Prosedur Perkahwinan: Panduan Nikah A-Z Tidak Meleret!

Prosedur Perkahwinan

Dah nak tiba musim kenduri kahwin. Harapnya para mempelai pengantin dah buat persiapan yang cukup. Kalau belum, jom semak prosedur perkahwinan ini.

Kami bantu A-Z, dari yang baru nak mula ataupun untuk bakal pengantin buat last minute check list.

Prosedur Perkahwinan: A-Z Nikah & Kenduri

Kursus Kahwin

Prosedur Perkahwinan

Apa itu kursus kahwin?

Jawapan paling mudah adalah, kursus persiapan diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bakal pengantin yang ingin bernikah perlu mengemukakan sijil kursus perkahwinan sebelum bernikah. Tetapi kursus ini adalah wajib mengikut kepada negeri masing-masing. 

Untuk kursus ini, ada pihak yang menjalan kelas setiap minggu dan ada juga yang perlu ditunggu sehingga tiga minggu sebelum kelas bermula.

Antara elemen di dalam kursus perkahwinan adalah:

  • Memberikan info tentang ilmu dan tanggungjawab suami isteri
  • Platform bagi ilmu asas tentang agama
  • Langkah-langkah mengelakkan dan mengurangkan risiko penceraian
  • Info bagi bakal suami isteri tentang prosedur yang perlu dilalui oleh bakal pengantin

Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri Di Malaysia 2022

Prosedur Perkahwinan
NegeriBujang/Anak DaraJanda/Ibu Tunggal
Mas Kahwin SelangorRM300RM300
Mas Kahwin Kuala LumpurRM80RM40
Mas Kahwin PerakRM101RM101
Mas Kahwin Negeri SembilanRM200RM100
Mas Kahwin PahangRM22.50RM22.50
Mas Kahwin SabahRM100RM80
Mas Kahwin SarawakRM120RM120
LabuanRM80RM80
Mas Kahwin Penang (Pulau Pinang)RM24RM24
Mas Kahwin MelakaRM100RM100
Mas Kahwin KelantanTidak DitentukanTidak Ditentukan
Mas Kahwin KedahTidak DitentukanTidak Ditentukan
Mas Kahwin TerengganuTidak DitentukanTidak Ditentukan
PerlisTidak DitentukanTidak Ditentukan

Cara Mendaftar Kursus Kahwin Online Mudah

Prosedur Perkahwinan

Setakat yang kami tahu, banyak tempat sudah mula membuka kursus perkahwinan online berserta sijil.

Anda juga boleh mendaftar kursus kahwin melalui  Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

  1. Layari SPPIM: https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home 
  2. Klik pada butang “Daftar Kursus”
  3. Buat carian untuk negeri, daerah, penganjur dan tarikh kursus
  4. Pilih lokasi kursus 
  5. Daftarkan maklumat anda
  6. Klik pada kotak perakuan terma dan syarat
  7. Anda akan dipaparkan maklumat jumlah yuran, nama penganjur, cara pembayaran dan pelbagai info berkaitan.
  8. Hadir pada semua modul yang didaftarkan kemudian anda lulu dan kayak untuk mendapat sijil kursus pra-perkahwinan

Cara Daftar Nikah Di Malaysia

Ini adalah borang dan dokumen yang diperlukan untuk mendaftar nikah

Prosedur Perkahwinan

Ini adalah apa yang bakal pengantin lelaki perlu sediakan

  1. Salinan kad pengenalan atau passport jika pemohon warganegara asing
  2. Salinan kad pengenalan atau passport 2 orang saksi
  3. Keputusan Ujian Saringan HIV daripada klinik atau hospital kerajaan sahaja
  4. Salinan borang permohonan 2a (jika pemohon nikah di luar daerah/negeri/negara)
  5. SUrat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/Pengerusi JKKK/Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Perumahan (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan)
  6. Surat akuan cerai/kematian pasangan dan salingan (jika pemohon duda)
  7. Surat atau kad perakuan Islam dan salinannya (jika pemohon adalah saudara Islam baru)
  8. Surat kelulusan dari Kagat/PDRM (Jika pemohon anggota tentera/Polis)
  9. Surat kebenaran berkahwin daripada konsulat/kedutaan dan imigresen (Jika pemohon warganegara asing)

Borang Kebenaran Bernikah Untuk Pengantin Perempuan

Prosedur Perkahwinan

Ini adalah apa yang anda perlu sediakan 

  1. Salinan kad pengenalan atau passport (jika pemohon warganegara asing)
  2. Salinan kad pengenalan atau passport dua orang saksi (jika warganegara asing)
  3. Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang diiktiraf oleh JAKIM, JAIS, JAWI atau JAIN.
  4. Keputusan Ujian Saringan HIV
  5. Salinan Borang permohonan 2C (jika pemohon nikah luar daerah/negeri/negara)
  6. Surat pengesahan maustatin dari penghulu/ketua kampung/nazir masjid/Pengerusi JKKK/pengerusi J/K penduduk Taman Perumahan
  7. Borang kelulusan berkahwin/surat kebenaran berkahwin bagi pihak lelaki
  8. Surat Perakuan/Pengesahan/Akuan sumpah nikah ibu bapa (jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
  9. Surat wakalah (jika wali tidak dapat hadir semasa nikah)
  10. Surat perakuan/akuan sumpah kematian wali/bapa
  11. Surat atau kad perakuan Islam dan salinannya (jika pemohon saudara Islam baru)
  12. Surat kelulusan dari Kagat/PDRM (jika pemohon anggota tentera/Polis)
  13. Surat perakuan cerai/kematian pasangan dan salinannya (jika pemohon janda)
  14. Surat kebenaran berkahwin daripada konsulat/kedutaan dan imigresen (Jika pemohon warganegara asing)

Cara Daftar Nikah

Prosedur Perkahwinan

Segala borang yang telah diisi hanya sah selama 3 bulan. Jadi rancang betul-betul bila anda ingin menyiapkan borang-borang ini.

  1. Isi borang nikah online: https://sppim.gov.my/sppim/home
  2. Buat ujian HIV di klinik 
  3. Cop imam kariah mengikut kariah tempat masing-masing
  4. Pihak lelaki menghantar borang PAID daerah untuk kebenaran nikah
  5. Pihak perempuan hantar borang bersama borang kebenaran nikah lelaki ke PAID daerah
  6. Upacara nikah dan imam dan kadi akan memberikan surat nikah sementara
  7. Siapkan duit upah untuk jurunikah di dalam sampul (boleh rujuk di sini)

Prosedur Memohon Kad Nikah

  1. Bawa surat nikah sementara bersama salinannya
  2. Bawa kad pengenalan pengantin dan wali
  3. Sediakan duit bayaran sijil nikah (Harga sijil nikah rujuk di sini)

Prosedur Memohon Kad Nikah Selangor

  1. Surat Perakuan Nikah dan Salinan;
  2. Gambar berukuran passport suami dan isteri (Isteri perlu bertudung litup);
  3. Bayaran berjumlah RM40 (permohonan di ibu pejabat – kaunter OSC)/ RM50 (permohonan di Pejabat Agama Islam Daerah)

FAQ Nikah Dan Majlis Perkahwinan 

Prosedur Perkahwinan
  1. Adakah sijil kursus perkahwinan wajib?

Melalui pembacaan kami, sijil kursus pra perkahwinan adalah wajib. Tetapi ada juga yang meletakkan kelonggaran. Tetapi untuk selamat, lebih baik anda buat sahaja. Kalau anda adalah pelajar universiti, anda boleh minta kursus ini untuk dijalankan di sekitar Uni.

Jimat masa dan duit, kan?

  1. Perbezaan mas kahwin, hantaran dan mahar

Mas kahwin & Mahar: Mas kahwin adalah bahasa Melayu untuk Mahar. Mas kahwin adalah wajib untuk diberikan kepada isteri.

Hantaran: Hantaran adalah bentuk hadiah yang berupa wang tunai yang dipersetujui oleh pihak keluarga keluarga.

  1. Dewan apakah yang sesuai untuk majlis perkahwinan?

Ini adalah 100% mengikut pilihan anda, tetapi anda boleh rujuk di sini:

  • Pastikan bajet anda
  • Lihat saiz sama ada sesuai untuk jumlah jemputan anda
  • Tempah dengan segera kerana ada dewan penuh sehingga setahun ke hadapan
  1. Siapakah yang layak untuk menjadi wali pengantin perempuan?

Wali pengantin perempuan adalah:

  •  Islam
  •  Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
  •  Berakal
  •  Lelaki 
  •  Adil
  •  Merdeka
  1. Adakah Ujian HIV untuk borang perkahwinan perlu dari hospital atau klinik kerajaan sahaja?

Yang kami baca, ya, hanya keputusan ujian HIV daripada hospital dan klinik kerajaan sahaja yang dibolehkan.

Anda boleh rujuk di sini.

  1. Adakah ekspo pengantin akan bantu bakal kahwin?

Ya, ekspo pengantin boleh membantu para pengantin. Anda boleh survey pakaian pengantin, pelamin, kanopi, jurugambar, juruvideo dan katering.

  1. Adakah saya perlu buat ujian talasemia untuk kahwin?

Jika diikutkan, tidak perlu. TETAPI kami sarankan anda untuk buat ujian ini kerana pasangan pembawa talesemia akan membawa komplikasi di masa hadapan.

Anda boleh rujuk di sini.

  1. Ada tips malam pertama tak?

Ada!

Anda boleh baca di artikel ini:

Tips & Cara Goda Suami Di Rumah

14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!

Kesimpulan

Anda dah ada idea macam mana nak uruskan nikah anda? 

Harap dapat membantu. Anda boleh simpan dahulu artikel ini untuk rujukan masa depan. Kami juga akan update artikel ini dari masa ke semasa.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category