Top 13 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak

Red Flag lelaki

Kecoh betul tentang red flag lelaki sejak akhir-akhir ni kan? Video TikTok, masing-masing berlawan tentang red flag lelaki dan perempuan.

Tetapi kami di sini tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mari lihat senarai Top 13 Red Flag lelaki dan wanita yang anda perlu elakkan.

Apakah Maksud Red Flag?

Red Flag adalah slang internet yang bermaksud, berjaga-jaga. Jadi jika kita berbincang tentang red flag seseorang, semestinya kita bincangkan tentang apa yang menjadikan perkara yang mereka lakukan itu perlu kita berjaga-jaga.

Red Flag lelaki

Perkara-perkara ini adalah lebih kepada perkara yang tidak membawa manfaat ya. Bukan rupa fizikal seseorang itu.

Ramai orang terkeliru red flag dan preferences.

Preferences adalah apa yang anda inginkan. Jika anda inginkan orang yang tinggi lampai, itu adalah preference bukanlah red flag.

Setakat ini boleh faham perbezaan red flag dan preferences?

OK!

Kalau macam tu mari terus membaca artikel ini.

13 Red Flag Lelaki dan Wanita Yang Anda Perlu Elakkan

  1. Suka Mengawal Hidup Anda
Red Flag lelaki

Rimaskan kalau ada orang yang kawal kehidupan anda. Setiap hari perlu update ingin pergi ke mana, buat apa sedang bercakap dengan siapa. Malah ada yang parah sehingga perlu contact sepanjang hari. Kalau setiap hari itu masih dapat dipertimbangkan lagi.

Tetapi ada yang ingin sentiasa on the phone. Kalau boleh video call, dia pilih untuk video call tiap hari.

Alasan dia, “Nanti kan kita kahwin”

Atau.. dia akan berkata, “Ini saya buat ni untuk awak”. 

Eh, sejak bila masa pula keperluan manusia untuk hidup adalah on video call for almost 24 hours? Kan?

Buka mata anda, ini adalah cara si dia mengawal anda.

Bukan itu sahaja, anda seperti tiada suara sendiri. Nak buat pilihan pun perlu ikut apa yang dia inginkan. Bayangkan ketika sedang keluar makan pun, dia sibuk-sibuk pilihkan menu. 

Anda yang membaca pun pasti rasa rimas dan terkongkong kan? Jadi ini memang red flag lelaki dan perempuan yang perlu anda perhatikan.

  1. Susah Untuk Mempercayai 
Red Flag lelaki

Meh sini password

Wah, senang betul ya minta password. Nak tengok telefonlah tu. Jangan berikan! Ini adalah orang yang susah nak percaya orang lain. Jadi dia mula nak spot check semua media sosial yang anda ada.

Kadang-kadang mereka yang susah untuk mempercayai ini…dia sendiri yang sedang menipu. Jadi hati-hati dengan mereka yang susah sangat nak percaya anda. Mungkin dia juga tidak move on lagi dengan ex dia yang lepas yang mungkin kuat menipu.

Siapa yang tahu, kan?

Yang pastinya anda jangan berikan akses media sosial  anda ataupun apa-apa yang boleh dikategorikan sebagai privasi. Kami risau nanti ada sahaja sesuatu yang terjadi. Silap-silap ada orang like gambar pun dia marah!

  1. Keyakinan Diri Yang Rendah
Red Flag lelaki

Kenapa keyakinan pasangan rendah, anda pula perlu risau?

Kami berikan contoh ya…

“Saya tahulah saya ni ada SPM je, awak belajar tinggi”

Kalau sekali dua anda dapat ayat ni, bolehlah dipujuk. Tetapi selalu sangat sehingga anda pun sudah tak tahu ingin pujuk macam mana lagi. Ini sebenarnya berkait rapat dengan keyakinan dia sendiri. 

Orang yang terlalu rendah keyakinan akan mula buat orang di sekelilingnya rasa lebih rendah supaya dia rasa lebih ‘elok’. Faham tak apa yang cuba kami sampaikan?

Contoh lagi ayat, “Awak gaji besar, saya ni cukup makan je”.

Dah faham?

Ayat-ayat ini boleh juga digunakan untuk memanipulasi. Silap-silap diri dia yang tidak ada keyakinan, anda pula perlu ambil alih tugas dia sebagai pasangan kelak.

“Awak jelah bayar bil bulan ni”.

Eh eh eh.

Terlalu banyak masalah yang boleh timbul hanya kerana pasangan tidak ada keyakinan. Apa yang anda perlu faham adalah, bukan tugas anda untuk buat dia yakin dengan kebolehan atau apa-apa yang dia kurang.

Anda boleh pujuk, tetapi tidak boleh mengubah mentaliti diri dia sendiri yang suka play victim.

  1. Dera emosi, fizikal dan mental
Red Flag lelaki

Ini red flag paling teruk! 

Tidak kiralah dia lelaki atau perempuan, bila dia dah mula menyakiti anda dari segi fizikal dan mental anda perlu lakukan sesuatu!

Sekali dia naik tangan, tak mustahil dia buat lagi. Nanti kesannya, anda yang perlu tanggung. Anda luka, lebam dan takut sampai PTSD.

Run bestie run!

  1. Menggunakan bahan terlarang
Red Flag lelaki

“Nanti saya ubahlah”

Jangan terlalu percaya dengan kata-kata harapan ini. Anda perlu berpegang pada masa sekarang. Bukan masa depan. Jika di dalam masa sekarang pun dia masih lakukan benda terlarang, apakah bukti dia akan berhenti?

Adakah semata-mata cinta dia akan berubah?

Nonsense!

Ibu bapa dia yang besarkan pun tidak mampu mengubahnya. Apatah lagi anda yang baru kenal sekejap. 

Ingat ya, ketagihan sangat susah untuk dirawat tanpa bantuan yang betul. Anda bukanlah bantuan yang dia perlukan. Anda boleh jadi pengantara kepada bantuan tersebut, tetapi jangan sampai dia berharap kepada anda untuk berubah.

  1. Narsistik
Red Flag lelaki

Apakah itu narsistik?

Narsistik adalah penyakit mental yang menjadikan seseorang itu sangat obses dengan dirinya, tidak jemu dengan pujian daripada orang lain dan sangat pentingkan diri sendiri.

If it’s not for clout, it’s not for them.

Jadi golongan yang narsistik ini kalau buat sesuatu pasti ada sebabnya. Kalau dia berikan hadiah, nak di post di sosial media. Kalau anda cuba buat satu perkara yang dianggap selfish, dia akan mula baran.

Orang yang narsistik cuma akan memenatkan mental anda sendiri. Paling teruk ada yang mula trauma dengan orang narsistik. Kami tidak akan mengulas panjang tentang narsistik, anda boleh baca di sini.

  1. Panas Baran
Red Flag lelaki

Need we say more?

Marah aje hempas barang. Marah aje taknak bercakap langsung. Siap tengking lagi. Anda yakin ingin pasangan yang berperangai sebegini?

Bayangkan bila sudah berkahwin nanti, minta tolong beli pisang goreng tepi jalan pun boleh bawa bergaduh.

Tahukah anda orang yang kuat baran ini boleh menurunkan perangainya kepada anak-anak dia. 

Bukan genetik tetapi setiap baran yang dilihat akan dipelajari oleh anak kecil. Jadi kami tanya lagi sekali, anda yakin inginkan pasangan seperti ini?

  1. Codependency
Red Flag lelaki

Codependency relationship adalah satu hubungan yang di mana salah satu pihak banyak mengorbankan keiinginan dan keperluan dirinya sendiri untuk menyenangkan pasangannya.

Keputusan dia bukan dibuat atas kemahuannya sendiri tetapi sangat bergantung pada pasangannya.

Pasangan yang ada di dalam perhubungan ini sangat bergantung pada satu sama lain untuk keperluan emosi, psikologi dan fizikal.

Perhubungan ini selalunya memenatkan minda dan fizikal anda. Jika anda ada di dalam hubungan ini, fikirkan apa yang anda perlu lakukan untuk elakkan diri anda terlalu menjaga hati sehingga memakan diri.

  1. Tidak Pandai Menyelesaikan Masalah & Konflik
Red Flag lelaki

Semua orang menghadapi masalah dan konflik. 

Yang membezakan seseorang itu dengan masalah yang dihadapi adalah cara mereka menyelesaikannya.

Seseorang tu boleh dianggap mempunyai red flag sekiranya dia sering lari daripada masalah. Bukan itu sahaja, dia lebih memilih untuk menjadi pasif agresif dengan masalah tersebut atau orang yang terlibat.

Membazir tenaga aje layan orang macam ini. 

Nak buat macam mana? Nak selesaikan dia lari, tak selesaikan dia buat perangai pula. Kalau tersalah benda lain, nanti dia ungkit semua masalah di dunia dari tahun 2002!

  1. Cemburu buta
Red Flag lelaki

Awas ya, pasangan yang cemburu buta sangatlah toksik!

Cinta yang indah jadi perit. Setakat ucap terima kasih pada cashier pun dia sanggup mengamuk. Kalau boleh dia nak kawal dengan siapa anda bersembang, berjumpa dan berinteraksi.

Silap-silap kawan sekolah rendah pun dia suruh block. Punyalah cemburu.

Elakkanlah orang yang ada red flag seperti ini.

  1. Gagal Mengawal Emosi
Red Flag lelaki

Bukan setakat panas baran, kuat drama, lepastu cemburu buta. Yang dia fikirkan cumalah perasaan dia. Ini bukan pasangan yang baik ya!

Orang seperti ini tidak mampu untuk ada empati kepada diri anda. Selain itu dia juga tidak boleh bersangka baik kepada diri anda. Bagi dia, perasaan dia lebih penting berbanding diri anda.

Anda juga boleh penat sampai terlupa untuk wish goodnight, tapi dramatiknya dia tu mulalah screenshot quote sedih dan post di WhatsApp dan Instagram. 

Ish ish… elakkanlah dengan orang kuat berdrama ini.

  1. Membuatkan Anda Putuskan Hubungan Dengan Mereka Yang Penting
Red Flag lelaki

“Saya tak sukalah dia ni”

..dan dengan ayat itu sahaja anda sanggup untuk putuskan persahabatan anda dengan kawan yang sudah kenal bertahun. Jika kawan anda sendiri memang buat hal itu lain cerita. Ini just because dia tak suka.

Selain itu, dalam pada anda tidak sedar dia menjauhkan diri anda daripada orang yang tersayang seperti keluarga dan kawan yang sangat rapat.

Hati-hati dengan red flag ini. Mereka boleh merenggangkan hubungan anda. Siapa tahu nanti anda sudah breakup, dari mana lagi anda ingin dapatkan support system? Kawan sudah putus, keluarga sudah benci..

  1. Suka Melucah

“Jom video call”

Kadang-kadang kan seram ya dapat mesej seperti ini. Kita tidak tahu apa yang dia nak tunjuk. Paling tak bestnya dia ajak anda buat benda yang sama. Eh jangan buat ya!

Takut-takut nanti dia diam-diam screen record. Nanti da buat bahan ugutan. Anda jangan terjebak dengan orang kuat melucah ini.

Tetapi kalau anda sudah consent kami tidak boleh berkata apa-apa. Anda cuma boleh berjaga-jaga. Zaman sekarang kata-kata cinta itu cuma mainan di bibir. 

Entah dia swipe Tinder cari mangsa seterusnya.

Kesimpulan

Red Flag lelaki

Banyakkan Red Flags yang kami senaraikan ini? 

Kalau boleh kami ingin senraikan yang lain tetapidaripada 13 yang kami berikan ini anda boleh nilaikan sendiri pasangan anda bagaimana ataupun bagi mereka yang ingin berjaga-jaga sebelum ada hubungan serius.

Sekarang ni bukan mudah untuk cari yang terbaik. Kalau dah jumpa, jangan lepaskan dia. 

Good luck ya!

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category