Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita

pheromone perfume

Rasanya ramai dah tau fungsi pheromone perfume ini. Tapi ramai yang masih taktau cara guna pheromone perfume & pheromone essence dengan betul.

Dah beli, jangan main sapu je. 

Ada juga yang tak yakin nak pakai essence ni. Perkara penting anda perlu tahu adalah, essence ni bukan essence untuk wajah. Bauan dia juga bukan untuk diffuser.

Pheromone Essence untuk dipakai pada kulit dan bauannya akan bercampur dengan aroma semula jadi badan anda menghasilkan bauan yang menarik pasangan anda.

Apa Jadi Kalau Salah Sapu Pheromone Perfume & Essence?

Pheromone Perfume
  1. Bau Pheromone Essence Tak Tahan Lama

Pheromone Essence ni bukan minyak wangi yang jenis semburan. Sebaliknya ia adalah pati pheromone.

Mestilah ada trick sikit nak pakai. Pheromone untuk lelaki atau wanita, kalau pakai betul mesti ‘kena’.

Sapu salah, bau tidak akan tahan lama, membazir.

Mengapa kami kata membazir?

Ini kerana pheromone yang asli tidak berbau. Bauan yang anda bau dari essence pheromone adalah campuran wangian lain.

“Habistu, buat apa beli pheromone kalau dicampur dengan pewangi? Baik beli perfume?”

Jawapannya adalah, beza perfume biasa dan pheromone adalah, pheromone yang disapu pada kulit akan bertindak balas dengan bauan semula jadi pemakainya.

Perfume biasa pula wangiannya cumalah baua sahaja.

Selain daripada itu, penggunaan pheromone essence yang betul dapat membuatkan bauannya bertahan lebih lama. 

Ada yang bertahan hingga 12 jam, ada juga dari 6 hingga 8 jam.

Bergantung kepada tindak balas individu itu sendiri.

  1. Pheromone Tidak Berkesan
Pheromone Perfume

Seperti yang kami katakan tadi, pheromone essence bukanlah minyak wangi biasa. Tetapi essence yang membantu bauan semula jadi pemakai menjadi lebih menarik.

Sapuannya pula tidak boleh ‘hentam sembarangan’. Bukan disapu pada ketiak atau di leher sahaja. 

Ada ‘point’ penting yang tak ramai tahu!

Kawasan ‘point’ penting inilah yang perlu anda berikan perhatian untuk penggunaan pheromone essence yang optimal.

Nak tahu titik penting ini?

Teruskan membaca.

Cara Guna Pheromone Essence

Pheromone Perfume

6 langkah mudah guna essence ini adalah khas untuk produk ini. Untuk produk pheromone yang lain, anda perlu dapatkan nasihat cs mereka ya!

  1. Titiskan 2-3 titis Phero Essence pada pergelangan tangan di sekitar nadi. 
  2. Lagakan kedua-dua pergelangan tadi dengan lembut. 
  3. Sapukan pada leher kiri dan kanan di sekitar nadi.
  4. Sapukan juga di belakang telinga dan cuping telinga.
  5. Biarkan selama beberapa minit untuk mengaktifkan pheromone essence dan biarkan bau badan anda ‘react’ pada essence itu
  6. Selesai!

Pantang larang guna Pheromone

Pheromone Perfume
  • Elakkan dropper daripada terkena kulit untuk elakkan cross contamination
  • Phero Essence hanya untuk kegunaan pada kulit, bukan untuk dimakan/diminum
  • Lakukan patch test untuk pastikan anda tidak alah pada bahan-bahan Phero Essence
  • Elakkan sapuan di sekitar mata dan luka yang belum sembuh

Beza Pheromone Asli Dengan Tiruan

Semakin ramai yang menjual Pheromone. Semakin banyak juga pheromone tidak asli yang dijual.

Untuk Phero Essence, anda boleh lihat sendiri komen-komen dan feedback customer kami.

Antara beza Phero Essence yang asli dan tiruan adalah:

  • Bauan Phero Essence tahan lebih lama dan baunya tidak menyengat
  • Laman rasmi Phero Essence boleh dihubungi kalau anda inginkan refund
  • Baunya tidak ‘murah’, ada yang menyamakannya dengan bau pewangi mahal

Cara Nak Buat Pheromone Tahan Lebih Lama

  1. Simpan di tempat yang kering

Botol Phero Essence ini sememangnya kecil.

Ada yang isi di dalam beg tangan atau di dalam kereta. Simpan sahaja di mana mudah untuk anda capai. Tapi elakkan simpan di dalam bilik air atau mana-mana tempat yang lembab. Ini kerana kawasan yang lembab boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Bakteria ini akan merosakkan pheromone di dalam essence ini.

  1. Tutup rapat botol

Nak elak aroma pheromone hilang, ketatkan penutup botol selepas menggunakannya. 

Taknak pheromone tertumpah, ketatkan penutup botol.

Itu sahaja caranya.

  1. Simpan dalam botol asal

Pheromone selalu di simpan di dalam beg. Oleh sebab itu ada yang ‘transfer’ pheromone ke dalam botol yang lebih kecil untuk memudahkan penggunaannya di mana-mana sahaja.

Jangan buat begitu dengan Phero Essence!

Botolnya kecil dan kompak sesuai untuk di simpan di dalam mana-mana. Kalau anda alih Phero Essence ke dalam botol yang lebih kecil, semakin hilanglah keberkesanan pheromone tersebut.

Cara Pakai Phero Essence Untuk Tahan Lebih Lama

  1. Pakai pelembab sedikit

Di kawasan anda ingin sapu Phero Essence anda boleh sapukan pelembab ataupun petroleum jelly.

Kawasan kulit yang lebih lembab dapat mengekalkan bauan dengan lebih lama.

  1. Jangan gosok dengan kasar

Cara nak menggunakan pheromone sememangnya perlu digosok. Tetapi jangan buat terlalu kasar. Cukup gosokan lembut dan sapu di tempat-tempat yang anda ingin sapu.

  1. Pakai selepas mandi dan sebelum pakai baju

Badan yang lembab akan mengekal bau essence pada badan. Jadi selepas anda mengeringkan badan dengan tuala, sapu terus essence ini pada pergelangan tangan, leher dan bahagian dada. Barulah boleh kekal lebih lama.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Kesimpulan

Dah tahu macam mana nak gunakan pheromone?

Bolehlah anda gunakan dengan lebih yakin selepas ini. Jangan lupa kongsikan ilmu ini pada orang lain. Sama-sama tahu, sama-sama pakai!

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category