Tanda-tanda Isteri Penat Emosi Dan Fizikal

tanda Isteri Penat

Dulu isteri cantik, molek tetapi sekarang nampak muram dan suram. Itu adalah salah satu tanda isteri penat. Kami tidak tahu macam mana lagi untuk buat anda nampak dengan jelas lagi tentang kepenatan isteri.

Tapi kami akan cuba dan kami harap dengan artikel ini akan jadi lebih aware tentang perubahan isteri. Bolehlah sama-sama pulihkan kembali emosi dan fizikal. Mungkin ini dapat membantu menyelamatkan perkahwinan anda sebelum ia jadi betul-betul hambar.

Isteri Jadi Pendiam dan Perahsia

tanda Isteri Penat

Semua orang melalui pelbagai fasa dalam kehidupan, Daripada bayi sehinggalah dewasa. Setiap fasa ini membentuk jati diri seseorang. Tetapi tahukah anda, dalam peralihan fasa ini kau wanita banyak berkorban.

Jika dia sudah berkahwin antara perkara yang dia perlu tinggalkan adalah sahabat rapat, keluarga dan juga suasana yang dia sudah selesa. Tidak dilupakan juga ada para isteri yang hilang kebebasan setelah berkahwin.

Sesetengah suami pula ada yang masih duduk di kawasan rumah yang dia selesa dan ada rakan rapat untuk lepak di malam hari. Bak kata orang, ada ruang untuk healing.

Isteri pula terceruk di rumah. Ajak suami untuk bersembang pun ditolak dengan alasan dia penat. Isteri kadangkala cuma ingin orang untuk mendengar keluhannya.

Jika acap kali dia didiamkan, tidak mustahil mulutnya terkunci mulut dan pilih untuk diam menjadi perahsia. Ini tanda isteri penat yang boleh anda rasa.

Isteri Cepat Marah

Kalau buat salah sikit je terus melenting marah-marah. Pernah pulak tu dia membebel benda yang jadi tahun lepas dia ungkit sampai hari ini. Ini dah tahap betul sangat-sangat penat mental ini. Anda ingin tahu mengapa dia berkelakuan sebegitu?

Mungkin kerana ada isu yang lepas tetapi tidak diselesaikan dengan betul atau isteri penat buat kerja rumah. Jika ada isu berkaitan terjadi, mungkin perkara kecil boleh jadi last straw kepada dia. Itulah yang dia ‘meletup’.

Cuba ingat kembali ada tak isu berat dan remeh yang dia pernah ungkitkan? 

Jangan buat tak tahu ya, perkara remeh pun boleh jadi besar kalau kerap kali diajak berbincang tapi tidak diendahkan. Jangankan isteri anda, sesiapa pun boleh fed up dengan perangai ini.

Toksik, tau? 

Isteri Hilang Sabar

tanda Isteri Penat

Hilang sabar ini berkait rapat dengan emosi marahnya tadi. Jika dia tak sabar, dia akan cepat meletus ataupun dia akan buat keputusan terburu-buru.

Ada ke isteri yang binge shopping barang yang mahal tanpa berfikir mendalam tentang kos barang tersebut?

Mungkin baginya beli barang adalah terapi singkat. Tetapi hati-hati. Terapi singkat ini boleh menyebabkan anda yang perlu menanggung akibatnya nanti.

Kad kredit maxed out, barang terlalu banyak di rumah sampai jadi hoarding issue, dan tidak dilupakan isteri tak semakin pulih pun.

Kalau isteri dah menjadi kurang sabar tentang sesuatu dan mula membeli-belah, cuba anda tanya mengapa dia membeli barang tersebut.

Sebagai contoh jika dia beli automatic vacuum. Adakah alasannya kerana ingin memudahkan kerja di rumah?

Cuba fikir, adakah kerja rumahnya menjadi terlalu banyak sehingga dia tidak sempat menyapu?

Atau anda sendiri tidak membantu dia untuk melakukan kerja rumah?

Isteri Menjauhkan Diri

tanda Isteri Penat

Kalau kita datang dekat, dia pergi masuk bilik. Kalau dia dekat bilik kita masuk, dia keluar. Eh… macam menyampah pun ada.

Ini tidak lain tidak bukan dia memang ada sesuatu unspoken tentang hubungan itu. Kalau diluah, dia sendiri takut anda tidak boleh menerimanya. Lebih baik elakkan pergaduhan dengan menjauhkan diri. Bukankah itu pun apa yang anda pernah lakukan?

Elakkan diri dari masalah dengan tidak berbincang. Tetapi bezanya kalau kaum wanita, dia menyimpan di dalam hati. Lama diam dan simpan, makin menjauh.

Sudah pasti anda tidak mahukan ini kan?

Lambat laun kedua-dua pihak boleh tawar hati kemudian jauh hati akhirnya hubungan hambar.

Cara Memulihkan Isteri Penat Emosi dan Fizikal

Tidak terlambat untuk anda memikat semula hati isteri yang sudah mula menunjukkan petanda ini. Ini adalah cara pujuk isteri tawar hati sebagai panduan untuk anda memulihkan keadaan rumah tangga anda.

Pindah Rumah

Pernahkah anda terfikir ada kemungkinan isteri penat emosi dan fizikal kerana susana dia yang tidak selesa. Mungkin kerana keluarga kecil anda berkongsi rumah dengan mertua sampai dia tiada kebebasan.

Ataupun ada yang menjadikan pergerakan dia terbatas? Seperti adik ipar yang duduk bersama?

Jika jawapan anda adalah ‘Ya’, anda boleh mula berikan ruang yang sepatutnya isteri dapatkan.

Ingat, “Happy wife equals happy life”.

Izinkan Isteri Untuk Me Time

tanda Isteri Penat

Isteri penat uruskan rumah kemudian dia perlu tangani stress di tempat kerja. Lagi penat jika memang dia surirumah. Dia stuck di dalam rumah itu. Ulang-ulang tengok suasana sama. Mungkin dia sudah bosan.

Pernahkah anda berikan dia masa untuk me time?

Kalau nak lagi tenang, biarkan diri dia ber-me time sendiri. Belanja dia ke spa. Biarkan isteri anda tenangkan fikiran barulah dia boleh pulang ke rumah dengan fikiran lebih tenang.

Takpun, anda boleh bawa satu keluarga bercuti, kan?

Kalau nak paling mudah, pergi ke mana-mana tempat tarikan di Malaysia pun boleh asalkan anda expand the horizon!

Order Makanan

tanda Isteri Penat

Isteri anda selalu sediakan makanan?

Apa kata sekali-sekala anda belikan makanan supaya dia tidak perlu memasak. Biarkan dia rehat sekejap dari fikirkan ‘Hm, nak makan apa ya?

Nak romantik sikit, anda boleh belikan makanan kegemaran dia. Takpun anda masak, kan?

Dapatkan Pengasuh

Mungkin isteri penat menjaga anak. Mengulit anak sampai nak ke tandas pun tidak sempat. Kalau anda dapatkan pengasuh, dapatlah dia rehat urat sekejap.

Kesimpulan

tanda Isteri Penat

Layanlah isteri anda seperti nahsuri. Nak menjaga isteri ni mudah. Anda perlu ada sifat kepemimpinan dan tangunggjawab yang tinggi. Anda yang membaca tanda isteri penat emosi dan fizikal mungkin sudah nampak sama ada tandanya atau tidak.

Tanda-tanda ini bukanlah tanda isteri tidak sayang suami namun, jika ada sebarang simptom ini, cepatlah bertindak sebelum masalah lain mula timbul.

Semoga berjaya!

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category