101 Soalan Deep Talk Untuk Mengenali Seseorang

soalan deep talk

“Hai, dah makan belum?” – Bosannyalah soalan. Jomlah cuba ubah soalan deep talk untuk mengenali seseorang. Takkan nak asyik tanya makan lauk apa je kan?

Soalan ini semua boleh ditanya ketika anda sedang temujanji, di dalam panggilan dengan si dia ataupun ketika anda bermesej.

Bila tanya soalan deep, barulah kita boleh agak tahap pemikiran dia. Silap-silap boleh tapis terus sama ada dia sekufu dengan kita atau tidak. Penting tau sekufu dari segi perbualan ni. Sama wavelength barulah perbualan tidak menjadi sia-sia.

Dah bersedia nak tahu soalan-soalan itu?

Teruskan membaca.

Apakah Soalan Deep Talk Yang Boleh Ditanya Untuk Mengenal Seseorang?

 Soalan Deep Talk
  1. Tanyakan soalan tentang peristiwa penting yang menyebabkan dia mengubah persepsi tentang sesuatu dan bagaimana peristiwa itu mengubah dirinya.
  2. Tanyakan kepada dia apa yang dia bayangkan tentang masa depan dirinya dalam masa 5 hingga 10 tahun kehadapan.
  3. Sudahkah dia mengenali love language dirinya?
  4. Pernahkah dia mencari dan memahami angry language?
  5. Kalau dia diberikan wang RM 1 juta ringgit apakah yang akan dia lakukan?
  6. Masakan siapa menjadi kegemaran dia? Ibu atau ayah dan mengapa?
  7. Nilai apakah yang penting di dalam hidup dia?
  8. Benda apakah yang dia takutkan?
  9. Apakah sebab dia mengakhirkan hubungan yang lepas?
  10. Apakah hobinya dan adakah dia masih melakukan hobi tersebut? Dengan siapa?
  11. Kalau dia dibenarkan untuk pulang ke masa lepas, tahun berapakah dia ingin pergi dan mengapa?
  12. Jika dia boleh memberikan nasihat kepada dirinya yang kecil, apakah nasihat itu?
  13. Cari persamaan dan perbezaan anda berdua. Adakah perkara itu perlu diubah atau kompromi?
  14. Apakah first impression dia tentang anda?
  15. Mimpi paling buruk di apakah dia pernah alami?
  16. Apakah mimpi paling dia ingati sehingga sekarang?
  17. Kongsikan rahsia anda 
  18. Apakah perkara yang benar-benar dia takut?
  19. Adakah cuaca kegemaran dia.?
  20. Kopi atau teh?
  21. Apakah rutin pagi dan malam dia?
  22. Buku kegermaran apakah yang dia suka semasa kecil?
  23. Isu kontroversial, tanyakan pandangan dia?
  24. Ciri-ciri pasangan ideal dia?
  25. Selebriti kegemaran dia?
  26. Pada umur berapakah dia mula terasa “this is real!”?
  27. Penyesalan terbesar yang dia ada?
  28. Apakah penyebab dia ingin menjadi dewasa?
  29. Tanyakan perkara apakah yang boleh menghancurkan sesebuah perhubungan?
  30. Apakah cabaran paling sukar yang dia perlu hadapi dan adakah dia berjaya menanganinya?
  31. Jika ada sesuatu yang dia ingin ubah tentang dirinya, apakah ia?
  32. Bagaimanakah ingin menjadi serasi dengan seseorang?
  33. Kongsikan perubahan yang dia perlu lakukan sepanjang hidupnya?
  34. Apakah percutian impian yang dia pernah impikan?
  35. Negara manakah yang dia betul-betul ingin lawati?
  36. Apakah kekuatan atau kelemahan anda dalam perhubungan? Biarkan dia kongsikan jawapannya juga
 Soalan Deep Talk
  1. Apakah yang membuatkan anda rasa serasi?
  2. Bagaimanakah dia take accountability jika berlaku perselisihan?
  3. Bagaimanakan diri anda dan dia menghadapi konflik?
  4. Adakah dia kuat merajuk atau seseorang yang mudah untuk dibawa berbincang?
  5. Kongsikan 5 perkara yang anda dan dia sukakan tentang perhubungan manda berdua?
  6. Apakah yang anda sukakan tentang dia?
  7. Apakah bakat anda dan dia?
  8. Kelemahan apakah yang dia sedang cuba baiki?
  9. Pandangan dia tentang orang yang tidak reti kawal kemarahan?
  10. Cara apakah yang dia gunakan untuk mngawal kesabaran?
  11. Kongsikan latar belakang anda dan biarkan dia ceritakan latar belakang dia?
  12. Apakah jangkaan dia tentang perkahwinan?
  13. Terangkan 3 perkara yang dia ingin capai dalam jangka masa 3 tahun ke hadapan?
  14. Apakah matlamat hidup dia jangka masa panjang dan pendek?
  15. Apakah pandangan dia tentang agama dan agama dalam kehidupan dia?
  16. Adakah dia seorang yang spiritual?
  17. Apakah jangkaan dia tentang pasangan hidup dari segi agamanya?
  18. Bagaimainakah hubungannya dengan keluarga?
  19. Apakah jangkaan dia tentang kehidupan bakal pasangan dia dan keluarganya?
  20. Kalaulah suatu hari nanti anda menghadapi konflik bersama keluarga dia, bagaimanakah dia akan menangani masalah itu?
  21. Bagaimanakah hubungan dia dengan rakan-rakan, keluarga dan rakan sekerja?
  22. Adakah di masa hadapan dia merancang untuk ada anak?
  23. Adakah di masa hadapan dia ingin ahli keluarganya duduk bersama pabila anda berdua sudah berkahwin?
  24. Siapakah rakan dia yang betul-betul dia rapat? Boleh terangkan sedikit tentang mereka?
  25. Adakah dia mempunyai rakan lain jantina yang dia rapat?
  26. Adakah selepas perkahwinan dia akan terus kekal rapat bersama rakan lain jantina tersebut?
  27. Pandangan dia tentang public display of affection?
  28. Bagaimanakah dia interaksi anda bersama rakan dia?
  29. Kalau dia ada buat salah terhadap seseorang, bagaimanakah dia akan meminta maaf?
 Soalan Deep Talk
  1. Bagaimanakah dia akan menzahirkan rasa kasih sayang dalam perkahwinan? Adakah dia jangka benda yang sama dengan diri anda?
  2. Adakah dia dan rakan-rakan dia menggunakan kata-kata kasar ketika bersembang? (termasuk carutan)
  3. Apakah pandangan dia tentang ayat carutan?
  4. Bagaimanakah dia menzahirkan kemarahan terhadap sesuatu, diri sendiri dan kepada orang lain?
  5. Kalau ada orang buat salah dengan dia, bagaimanakah dia akan memulihkan situasi?
  6. Apakah definisi bahagia dan kejayaan kepada dia?
  7. Apakah ekspektasi dia tentang kewangan dari anda?
  8. Siapakah yang beradakan di bawah tanggungan dia sekarang?
  9. Adakah dia menggunakan kad kredit?
  10. Adakah suatu hari nanti dia ingin menggunakan perkhidmatan pembantu rumah dan pengasuh?
  11. Adakah dia sentiasa mengambil peduli dengan bajet sebelum berbelanja sesuatu?
  12. Adakah dia biasa membayar bil?
  13. Adakah dia merancang untuk mempunyai anak suatu hari nanti?
  14. Adakah dia mampu dari segi mental dan fizikal untuk mempunyai anak?
  15. Pandangan dia tentang anak?
  16. Pandangan dia tentang anak angkat?
  17. Pada pandangan dia, apakah cara terbaik untuk mengajar anak?
  18. Adakah dia percaya kepada gentle parenting?
  19. Adakah dia akan memujuk atau memukul anak jika anak buat perangai?
  20. Adakah dia mempunyai apa-apa penyakit?
  21. Bagaimanakah cara dia menyimpan duit?
  22. Bagaimanakah dia membahagikan wang untuk berbelanja?
  23. Apa yang dia akan lakukan jika pasangan dia dalam keadaan marah?
  24. Adakah dia kuat cemburu?
  25. Apakah yang dia akan lakukan jika dia atau anda cemburu?
  26. Tafsiran cemburu kepada dia?
  27. Tafsirkan penderaan mental, fizikal dan lisan
  28. Apakah jangkaan yang dia ada tentang hubungan bakal anak-anak dengan pasangan dan keluarga besar?
  29. Adakah dia percaya dengan sistem persekolahan?
  30. Adakah dia ingin homeschool anak dia? Kalau ya, dengan siapakah anak itu akan belajar?
 Soalan Deep Talk
  1. Apakah hubungan yang dia jangkakan kepada anak dia dengan rakan-rakan berlainan jantina, agama dan bangsa?
  2. Adakah dia sokong dengan perbelanjaan ditanggung separuh-separuh, atau penuh dari seorang suami?
  3. Adakah dia menyokong sekiranya hanya salah satu daripada ahli keluarga dia yang perlu bekerja (suami atau isteri)
  4. Adakah dia menyokong sekiranya hanya suami yang mengeluarkan perbelanjaan? 
  5. Adakah dia bersedia dari segi kewangan jika berlaku kecemasan?
  6. Adakah dia mempunyai insurans?

Macam mana nak tanya soalan deep talk kepada seseorang?

Pertama sekali, anda jangan tanya soalan-soalan ini seperti anda sedang interview seseorang. Anda perlu adjust sedikit ayat tersebut dan tanya bila ada kesempatan. Anda sendiri baca setiap soalan ini mempunyai darjah deep yang tersendiri.

Jadi santai-santai sahaja. Tentukan nada yang sesuai untuk bertanya. Jangan gunakan nada soal siasat.

Bilakah waktu sesuai untuk tanyakan soalan deep talk kepada seseorang?

 Soalan Deep Talk

Kami sarankan soalan ini ditanyakan secara berdepan bukan cara mesej kerana ton suara anda mungkin dibaca dengan salah dan akan menyebabkan salah faham.

Jadi anda boleh setkan temujanji ataupun video call. Paling kurang pun panggilan telefon. 

Apa perlu buat jika orang mengelak untuk berkomunikasi?

 Soalan Deep Talk

Sesibuk mana pun orang yang anda sedang kenali, dia perlu menghormati anda. Jadi walaupun dia sibuk seminggu ataupun berbulan, tentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk berbual. 

Orang yang betul akan luangkan masa bersama anda by all means. Jika tidak, anda sendirilah tentukan, adakah anda ingin orang seperti ini sebagai teman hidup anda?

Kesimpulan

Nak cari pasangan hidup ini sememangnya tidak mudah. Ada yang sudah berkahwin bertahun juga tidak menjamin mereka akan berkekalan. Yang menjadikan perkahwinan itu bertahan lama adalah, adakah keperluaan setiap orang di dalam institusi kekeluargaan itu dipenuhi?

Dan apa yang penting adalah, membuat keputusan yang betul berdasarkan prinsip.

Ok tak?

Dah bersedia nak tanya soalan berat ni kepada pasangan anda?

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category