Tanggungjawab Suami Yang Isteri Terlepas Pandang

tanggungjawab suami

Tahukah anda, statistik penceraian di Malaysia merekodkan penceraian yang tinggi pada tahun 2022. Antara penyebabnya adalah kewangan, tanggungjawab dan masalah yang lain. Bercakap tentang masalah tanggungjawab, mari lihat tanggungjawab suami yang isteri terlepas pandang.

Tanggungjawab ini, kalau anda dah tahu,  kedua-dua suami dan isteri dapat ingatkan. Ingatlah, tanggungjawab suami selepas kahwin berbeza dengan sebelum kahwin. Kini keluarga kecil dia perlu menjadi keutamaan.

Jangan sampai berlaku perselisihan baur menjadi solusinya. Pelajarilah tanggungjawab yang perlu dipikul. Perkahwinan bukan hanya untuk berseronok, tetapi juga untuk menjaga maruah dan kehormatan isteri dan keluarga anda.

Kehormatan ini bukan sekadar ajaran agama, tetapi juga nafkah kepada mereka. Kalau cukup nafkah zahir dan batin diberi, mungkin tidak akan berlaku pergaduhan. Jika tidak mampu, berbincanglah dengan pasangan masing-masing.

Tanggungjawab Suami Yang Isteri Terlepas Pandang

tanggungjawab suami
  1. Rumah Yang Selesa

Umum mengetahui, tanggungjawab suami kepada isteri adalah memberikan rumah yang selesa untuk isteri duduk.

Tidak kiralah menyewa atau membeli rumah yang baru, suami perlu memberikan satu tempat supaya rumah itu selesa untuk isteri dari segi cara dia menjalankan kehidupan sebagai isteri, kehidupan suami isteri dan auratnya dijaga.

Bagaimana pula kalau duduk di rumah mertua?

Apa yang kami pernah baca dahulu, suami perlu sediakan ruang selesa untuk isteri di rumah itu. Lagi elok sekiranya dia mempunyai dapur sendiri dan pintu rumah untuk keluar masuk sendiri.

Walaupun lebih renyah, tetapi kehidupan suami isteri perlulah dimulakan sendiri dan belajar berdikari tanpa masuk campur orang lain.

  1. Barang Keperluan Anak

Tidak salah sekiranya suami isteri ingin berbahagi-bahagi dalam perbelanjaan untuk anak. Tetapi lebih elok sekiranya suami berbelanja lebih untuk ini. Jika perlu, dapatkan duit saku lebih untuk membantu kos menannggung anak itu.

Walaupun anak itu pembuka pintu rezeki, ini tidak bermakna tidak perlu berusaha untuk menambah pendapatan.

  1. Barang dapur

Barang dapur perlulah mencukupi untuk suami, isteri dan anak-anak. Janganlah sekiranya masih menumpang di rumah mertua, tanggungjawab ini dilupakan terus. Isikanlah peti ais di rumah makanan untuk isteri.

  1. Utiliti Rumah
tanggungjawab suami

Percaya atau tidak, ada ramai isteri yang terpaksa menampung utiliti rumah. Apa yang mengecewakan sesetengah para isteri adalah, tanggungjawab ini dilepaskan begitu sahaja dari suami tanpa perbincangan dan persetujuannya sendiri.

Walaupun isteri mampu untuk membayarnya, para suami digalakkan untuk menghulur juga kerana daripada sekecil-kecil tanggungjawab ini, isteri akan mula hilang rasa untuk hormati tanggungjawab suami.

  1. Keperluan Isteri

Keperluan isteri yang disebut termasuklah nafkah. Walaupun isteri berpendapatan, suami wajib untuk memberikan nafkah. Sekiranya isteri redha tidak diberikan nafkah, suami terlepas dari kewajipannya.

Jika tidak, nafkah tersebut menjadi hutang bagi pihak isteri (rujuk di sini).

Kadarnya adalah mengikut kemampuan suami.

Jenis-jenis Nafkah Untuk Isteri dan Keluarga

  1. Nafkah Peribadi (duit untuk keperluan isteri SAHAJA)
  2. Nafkah Keluarga (duit untuk keperluan keluarga, ubat, bil, belanja anak, dan lan-lain)
  3. Nafkah Batin (melayan isteri dengan baik)

Apa Yang Suami  Isteri Tidak Boleh Lakukan Untuk Keharmonian Rumah Tangga

tanggungjawab suami
  1. Merendahkan-rendahkan pasangan

Sayang sungguh dalam perhubungan suami isteri, instead of saling membina satu sama sendiri, pasangan ini merendahkan menghancurkan rasa cinta dan sayang.

Rugi.

Bak kata orang;

“Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya dan kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa”

Ingatlah kehidupan ini seperti roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Kifarah sentiasa ada. Jika tidak mampu memberikan pasangan semangat, jangan pilih untuk merendahkan dia.

Selain itu, jika ia berkaitan dengan rupa fizikal, tidak salah sama-sama berusaha untuk menjadi lebih baik.

  1. Suami Bersikap Dayyuth

Perkara ini agak berat untuk kami ulaskan tetapi anda boleh rujuk Mufti Wilayah Persekutuan di sini.

  1. Tidak Ihsan Kepada Isteri

Pernahkah anda lihat isteri mula penat dari segi mental dan fizikal dari kerja ataupun apa-apa yang berkaitan dalam hidupnya?

Kasihanilah dia sekiranya dia penat menjaga anak, suami bolehlah menjaga anak dan biarkan isteri berehat.

Bertoleransilah suami isteri untuk lakukan apa yang perlu dilakukan.

  1. Suami Tidak Ada Sikap Kepimpinan

Kebanyakan masalah dalam perkahwinan adalah kerana kurang sikap kepimpinan oleh pihak suami. Suami sepatutnya menjadi ketua keluarga. Tetapi jika dilihat pada statistik perkahwinan, ada beberapa penyebabnya terjadi kerana kurang sifat kepimpinan suami.

Sebagai contoh jika timbul masalah berkaitan ipar, mentua ataupun orang luar, adakah suami akan bersikap rasional untuk menyelesaikan atau cuma ingin menang dalam pergaduhan?

Suami jika tiada kepimpinan, keyakinan, ketegasan dan disiplin bagaimana isteri dan anak-anak untuk bergantung pada dia.

  1. Tidak Memberikan Pendidikan Agama Kepada Isteri
tanggungjawab suami

Walaupun isteri sudah beragama Islam, suami masih perlu memberikan pendidikan agama kepada isteri.

Apa yang dipelajari dalam kursus perkahwinan tidak cukup untuk memberikan gambaran sebenar pendidikan agama yang perlu diberikan.

Jika para suami tidak mampu untuk memberikan pendidikan agama, suami boleh memberi izin kepadanya untuk menghadiri kelas pengajian.

Lagi manis kalau suami isteri ke kelas bersama, kan?

  1. Mengutamakan Orang Luar Berbanding Keluarga Sendiri

Mak masuk campur, tiba-tiba bekas kekasih buat comeback, kawan kacau masa suami isteri…..

Just to name a few problems!

Banyak sebenarnya dugaan berkahwin ini. Jangan fikir kalau sebelum berkahwin sahaja diganggu. Perkahwinan yang bertahun sekian lama pun boleh goyah jika tiada teknik penyelesaian masalah yang betul.

Yang paling penting dalam perkahwinan adalah kebajikan keluarga sendiri. Bukan ibu bapa, adik beradik ataupun mertua. Tetapi kebajikan keluarga sendiri.

Jangan rampas hak isteri dan keluarga hanya untuk mengutamakan orang lain. Lama-lama mereka juga akan penat. Bezakan tanggungjawab suami terhadap isteri dan ibu.

  1. Tidak Setia

Tidak kiralah pihak suami atau isteri, curang adalah is big NO NO!

Siapa aje yang tidak akan patah hati dengan keputusan untuk curang?

Pasangan, keluarga, malah ibu bapa sendiri. Zaman sekarang pula memang sangat mudah untuk curang. Cuma swipe right, dah dapat orang untuk menggatal. 

Cakap pasal menggatal, tidak dilupakan juga orang yang sudah berkahwin menggatal dengan rakan sekerja. Walaupun tiada siapa yang menegur anda, silalah tahu sendiri.

Kalau hubungan itu ‘elok’, kenapa menyorok, kan?

Kesimpulan

tanggungjawab suami

Secara jujurnya perkahwinan adalah dinamik suami isteri untuk sama ada toleransi, kompromi atau membetulkan apa yang salah. Yang penting silalah berbincang bersama pasangan.

Jangan biarkan perkahwinan runtuh hanya kerana perkara yang anda boleh elak.

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category