13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama

“Min, min ada tak cara nak bagi pewangi wanita tahan lama”

Spray sana, spray sini tapi tak tahan lama pun bau pewangi. Sapu dekat baju pun dah, dekat leher pun dah.

Ini mungkin kerana pewangi anda sudah sampai tarikh tamat tempoh. Ataupun anda tak ‘jaga’ pewangi itu dengan baik.

Itu boleh menjadi penyebab pewangi tak tahan lama.

Nak tips tak macam mana nak buat pewangi jadi tahan lebih lama?

Teruskan membaca.

Tips Pakai Perfume

Tidak yakin ingin pilih perfume yang mana satu?

Minyak wangi perempuan yang bau lembut, garang atau seksi, yang penting adalah anda sendiri perlu suka dengan bauannya. Bila pakai, sedikit pun sudah mencukupi kalau anda ikut tips di bawah. Jangan pakai maca botol tertumpah pula ya!

Tips Bagi Pewangi Wanita Tahan Lama

Beli berbotol-botol tetapi tetap tak tahan lama. Dari jenama A – Z, sama sahaja.

Jom cuba try test tips ini

  1. Simpan Minyak Wangi Di Tempat Yang Kering

Sebenarnya, pewangi wanita dan lelaki tidak boleh di simpan di tempat yang lembab.

Tetapi, selalunya pewangi akan dipakai selepas mandi.

Jadi tidak hairanlah ramai menyimpan botol pewangi di dalam bilik air untuk mudah digunakan. Sebenarnya tabiat ini perlu dihentikan untuk memastikan pewangi menjadi lebih tahan lama.

Tempat yang lembab boleh menjadi tempat pembiakan bakteria.

Padanlah minyak wangi anda tak tahan lama!

  1. Beli Minyak Wangi Dalam Botol Yang Kecil
Pewangi Wanita Tahan Lama

Ada kajian yang mendedahkan pewangi yang dibeli dalam botol yang besar akan kehilangan aromanya setelah ia berkurang sehingga separuh.

Kalau anda ingin membeli minyak wangi pilihlah yang ada di dalam botol kecil. Lebih mudah untuk disimpan dan dijaga.

Malah anda ingin beli botol pewangi yang lain untuk ‘test’ baunya pun tiada masalah kerana anda beli dengan harga berpatutan.

Kalau tidak ‘kena’ dengan taste anda, tidaklah ralat untuk menukar pewangi yang lain.

Tiadalah rasa bersalah jika tak dapat habiskan botol pewangi anda itu.

Botol kecil ni, “Kecil-kecil cili padi” tau!

  1. Tutup Penutup Botol Pewangi Dengan Betul
Pewangi Wanita Tahan Lama

Ini apa yang selalu orang terlupa untuk lakukan.

Selesai spray atau sapu minyak wangi mesti ada yang terlupa untuk menutup botol pewangi dengan betul

Aroma minyak wangi yang berasaskan alkohol mempunyai tahap penguapan yang tinggi sekiranya terdedah.

Jika sudah terdedah, aromanya akan semakin menipis. 

  1. Simpan Pewangi Di Dalam Kotak

Jangan buang kotak minyak wangi anda selepas anda membelinya!

Simpan sahaja kerana kotak itulah antara tempat ideal untuk menyimpan botol pewangi anda. Kotak itu boleh menghalang sinar matahari dan suhu panas. Jadi aromanya lebih tahan lama.

  1. Simpan Di Dalam Tempat Gelap

Siapa di sini selalu simpan botol pewangi di atas meja solek? 

Seperti yang sudah kami beritahu di atas, cahaya matahari boleh menyebabkan pewangi kirang beraroma. Elakkan menyimpan minyak wangi anda di atas meja solek atau di mana-mana tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.

Sebaiknya simpan minyak wangi anda di dalam laci atau almari.

  1. Simpan Minyak Wangi Di Dalam Botol Asal
Pewangi Wanita Tahan Lama

Ada yang suka untuk menyimpan minyak wangi di dalam travel bottle  tetapi ini akan menyebabkan cecair terdedah ke udara dan beberapa peratus dari aroma minyak wangi akan hilang.

  1. Jangan Goncang Botol Wangi

Bila anda menggoncang botol minyak wangi, sebenarnya udara akan menjadi mudah untuk masuk dan mengurangkan kepekatan baunya.

Cara Pakai Minyak Wangi Untuk Tahan Lebih Lama

Selain daripada cara penyimpanan minyak wangi untuk minyak wangi tahan lebih lama, cara memakainya juga penting untuk aromanya bertahan pada diri anda.

  1. Sapu Minyak Wangi Di Dada

Sembur atau sapu minyak wangi anda di atas dada supaya baunya tahan lebih lama.

Minyak wangi yang disapu di dada lebih berkesan untuk wangian tahan lebih lama kerana kawasaan itu tidak memerlukan pergerakan yang banyak.

Peluh di kawasan dada juga boleh meningkatkan lagi bau minyak wangi anda dan menaikkan aroma semula jadi yang anda ada.

  1. Pakai Pelembab Dahulu

Tahukah anda minyak wangi tahan lebih lama pada permukaan kulit yang lembab atau berminyak berbanding kulit yang kering?

Jadi gunakan tips ini untuk minyak wangi tahan lebih lama.

Sapu pelembab seperti losyen atau pelembab yang tidak berbau sebelum anda menggunakan minyak wangi.

  1. Elak Gosok Selepas Sapu
Pewangi Wanita Tahan Lama

Selalu sangat orang menggosok permukaan kulit mereka setelah menyapu minyak wangi.

Sebenarnya perlakuan ini akan merosakkan molekul wangian dan membuatkan bau menjadi berbeza.

Seeloknya jangan menggosok, sebaliknya sapu dengan lembut pada kulit.

  1. Titiskan Minyak Rambut Pada Sikat
Pewangi Wanita Tahan Lama

Inginkan rambut yang wangi?

Jangan sapu minyak wangi secara direct ke atas kulit kepala! 

Kandungan alkohol atau apa-apa bahan dalam minyak rambut boleh menyebabkan kulit kepala kering. 

Cukuplah sekadar menyembur minyak rambut pada sikat.

Bauan yang melekat pada sikat akan melekat juga pada helaian rambut anda setelah anda menyikat rambut.

  1. Pakai Minyak Wangi Selepas Mandi dan Sebelum Pakai Baju

Kelembapan kulit setelah mandi boleh membantu minyak wangi untuk kekal lebih lama.

Cara ini akan membantu minyak wangi untuk tahan lebih lama dan menghalang ia dari merosakkan pakaian dan aksesori anda.

Hadiah Kahwin, Pengikat Kasih

Tahukah anda, mintak wangi untuk penganti yang paling sesuai adalah Pheromone perfume atau essence? Buauannya memikat dan dikatakan boleh dijadikan daya penarik kepada pemakainya.

Seri malam pengantin pasti makin terselah dan berkeyakinan sepanjang hari!

Dah tengok Pheromone Essence dari kami? Check di bawah ya!

Sekian sahaja tips dan petua untuk minyak wangi tahan lama. 

Semoga perkongsian ini membantu anda menyimpan minyak wangi dan mengekalkan bau aromanya. Ingatlah cara pakai perfume untuk tahan lama ni mudah sahaja!

  • Jangan gosok dengan terlalu kasar
  • Pastikan lawasan kulit lembab sebelum menyebur minyak wangi
  • Spray juga di pakaian
  • Spray di kawasan anda akan dihidu

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category