Anda Introvert? Ini 10 Topik Perbualan Dengan Perempuan

topik perbualan dengan perempuan

“Min, please I need topik perbualan dengan perempuan yang boleh bantu saya……..”

Awak takut eh nak bercakap dengan perempuan yang lain?

Kalau takut, macam mana nak find ‘The One’, kan?

Worry not, kami ada topik-topik yang menarik anda boleh mulakan dengan wanita tersebut. Kalau anda nak tahu, artikel ini juga sesuai untuk topik perbualan dengan lelaki.

10 Topik Perbualan Dengan Perempuan

topik perbualan dengan perempuan
  1. Berbual tentang diri dia dan diri sendiri

Anda sentiasa boleh berbual tentang dirinya. Soalan remeh pun tidak mengapa. Kami tahu sebagai orang yang introvert, kadang-kala topik remeh sangatlah merimaskan. Jadi anda boleh tukar soalan klise kepada sesuatu yang dia pasti akan jawab.

Sebagai contoh anda boleh memulakan perbualan dengan berkongsi tentang diri anda dan minta pendapatnya. Lambat laun dia akan mula merasakan pendapat dia penting bagi anda.

Deep conversation kadang-kala bermula daripada soalan remeh seperti, “Apa eh dream awak masa kecik?”.

Berikan topik kepada dia, dan perlahan-lahan dia akan selesa untuk berkongsi tentang dirinya.

  1. Hubungan yang serius, kawan atau kasual?

Baiklah… katakan anda jumpa dia atas talian (online), anda boleh tanyakan kepadanya mengapakah dia berada di platform itu. Adakah cuma mencari kawan, jodoh hingga jannah atau mencari teman berborak.

Jangan invest emotionally sebelum anda tahu niatnya dan rasakan keserasian. Kadang-kadang orang cuma cari tempat untuk rant masalah, kan?

  1. Hari dia
topik perbualan dengan perempuan

“How was your day?”

Leceh ke nak tanya soalan ini?

Percaya atau tidak, soalan ini memang bosan dan remeh. Tetapi if someone is ok with you, he or she will just answer it despite how bosan the question is.

Jadi jangan takut dan risau untuk keluarkan soalan ini. Boleh sahaja mesej setelah 8 malam untuk mengetahui tentang harinya atau kerjanya.

Ingat, kalau orang selesa atau suka dengan anda, pasti dia akan jawab sahaja soalan ini.

Kalau dia tidak jawab, tidak mengapa. Boleh mulakan talking stage dengan orang lain.

  1. Perasaan anda tentang diri dia

Jika anda pernah berjumpa dengan dia, jangan malu untuk memberitahu perasaan anda kepada dia. Tetapi jangan jadi terlalu obvious.

Seperti contoh, anda sukakan gaya dia, cara dia senyum atau apa-apa yang menarik minat anda. Ya! Nak cakap pasal kebijaksanaan dia pun boleh, apa sahaja tenang dirinya yang menarik. 

Dia suka work out? Puji perkara yang berkaitan.

Mudah sahaja sebenarnya. Jangan risau, semua boleh dibawa bersembang.

  1. Muzik, filem atau seni

Pernah tanya tak apa yang dia minat baca atau minat lakukan?

Tanyakan playlist Spotify dia, tanyakan pernahkah dia menonton Avengers, bila anda dah tahu minat dia, anda boleh bina perbualan daripada situ.

Kalau tiada persamaan pun tidak mengapa, anda boleh hormat apa yang dia suka dan jangan tekankan minat anda kepada dia. 

Anda boleh kongsikan juga apa yang anda suka lakukan, lihat sama ada dia OK atau tidak dengan apa yang anda minat. Kalau OK, boleh buat bersama, kan?

  1. Masa depan
topik perbualan dengan perempuan

Cuba tanyakan soalan yang berat seperti, “Where do you see yourself in 5 years?”

Boleh pecahkan kepada mimpi, kerja, mentally dan perkara yang lain. Anda boleh tahu sama ada, dia sama kepala dengan anda.

Tanyakan juga matlamat dan impiannya. Boleh mulakan dengan dari mana dia sambung belajar dahulu dan mengapa dia memilih bidang itu. Anda boleh tanyakan hala tujunya daripada situ.

  1. Meme kegemaran

Dah ada IG dia? 

Taktau nak mulakan perbualan macam mana? 

Anda boleh kongsikan meme yang comel dan kelakar kepada dia. Boleh juga kongsikan video haiwan yang kelakar. Kalau berkaitan dengan “monday blues”, kerja atau apa-apa. Boleh aje hantarkan.

  1. Berita semasa

Suka kongsikan berita semasa di story ataupun FB? 

Pernahkah dia membalas story anda?

Kalau pernah, baguslah tu. Itu bermakna dia pun ada minat tentang topik berita semasa. Yang penting kalau melibatkan politik, dia tidak ajak bergaduh!

Sangat menjengkelkan ya orang yang suka bergaduh tentang politik. Dia percaya apa yang dia ingin percaya, anda juga sama. Tetapi kalau boleh berdebat dengan sihat, tidak salah untuk sentuh topik tentang politik, kan?

Topik perbualan dengan perempuan yang serius atau tida, anda yang setkan tone.

  1. Kids, in general
topik perbualan dengan perempuan

Pernahkah anda dengar kisah tentang orang yang tidak inginkan anak?

Ya, ada orang seperti itu. Jadi sebelum anda mengenal orang dengan lebih mandalam, anda boleh tanyakan soalan ini.

Kalau sama pendapat, boleh teruskan. Kalau tidak, tidak mengapa boleh dibuat kawan. 

10. Soalan Deep Talk

Pernahkah anda terasa untuk mengenali sesorang dengan lebih mendalam?

JIka jawapan anda adalah ‘Ya”, anda perlu tanyakan soalan deep talk kepada dia. Solan-soalan ini akan mendedahkan sedikit sebanyak tentang personaliti dia dan juga cara pemikiran dia. Kalau anda ingin melanjutkan lagi hubungan anda, dapatlah anda membuat keputusan daripada jawapan dia.

  • Tanyakan peristiwa penting yang mengubah perspektif dia
  • Tanyakan tentang masa depan anda
  • Siapakah karakter Marvel yang dia gemari dan mengapa?
  • Nilai dalam hidupnya
  • Apkah perkara yang menakutkan dia
  • Apakah yang dia takutkan sekiranya sesuatu berubah?
  • Kongsikan rahsia
  • Watak yang dia ingin jadi dari buku atau apa-apa filem dan mengapa

Memahami Social Cues

topik perbualan dengan perempuan

Kami faham sekiranya artikel ini seperti nampak anda yang usaha lebih. Tetapi tidak salah untuk mencuba. Cumanya anda perlu tahu dan faham social cues orang.

Social cues itu seperti anda perlu membaca reaksi dia tentang mesej-mesej anda. Anda perlu juga menilai keselesaan dia. Jangan sampai dia tidak selesa, terus tak berkenan. Tahu-tahu dia block anda.

Jadi apakah social cues itu?

  • Lihat jeda dia sewaktu bercakap dengan anda
  • Ekspresi wajahnya
  • Bahasa badan dia
  • Tona suara
  • Personal space atau batasan pergaulan

Yang penting fahamkan diri dia dan penerimaannya. hapar topik perbualan dengan perempuan membentu. Good luck bersembang dengan si dia!

Artikel Berkaitan: 15 Cara Pikat Suami Sampai Suami Sayang, Cara Guna Pheromone Perfume Dengan Betul Untuk Wanita, 13+ Tips Pewangi Wanita Tahan Lama, 10 Hadiah Kahwin Rare Anda Boleh Belikan Untuk Pasangan Pengantin Baru, Apa Suami Boleh Buat Ketika Isteri Mengandung, Bahasa Cinta: Cara Memahami Love Language Si Dia, Tips & Cara Goda Suami Di Rumah, Macam Mana Nak Pilih Minyak Wangi Memikat Suami?, 14 Cara Goda Suami Balik Kerja. Nombor 6 Paling Penting!, 11 Cara Pujuk Suami Yang Merajuk, Top 8 Red Flag Lelaki & Wanita Yang Saya Perlu Elak, Macam Mana Nak Approach Lelaki Pemalu, Ini Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam.

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category