unswipe dan kalau dia ada kongsikan gambar yang tidak senonoh atau memaksa anda melakukan perkara yang anda tidak selesa, anda boleh laporkan akaun tersebut.

Jangan jatuh cinta terlalu cepat

Cepat sangat terjatuh di dalam perangkap cinta!

Jangan cepat sangat jatuh cinta. Ingatlah anda kenal dengan dia dari aplikasi dating. Mungkin dia juga talking stage dengan orang lain. Tanamkan sedikit perasaan ragu-ragu di dalam diri anda.

Aplikasi online dating Malaysia ni ada je buaya berkeliaran!

Anda boleh swipe ramai orang sampai jumpa betul yang sesuai

Seperti kami katakan di atas, dia boleh swipe orang lain, anda juga boleh buat perkara yang sama. Selagi anda tidak serius, anda boleh mencari yang ingin serius dengan anda.

Jangan mainkan perasaan orang

Walaupun anda bebas untuk mencari dan swipe orang yang lain, anda DILARANG untuk main perasaan orang.

Jangan berikan harapan palsu. Jika anda jumpa padanan yang anda ingin ke langkah seterusnya, anda perlu jujur dengan dia supaya anda tidak menyimpan tayar lebihan. 

Ingat balik tujuan anda di apps itu ya

Jangan cepat percaya

Online Dating Malaysia

Pernahkah anda dengar kisah catfish?

Ya. Kami ingin mengingatkan anda untuk berhati-hati. Ada orang di dalam aplikasi ini tidak mempunyai niat yang baik. Ada yang mencari prospek MLM, ada yang mencari klien untuk insurans dan ada juga yang ingin menjadi playboy atau playgirl.

Yang paling bahaya adalah yang jenis mengikis duit.

Elok-elok ya!

Kesimpulan

Susah sebenarnya nak cari jodoh online. Terlalu banyak platform online yang menawarkan pelbagai pakej untuk anda jumpa bakal pasangan anda. Tetapi ini tidak menjaminkan anda untuk berkahwin. Ada orang bertahun menggunakan apps ini tetapi masih bujang.

Ada yang baru guna sekejap, sudah bertunang atau berkahwin. Ikut rezeki masing-masing. Tetapi jangan putus asa. Jodoh anda cuma sesat sekejap, carilah dia!

Goodluck guna online dating Malaysia!

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category